28 November 2012

Baby tahan dari tidur . Comel gilaaak!



Okay . Ini comel . Lia tengok gelak macam orang gila. Comel tahu takkkk!!! Nak baby macam ni boleh tak , hehehe . Nak cubit ! Gerammm ! Okay enough Lia . Bertahan . Hehe . =)

27 November 2012

Everything will be fine

ALL IS WELL. INSYAALLAH.

18 November 2012

My old old old friend, Aishah.

Assalamualaikum. Hye hye! Bestnya sekarang ni musim cuti... Tengok kawan-kawan rajin update blog. Maka rajinlah Lia blogwalking. Hehe. Suka jelajah blog orang... 

Okay , kali ni Lia nak cerita seorang kawan Lia. Eh wait , fyi , dekat blog Lia , perasan tak , Lia suka cerita pasal kawan-kawan Lia. Sebab dioranglah penyinar hidup Lia, (acecehh ayatt!) sentiasa buat Lia ceria and gelak sepanjang hari. =) Hehe! Kawan kali ni Lia nak cerita seorang kawan lama Lia, kitorang kawan dari sekolah rendah lagi, tak silap Lia masa tu kami darjah tiga , satu class. Dalam class tu , kitorang suka kat sorang budak laki ni , haha . Kecik-kecik dah pandai suka kat lelaki kan. Gedikkk! =P Ahah then , yang best-nya kitorang berebut-rebut nak kat budak lelaki tuh . Budak tu pon comel je muka . And ramai peminat . Haha. Bila ingat balik kisah zaman sek rendah memang lawak ! Hari tu pon , Lia jumpa Aishah , kitorang imbas semula kisah kitorang zaman muka comel-comel lagi =P Best sangat ! Gelak tak ingat dunia. Hehe. 

Back to the topic.

Aishah nama diberi... Ehh! Ayat skema pulak. Haha. Okay nama kawan Lia Aishah Bt Zulkifle. Lia paling payah nak eja nama ayah dia. Dulu kalau nak isikan form apa-apa untuk dia mesti call dia tanya 'camne ejaan ayah ek?'. Failed failed! Haha. Kawan Lia ni seorang yang periang, up to date dengan barang-barang make up, pandai bergaya, and dia suka buat Lia gelak sampai tak ingat dunia! Haha biasa la bila dah jumpa kawan baik ni mesti macam-macam nak ceritakan. Ada cerita lawak ada cerita sedih. Dia juga selalu share masalah dia dekat Lia, then Lia selalu bagi nasihat and yang bagusnya dia dengar and ikut cakap Lia. Hehe. Apa yang penting Lia nak tengok sangat kawan-kawan Lia happy. Kalau ada masalah cerita je dekat Lia. Kata orang tentang diri Lia ni, Lia seorang pendengar yang setia , thanks la siapa yang suka cakap camtu.. =)

And then , about Aishah ni , nowadays , kitorang dah selalu jumpa , tempat kerja kitorang sama . Cuma dia department lain , and dia flour lain . Sedih je kitorang  tak dapat tempat yang sama . Kalau tidak habis bising dalam office tu agaknya ye . Hehe . Kitorang cuma jumpa before masuk office , and habis waktu kerja . Time lunch pon tak sama . Nak buat macam manakan , kena la ikut peraturan dalam office-kan. Hehe . Lia tak tahu nak cerita apa lagi . Emmm. Lia sayang dia~ Bila Lia dah sayang seseorang , Lia terima setiap kekurangan pada diri dia. Dan Lia bangga setiap kelebihan pada diri dia.

Mama selalu cakap , kita gelak kawan memang ramai , tapi time kita sedih berapa orang je yang ada dekat sisi kita ? Silap-silap tak ada langsung. So ingatlah, kawan tu biarlah ikhlas. Okay? Hehe :) 

*Think positive. 

Aishah. Mix.

Okay sampai di sini saja. Lia nak tidur dulu. Salam. Jumpa lagi.

Felt Craft

Assalamualaikum wbt :)

Baru-baru ni my first sis, Kak Ina, ajar Lia buat craft yang simple-simple je. So Lia belajar je la dari dia. Baguskan orang yang pandai menjahit turunkan ilmu kat adik beradik dia. Ahaks! Statement entah pape lak Lia ni. So Lia dengan semangatnya start jahit buat nama Lia. For the beginner like me, I don't have any idea, just mampu buat nama sendiri jek. Heheh. Tengoklah hasil yang tak seberapa ni. Hehe :P Later, Lia nak update about akak Lia punya craft tangan dia, homemade okay :D hehe. Siapa2 nak share link about felt craft dengan Lia, silakan. Lia nak belajar lagi buat benda-benda macam ni. Seronok bila kita jadikan menjahit ini adalah salah satu hobi kita. Tak lah buang masa, mana tahu one day boleh buka business? Who knows? Hehe. *Berangan dulu...

 Yang ni first time Lia buat. Depan cantik, tapi belakang?!! =P
Kak Ina kata cantik, tapi sampai tengok belakang je...
dia gelak. Okay -_-

 Second time Lia buat. Acehh Lia dah maju sikit :P 
Yang ni kak Ina puji! 
Suka bila sifu puji :P

Dalam bilik Lia. Tengoklah semangat tak buat? =P

 Eh budak ni sebuk pulak dia dalam blog Lia. HAHA
Ni Adam, dia nak masuk satu tahun.
Dah pandai jalan.
But sometime dia jalan-jalan pastu jatuh.
Atototo comel la :)


Ni adalah salah satu craft tangan Kak Ina buat untul Lia.
Lia gantung dekat bilik Lia. Hehe :)

Promote. Sape nak beli ? Haha!


Sampai di sini saja. Jumpa lagi. Salam :)

15 November 2012

Setiap perkara kita buat itu adalah kenangan

Assalamualaikum wbt :)

Syukur Alhamdulillah, hari ni hari pertama Maal Hijrah. Hari ni semua orang cuti. Terfikir, apa ye kawan-kawan Lia buat cuti hari ni? Jalan-jalan? Kemas rumah? Panjat pokok? Swimming? Macam-macam yang terlintas dalam otak ni. Hehe. Tapi, Lia pula, hari ni Lia semangat list down balik perkara yang Lia buat and yang Lia pernah sertai dari zaman Lia muda sampailah sekarang. But still maintain muda and cute yea! Ahaks. Joking! Okay, Seriously semua benda Lia buat itu adalah kenangan dalam hidup Lia. Di sebabkan hari ini pon adalah Maal Hijrah, jadi Lia ambil satu masa ni duduk diam and fikir apa yang Lia nak buat dalam hidup Lia untuk akan datang, apa yang Lia boleh berhijrah? Allahuallam. Kata orang 'we just plan the best, but Allah is the best planner'. Kunci kejayaan bagi seseorang yang dah pernah berjaya (positive) is Doa and Usaha. With doa without usaha is nothing. Vice versa. Doa and Usaha must always stick together. InsyaAllah kejayaan itu datang, cuma cepat atau lambat tu je yang kita tak tahu :) 

Di bawah ni merupakan list aktiviti Lia dari tahun 2005 sehinggalah sekarang ini. 2005 dan kebawah Lia tak mampu nak ingat apa yang Lia dah sertai and Lia rasa Lia budak yang sangat pemalu, tak sertai apa-apa aktiviti. Hehe. Masa tu Lia sekolah rendah lagi. So memang tak ingat sangat. But, since I was in form 1, Lia banyak attend aktiviti. So so so, kepada sesiapa yang rasa-rasa pernah attend aktiviti tu juga, inform me please! Serious nak cari balik kawan-kawan Lia yang join semua aktiviti kat bawah ni. Rindu lah. Lia pon ingat-ingat muka je. Contact number semua lost. Mana tak nya, asik hp kena format, tak pon, tukar hp, or tak pon, hp hilang. Macam-macam dah jadi. -_____-" Okay back to the topic. Oh btw, bawah ni juga adalah kejayaan yang Lia berjaya peroleh, insyaAllah Lia akan grab lagi kejayaan untuk masa akan datang. Amin. =)




2005

  • Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber , 4, 5 & 6 Mac 2005 , anjuran Lembaga Pengawas Pusat Sumber dengan kerjasama Unit Bimbingan, Kaunseling & Kerjaya.
  • Program Pendidikan Pengguna Bil. 19/2005 , 28 September 2005 , anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.


2006

  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Sek Men Daerah Gombak Tahun 2006 , 27 April 2006 , anjuran Pergerakan Puteri Islam Daerah Gombak.
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Hari Kokurikulum 2007 ,  7 Julai 2007 , anjuran SMK Lembah Keramat.


2007

  • Anugerah Sjili Kelas Pertama Kursus ‘’TOKOH HARAPAN UNIVERSITI’’ , 15 April 2007 , di Dewan Syarahan Masjid Negara Kuala Lumpur , anjuran RnP Profesional Specialist.
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Sek Men Perhubungan Daerah Gombak , 24 April 2007 , anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Gombak.
  • Leadership Camp , 25 – 26 May 2007 , di SMK Lembah Keramat, anjuran SMK Lembah Keramat.
  • Anugerah pengiktirafan Pembaca Paling Banyak Tingkatan 3 bagi Bulan Mei & Jun 2007 , 9 July 2007.
  • Anugerah pengiktirafan PERAK dalam Program NILAM Tahap JAUHARI , 9 July 2007.
  • Anugerah pengiktirafan GANGSA dalam Program NILAM Tahap JAUHARI , 9 July 2007.
  • Pengiktirafan sebagan RAKAN PEMBACA dalam Program NILAM , 9 July 2007.
  • Tempat ke-3 Perseorangan dalam Pertandingan Catur Terbuka 2007 , 16 Dec 2007 , anjuran Biro Sukan & Rekreasi Rukun Tetangga Taman Permata ‘A’.


2008

  • Penyertaan dalam Acara Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1429H/2008M , 20 Mac 2008 , di Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam, anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
  • Kem Kepemimpinan Perdana 2008 SMK Lembah Keramat , 11 – 13 April 2008 , d Kem Lembah Genting, Batang Kali Selangor , anjuran Cliffhanger Adventure.
  • Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-7 , 14 – 16 Nov 2008 , di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur , anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Urusetia Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-7.


2009

  • Kursus Asas Ketua Tingkatan, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) , 7 Feb 2009 , di SMK Lembah Keramat, anjuran SMK Lembah Keramat.
  • Perlantikan ahli Skim Lencana ANTI Dadah (SLAD) , 30 Mac 2009, anjuran SMK Lembah Keramat.
  • Anugerah pengiktirafan EMAS dalam Program NILAM Tahap JAUHARI , 31 March 2009.
  • Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2009 , 16 Julai 2009 , anjuran Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Bengkel Sejarah 2009 , 7 Nov 2009 , di Universiti Sains Malaysia , anjuran Informative Charismatic Training & Management Consultant.
  • Tempat ke-4 dalam Pertandingan Solar Cooking Peringkat Sekolah , Tahun 2009 , di SMK Lembah Keramat.


2010

  • Communicative English for SPM Leavers , 20 Feb 2010 – 26 Feb 2010 , conducted by the Institute for Languange Advancement (IfLA) International Islamic University Malaysia.
  • Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perlis , July – Nov 2010.


2011

  • Naib Setiausaha Persatuan Mandarin , Jan 2011 , UiTM Perlis.
  • Presiden Kolej Beringin , Nov 2011 – Mei 2012 , di UiTM Perlis.
  • Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis , Nov 2011 - Mei 2012 , di UiTM Perlis.
  • Jelajah Transformasi & Perpaduan Bangsa , 17 – 18 Dec 2011 , anjuran UiTM Perlis.


2012

  • Presiden Kolej Beringin , June 2012 – October 2012 , di UiTM Perlis.
  • Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis , June 2012 - October 2012 , di UiTM Perlis.
  • Urusetia Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2012 , 28 Feb 2012 , anjuran Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis.
  • Konvensyen Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Semalaysia 2012 , 3 – 4 April 2012 , di Lotus Desaru Beach Resort Johor , anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor.
  • Larian Terbuka Arau 2012 Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke – 69 DYMM Tuanku Raja Perlis , 11 Jun 2012 , di Dataran RPA Arau Perlis , anjuran UiTM Perlis dengan kerjasama JKKK / KRT RPA Arau.

CTIC Corporation Sdn Bhd - Current.

Alhamdulillah, sekarang ni Lia kerja dekat CTIC Corporation di Wangsa Maju. Dekat je dengan rumah Lia. Kerja ni dari pukul 9 am - 6 pm. Im as a Management Trainee (MT). So far best la kerja dekat situ. Office Lia tu HQ. Banyak lagi cawangan dekat tempat lain. So Lia bersyukur juga lah dapat tempat kerja bahagian HQ. Meja Lia pon berhadapan dengan bos syarikat CTIC ni. Nak tak Nak disiplin kena jagalah. Setiap hari pakai baju kurung. (baik tak?) Haha. Kerja Lia ialah kena contact dengan customers yang menggunakan number tel Digi. Im as a collector. They are my debtors. So tel kena sentiasa dengan Lia. Kadang-kadang tu bila bosan Lia call kawan-kawan, sebab free je call orang. Ahaks. (kantoi!) Environment dalam tu okay, bersih, wangi, and sejukkk. Lia pakai coat dalam tu. Bajet bos lah kan. Hehe! Ahah, kawan-kawan pon not bad. Time lunch ada dua orang kawan Lia ni, Melisa and Puteri selalu ajak lunch sama-sama. Lia follow je :) Dorang tu awesome lah! Baik sangat. And Lia ada 2 orang kawan dari sek men, Aishah and Syahirah, kerja dekat situ juga. Selalu lepak dengan diorang. After balik kerja mesti nak singgah Wangsa Walk Mall. Hehe. Jadi sesiapa nak jumpa Lia tu, jumpa dkt WWM jam 6 pm k? Hahah. *teetttt. Poyo pulak Lia ni =)


LiaOmey di office.

So sampai di sini je lah ku berceloteh. Sehingga kita berjumpa lagi ye. See ya. Salam :) and take care!


Btw, saya sayang kawan-kawan saya :)

01 November 2012

What an exhausted day

Assalamualaikum. *tak jawab dosa kalau jawab sayaannngggg~ hehe

Alhamdulillah hari ni apa yang Lia planning semua menjadi. Hari ni je banyak perkara Lia buat. Thanks to my dear friend Maryam because teman Lia sepanjang hari ni and thanks to Dayana because belanja Lia tengok wayang! Hehe. Okay! Apa perkara yang Lia berjaya buat hari ni ialah... *drum song*

1) Pergi Bank Rakyat ambil dividend. Dapat la rm30 + kan. Rugi la tak ambil duit, mana nak jumpa rm30 tepi jalan, mana ada nak terpijak rm30 kat jalan kan. Hehe.

2) Pergi Carefour, nak pergi hantar barang. Pos laju. Hantar baju dekat en Fahmi yang dari dulu asik minta kat Lia. Sorry ye lambat bagi. Hewhew =3

3) Ambil HP ! Hp samsung Lia Alhamdulillah dah okay sepenuhnya and tak payah bayar because under warranty. So takde hal lah =)

4) Beli Hard Disk and Head Phone dekat Lowyat. Okay total semua RM.... *cengking2. Bunyi duit -_-

5) Okay. Ni last list, tengok wayang. Cerita apa? Oh yeahhh dah tengok cerita ni la SkyFall. Best wehhh!!!


Siyes cerita ni best! Korang yang rasa nak pegi toilet confirm tak akan keluar dari wayang! Mesti sanggup tahan punya lahhh. Tapi tapi kalau dah tak tahan sangat tu pergi je la toilet eh. Hikhik. =3


Okay. InsyaAllah planning esok jumpa Yuyu. Maybe lunch sekali dengan my mom dekat Ampang Park. Tapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. But hope the best for tomorrow. Siap planning nak hantar Yuyu balik Selayang lagi. Hehe.

Anyway, kesian pula dekat my first sis, dari last week asik ajak Lia keluar, pergi KL Festival City, tapi Lia asik keluar dengan kawan-kawan je. Emmm. Esok pon dia ajak Lia keluar pergi PWTC ada Baby Fair. Excited dia. Tapi... macam tak dapat follow dia je. Sebab dah plan dengan Yuyu nak keluar. Tak tahu la. Taknak dia terasa je dengan Lia. Hmmmm. Okay la. Sesi meluahkan masalah dah tamat di sini. Huhu.

Got to go now. Nak tidurrrr. Esok nak bangun pagi! Nak kemas rumah~ Acecehhh. Anak yang baik lah katakan. Haha. Alright, jumpa lagi. Salam :)