Di sini Lia ingin ceritakan pengalaman seorang mahasiswi yang dah graduated di UiTM Arau, juga sekarang ini merupakan Alumni UiTM Arau. Dah lama sangat Lia nak story about this tapi baru sekarang ada masa and kesempatan untuk Lia menulis di blog Lia ni juga. Untuk pengetahuan semua, Lia sekarang dah ada website shopping , www.chettakiomey.com , blog tu more to shopping . While this blog more to personal. So, bolehlah singgah ye :)
Back to topic . Cerita about pengalaman ni kan, semua orang pasti lalui pengalaman pahit dan manis di Universiti masing-masing. Begitu juga dengan Lia. Lia akan ceritakan dari sem 1 sehingga sem 6 Lia :)
SEM 1
Masih teringat lagi masa first sampai di pintu masuk UiTM Arau (Pintu Gate A) , perasaan Lia memang tak percaya sebab dah besarnya aku sampai dah kena masuk U . Mira (kakak Lia number2) ada cakap "untungnya Lia dapat UiTM yang cantik ni, serious UiTM ni akan jadi best utk Lia, percayalah cakap Mira". Lia pon iyekan ajelah walhal tak ada perasaan excited apa-apa pon. Yelah budak nak kena tinggalkan di Perlis yang nun jauhhhhhhh dari family di Kuala Lumpur. Then first place tuju di kolej Lia sebab pendaftaran di kolej, kolej yang Lia dapat masa tu Kolej Dahlia 1, dan Lia merupakan orang yang paling awal datang untuk daftar masuk. Bila semua dah settle and barang pon dah bawa masuk bilik, tibalah masanya dan saatnya untuk berpisah dengan family Lia. Okay, ini adalah first time Lia tinggal di kolej maka first time juga berjauhan dengan family. Yela sebelum ni sekolah semua dekat je dengan rumah, duduk pon rumah bukan asrama ohhoiii. So first time lah merasa kehidupan "berdikari" di UiTM masa tu. Masih ingat lagi di ingatan Lia, masa bersalam-salaman tuh menangis teruk gila sampai ke mama dan papa pon tahan menangis, sebab kena tinggalkan anak bongsu mereka di Perliskann . Lagi bertambah sedih and menangis bila tengok kereta dah bergerak pergi and nampak family lambai2 kat Lia. YaAllah sedih tak terkata. Masa tu Lia fikir apa? "Aku sorang je ke kat sini? Keluarga aku dah pergi ke? Aku nak buat apa lepas ni? Boleh ke aku?" Macam-macam lah terlintas di fikiran Lia. So masuk je bilik, orang pertama yang Lia jumpa and kenal is Nisa, Shida and (tak ingat nama) , haa yang tak ingat nama tu nampak sangatlah Lia dah tak pernah contact dia. Hukhuk. Lepas dah kenal dengan dorang, tiba-tiba airmata nak keluar balik, terus pecut laju masuk dalam bilik mandi pasang air biar bunyi bising then terus sambung menangis. Itu memang tak boleh blaa. Ingat lagi sampai sekarang. Menangis Lia ni boleh pula nak continue-continue. Ehehh. Minggu pertama Minggu Destini Siswa (MDS) . Sepanjang MDS Lia selalu dengan Nisa, kitorang dua selalu bersama, dah tak kenal sesiapakan masa tu, MDS pon dengan roommate jugalah. And di Arau masa tu Lia ada kenal dengan seorang abang ni, Abang Rasyaik, sebelum Lia masuk UiTM pon kitorang dah berkenalan dulu, hehe. And tak sangkanya, abg Rasyaik ketua MDS time tu, tgh2 dia atas pentas pon sempat lagi dok mesej2 dengan Lia. Habis je program MDS kitorang selalu la planning jumpa. Kononnya masa tu dialah abg Lia di Arau yang sentiasa jaga Lia masa tu, memastikan makan minum Lia okay, bagusnya abg Rasyaik nih. Then untuk tidak buat orang memikirkan bukan2 pasal kitorang ni, kitorang gelarkanlah ktrg ni cousin, so bila sebut cousin tak adalah orang fikir bukan2 right. Starting dari situlah semua orang ingat Lia ni cousin kepada abg Rasyaik. Di sini Lia nak cakap ktrg ni sebenarnya cuma kawan je. Hehe. Okay next ! Habis je MDS, then dah start class, Alhamdulillah class pon semua okay jumpa la classmates pula. Masa tu semua orang pemalu, and Lia still lagi bersama dengan Nisa. Always bersama kemana jua di UiTM tu. Then one day, Lia demam panas, entah kenapa tiba-tiba boleh demam panaskan, maybe jauh dengan family kot. Demam kali ni memang dasyatlah, sampai kena masuk hospital kauuu. Hahah. Dan ni adalah first time Lia dimasukkan ke Hospital, huuuu. Kena tahan pula di wad, duduklah hospital tu selama seminggu. Masa jaga Lia tuh 2 orang kawan Lia , Nurul and Shida. So Lia betul2 terima kasih kat dorang sanggup tidur kt hospital teman Lia. Then Lia bernasib baik pula dekat Hospital Kangar tuh ada 2 orang saudara Lia yang kerja di Hospital Kangar tuh . Lia panggil saudara Lia pakjang and makjang, mereka memang orang kuat juga di Hospital. So semua nurse / doctor semua jaga Lia baik-baik , siap bagi layanan istimewa tauu .Ada one time tu pakjang and makjang datang bawa KFC untuk Lia. Kelass kaww makan KFC dalam hospital hahaha. Lepas dah okay sikit , Lia dah benarkan untuk keluar hospital , dah lah duduk dalam hospital seminggu, lepas tu dapat pula MC one week lagi. Apa lagi parents bawa Lia balik KL :) So Lia tak datang kelas 2 minggu tuh. Hehe. And then , masa Lia sem 1 , ada la kisah-kisah sedih yang berlaku. Antaranya kawan-kawan Lia ajak tukar bilik, so Lia pon buat jelah, sebab time tu ada krisis sikit Lia dengan roommate lama Lia. Tinggalkan bilik lama macam tu je p pindah bilik baru sebab nak duduk dengan gang lah kononnya. Tapi lama-kelamaan takde lah gang mana pon, atlast dia tikam belakang Lia, macam-macam dia buat pada Lia. Teruk jugalah Lia kena. Itu first time Lia kena seteruk macam tuh. Biarlah rahsia apa yang dia dah buat pada Lia :( Haish sem 1 ni memang semuanya banyak first time . Huhu . Anyway, tetap bersyukur kepada Allah walaupon sem1 ni macam-macam sangat yang terjadi pada Lia, but the end result Lia untuk sem 1 ni sangat memuaskan ! Walaupon tak datang kelas selama 2 minggu, 2 minggu okayyy. Banyak gila benda yang terlepas tapi semua boleh catchup . Anyway Lia gembira sangat dapat kenal dengan kawan-kawan masa Lia sem1 , yang masih contact sampai sekarang pon ada lagi, semoga kita sentiasa keep in touch yep :)
SEM 2
Alhamdulillah masih teruskan perjuanganku untuk semester 2 di UiTM Perlis . Lia masih lagi duduk di kolej Dahlia, dah kali ni Lia dapat roommate baru pula, nama glamor dia Ijan . Course Ladang. Seronok sangat sebab dapat roommate yang baik and sporting macam Ijan, kitorang selalu je bertukar story, Ijan ni memang banyak cakap, dia suka cerita family dia . Then makan, jalan-jalan, pergi AGM, pergi AGM persatuan semuanya sama-sama. Hehe. Sweet tak kitorang? And Alhamdulillah sampai sekarang kitorang masih lagi contact. Cuma masing-masing dah busy jadi tak adalah serapat macam dulu lagikan :) Then , masa sem 2 juga di class Lia rapat dengan Siti Aliah and Zaidah. Di sini Lia nak cakap Lia rapat dengan diorang sampai Lia sem 6 okayyy. Dan sampai sekarang kitorang masih rapat and contact each other. Like seriously they are the best to me! Lia masih ingat Lagi macam mana Lia kenal Zaidah, Zaidah message Lia tau, dia message:
"Salam Lia, boleh ajar kami account tak?"
"Boleh datang je bilik Lia"
"Okay kami datang sekarang ya"
Tunggu punya tunggu , tiba-tiba , bunyi orang ketuk pintu bilik Lia 'tuck tuck' , then Lia buka pintu dan hanya dapati Zaidah seorang je depan pintu! Then Lia jemput Zaidah masuk bilik and Lia tanya, Zaidah sorang je ke? Mana yang lainn? Zaidah balas "eh taklah kami sorang ja, nak minta tolong Lia ajar account". Lia pon macam ... errr ... k aku tertipu . At the first Lia ingat kami tu "ramai", rupanya kalau orang utara dorang gelarkan diri dorang as a "kami". Kalau macam di KayELL gelarkan diri as aku saya kita. Hehe. K take noted. Hahaha. Then kisah pasal Zaidah lagi, sorry ye cerita Zaidah, tapi memang kena cerita sebab taknak lupa kisah nih! Masa tengah jalan2 dgn Zaidah di Mushroom waktu malam, tiba-tiba "banggg!!!" Zaidah terhantuk and langgar tiang betul2 kena muka diaaa. ADOYAIII kenangan yang Lia tak boleh lupakan, kalau ingat mesti tergelak-gelak balik. HAHAHA. Then ramai datang berpusu-pusu kat kitorang tanya Zaidah okay ke tak. Heheh.=P Sampai sekarang Lia ingat lagi tiang mana yang dia kena langgar tu, boleh tak nak tulis kat tiang tu kenangan Lia dgn Zaidah di situ? =P Hehe.. Then day by day Lia rapat dengan Zaidah, and Zaidah selalu bawa Siti Aliah p bilik study di kolej Dahlia. So dari situ juga Lia kenal Siti Aliah. Dalam bilik study selalu ada satu meja study dah di cop oleh kitorang, untuk Lia, SitiAliah dan Zaidah. Kitorang memang selalu study sama, gerak ke kelas dan balik dari kelas pon sama-sama. Tapi kadang-kadang Sherry pon join kitorang sekali. Sherry tu pelajar paling top account batch kitorang masa tu. So apa-apa je Lia selalu minta Sherry ajar Lia. Sebab tu la Lia boleh pandai account, Sherry ajar memang Lia faham sangat. Lebih faham dari lecturer ajar dalam kelas tuh. Kalau ada group, selalu group sama kitorang 4 oranglah. Lia kawan dengan Sherry nak jugalah korek rahsia macam mana dia boleh pandai semua, tapi tengok dia biasa je? hehe. Selalu pergi bilik dia tengok dia selalu tengah online tak pun layan movie. Sometime bangga pon ada juga sebab terfikir oh Lia kawan dengan budak TOP1 account nih. Haha. Anyway happy sangat kenal dengan korang semuaa. :) Kenangan kita semua InsyaAllah Lia akan ingat sampai bila-bila. The end sem 3 Lia dapat result yang sama macam sem1 dulu, kiranya maintain lah, tak sampai dekan ponn, tapi Alhamdulillah kekal lagi 3 pointer :)
SEM 3
Syukur kepada Allah, masuk sem 3 kali ni semangat berkobar-kobar, dan kali ni batch Lia semua pindah kolej up lagi dari kolej Dahlia. Kitorang ditempatkan di kolej Beringin. Heheh. Mula-mula ingat kolej Beringin tak best, dahlah 1 rumah 8 orang pula tukan, Lia selalu terfikir boleh ke Lia ngam dengan housemate Beringinkan? Diorang gila-gila macam Lia tak? Ke Lia tak gila-gila macam diorang? Macam-macam yang terlintas di fikiran. Tengok list name yang duduk di Beringin 5, semua Lia tak kenal. Ada 3 orang sama batch dengan Lia course yang sama pula tu (course Account) dan 4 orang pula senior. Memang totally tak kenal. So Lia orang pertama yang masuk kolej Beringin 5 tuh, rumah yang besar, tempat study selesa, ada 2 bilik, 1 bilik 4 orang, ada 1 tandas dan 1 bilik mandi. Wah hampir lengkap macam rumah! Cuma dapur je tak ada untuk nak masak-masak. (Ehh ingat kau tuh duduk kolej je pon bukannya duduk rumah sewa ke apaaa) Hahaha. Alright. Cerita pasal sem 3 ni pula, ada salah seorang housemate Lia, dia anti gilaaa dengan Lia, Lia pon tak tahu lah kenapakan , sedangkan kitorang kenal pon tak, tegur lagilah tak, tapi Lia tahu lah dia anti Lia sebab ada orang lain bagitahu. So tak apalah Lia buat je macam biasa, dah duduk 1 rumahkan , nak taknak kena selisih juga dengan dia. So agaknya lama-kelamaan dia nampak kot perangai Lia ni macam mana, baru dia tahu kot Lia ni budak yang baik, manja, sweet, lolx!! So atlast kitorang jadi kawan, kawan yang rapat-rapat gitteww. Hehehe. So housemate sem3 Lia memang semuanya best, masuk kepala, gila-gila and yang geramnya Lia selalu jadi mangsa buli diorang, tak sah kalau tak kena buli tapi tak apa itulah namanya kawankannn, suka buli buli hahaha. Kalau tidak tak happening lah Beringin 5 rightt. Eh btw Lia rindulah korang semuaaaa!!! Seriouslyyy. Cerita paling best papa Lia tinggalkan kereta Honda Civic kat Lia, so kitorang ni apa lagi dah ada transport mestilah nak jalan-jalankannnn. So bayangkan dalam 1 kereta ada 7 orang. Sorang lagi tak ada masa tuh. So kitorang naik ramai2 pergi makan dulu di Restoran Ikan Keli yang famous di Perlis tuh. 5 orang di belakang, semua kecik-kecik so no wonder lah muatkan. Hehe. Lepas tu kitorang pergi Padang Besar pula shopping kat sana. Ouchh bila ingat balik sebak pula sebab terlalu rindu kat korang semua. Hehehe. At the end sem, Lia senyap-senyap jadi Jawatan Perwakilan Kolej (JPK) Beringin. Tapi dari jadi JPK tiba-tiba bertukar pula jadi Presiden Beringin. Omgg. Macam tak percayalah, dah lah dulu Beringin 5 terkenal dengan penghuni yang nakal, selalu tak datang aktiviti kolej, roll call tuh memang muka kitorang belakang2, borak2, gossip and sometimes langsung tak datang rollcall. Tapi tak disangka-sangka dalam beratus orang penghuni kolej Beringin, Allah pilih dan tetapkan Lia jadi pemimpin Presiden kolej tersebut. So terus Beringin 5 bangga je tapi Lia minta tak diheboh2kan, but biasa lah mulut manusia heboh juga, hahaha. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut pasal kolej Beringin 5 boleh baca di : SINI & SINI :)
SEM 4 & SEM 5
Yeayyy dah masuk sem4 !! Dan untuk shortkan lagi entry Lia sekalikan cerita untuk Sem4 & Sem5 sekali. Alhamdulillah Lia teruskan lagi perjuangan Lia dan setiap sem memang parents hantar Lia ke UiTM, walaupon jauh tapi sanggup nak hantar demi lihat anaknya selamat sampai. Sem ni merupakan sem Lia jadi Presiden Kolej Beringin. Dan Lia dipindahkan ke Beringin 45 pulaaa. Kali ni 1 Beringin 5 orang. Bilik depan 2 orang, bilik belakang 3 orang. Meja study pon luas. Heaven uolls. Masa Lia sem 4, Lia jumpa dan kenal lagi ramai orang. Nak ceritakan pasal sem 4 ni memang banyak, dan rasanya Lia dulu pon pernah ceritakan juga. Takpelah teruskan membaca :D
REPOST ENTRY :---
Kawan-kawan selalu tanya Lia , macam mana Lia boleh jadi Presiden kolej Beringin. Macam mana mula-mulanya dilantik menjadi Presiden. So, for this entry, dengan hati yang ikhlas Lia akan cerita lah secara details macam mana kisah dulunya kan Lia boleh jadi. Hihi.
Alright. Here we go!
Actually, Lia takde niat pon untuk jadi Presiden. Ceritanya bermula pada satu malam, Lia, Zaidah dan Siti Aliah pergi ke rumah Beringin 45 (Rumah Presiden) untuk beli baju kompleks kolej Kesinai. Masa tengah tulis nama tu, ada sorang akak ni, dia yang approach kami untuk ajak jadi Jawatan Perwakilan Kolej (JPK) kolej Beringin. Then kitorang masa tu dah pening dah, mula la fikir nak jadi ke tak, kitorang bincang2 kitorang dulu, then akak tu meyakinkan kitorang yang jadi JPK ni best, banyak pengalaman, kalau ada news JPK yang akan tahu dulu and so on~ Muka masing2 teruja kejap. Hahah.
Then balik dari rumah 45, kitorang still bincang lagi, lama betul kitorang bincang. And at last, kitorang decide nak jadi JPK Beringin. Yeahhh esok harinya terus hantar borang maklumat diri. Hahah. (punyalah excited you know)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari seterusnya, kitorang di panggil untuk adakan meeting bersama dengan JPK lama, masa tu Presiden kak Akma. Dia lah yang banyak guide kami macam mana jadi JPK ni. Then masa meeting tu pulak dah diberitahu yang Lia dapat jawatan Biro Kebajikan, rumah 45.
Lia : ''Damn.. rumah 45?! Rumah Presiden tuh! Hish gila lah camni...takutnyaa'' (monolog dalaman)
Lia agak terkejut lah sebab next sem akan duduk serumah dengan Pres, Naib Pres, S/U and Bendahari (4 Majlis Tertinggi) Okay takpe la, habis je meeting tu, Siti Aliah bagi tau dia buat keputusan yang dia tak nak jadi JPK. Maka dengan itu tinggallah Lia and Zaidah. Apa-apa kerja kitorang selalu bersama and berdua. Sebab masa tu tak kenal lagi JPK lama. First event Lia and Zaidah kena buat ialah Dinner Kolej Beringin! Yeahh best gila masa tu, sebabnya first time kan menjalankan event yang besar and ramai2. Then kitorang ada buat bbq khas untuk JPK2 Beringin :)
NEXT
Masa dah akhir2 sem tuh, masa tu Lia sem 3, and dah nak start study week, Kak Akma panggil lagi buat meeting. Lia ada dapat dua mesej, 1st mesej dari Kak Akma katanya meeting jam 1030 mlm. Tiba2 Lia dapat lagi satu mesej number yang tak dikenali katanya meeting jam 930 malam. So Lia assume meeting start 930 mlm lah. Then Lia and Zaidah datang lah rumah 45 tepat 930 mlm. Kak Akma terkejut la sebabnya dia kata kenapa datang awal sangat? Then Lia pon bg tau la dapat msg kena dtg waktu ni.
Suddenly.........
Kak Akma dapat satu panggilan, kak Akma pandang Lia sambil bercakap dalam telefon, then habis je dari panggilan tu, kak Akma terus cakap dengan Lia.
''Lia cepat cepat pergi bilik MTK, sebab tadi NYDP MTK call akak yang Lia kena datang sana jam 930 mlm ni''
Lia dengan muka pelik and hairan... terus bangun and ajak Zaidah teman Lia sekali pergi bilik MTK. Kak Akma kata Lia sorang je kena pergi, Zaidah tak boleh teman.
Okay then, baru Lia faham, kenapa mesej yg number tak dikenali tadi tu hanya dapat kat Lia je and kata meeting 930 mlm, rupanya Lia kena pergi bilik MTK (Majlis Tertinggi Kolej) . Lia pon dengan rushing-nya terus ke bilik MTK dengan pakaian serabai je sebab tak tau apa-apa. Ya Allah. Masa tu hati berdebar-debar sebab Lia takut and tak pernah jejak kaki ke bilik MTK tuh.
Masuk je bilik MTK, tengok ramai gila orang. (ohh! malunyaaa!) Perasaan masa tu tak payah cakap la, speechless terus. And tiba2 ada suara lelaki yang duduk tengah2 di meja meeting tu kata ,
''Welcome President Beringin's College, sila ambil tempat duduk''
OH MY GOD!!!
Lia masa tu memang PELIK gila and tertanya2, what happened to me? Apa dah jadi?! (semangatnya aku cerita -.- ) But then, okay relax and cool, Lia pon senyum and buat biasa je ambil tempat duduk, masa dalam meeting tu, semuanya Presiden Kolej UiTM Perlis, and YDP MTK kata Lia dilantik untuk menjadi Presiden Beringin untuk dua sem. Oh damn. 2 semester?! Lia seriously tak tau apa2, jadi JPK pon dalam sebulan je lepas tu terus naik jadi Presiden. Siapa yang tak terkejutkan?
Habis je meeting di MTK, Lia terus text Zaidah tanya meeting di Kolej Beringin masih ada lagi ke? Sebab masa tu jam dah pukul 11 malam. (Lama beno meeting MTK tuh) Then Zaidah immediately replied to me kata terus datang rumah Pres, meeting still on. Lia pon rushing balik ke Kolej. Sampai je rumah Pres tengok dah ramai JPK tengah duduk sambil setiap orang pegang buku nota and pen. Then kak Akma sambut Lia dengan baik sekali sambil kata ''Tahniah Lia, sebab Lia akan jadi Presiden Kolej Beringin sem depan punya''. And semua clap hands. Oh my... Malu tak terkata. Huhu.
So dari situ la Lia menjadi Presiden kolej, and banyak sangat Lia kena belajar pasal selok belok kolej ni, peraturan kolej, and macam-macam lagi.
And at the same time, Lia adalah one of 'Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis'. Okay. Lia memang tak tau nak cakap apa, sebabnya before this tak pernah pon ambil tahu semua ni, and ilmu pon zero to zero. But then Alhamdulillah sekarang ni, yang Lia tengah type untuk entry ni, Lia dah tau tugas2 Presiden, and banyak dah ilmu yang Lia belajar, and Alhamdulillah Lia dapat Naib Presiden(Yuyu) yang banyak bantu Lia dalam susah senang Lia bekerja, dapat juga Setiausaha(Syuhai) yang rajin and Bendahari(Shira) yang boleh dipercayai. Alhamdulillah.
Seriously, apa yang terjadi pada diri Lia ada hikmah di sebaliknya, and now Lia dah rasa seronok jadi Presiden. Tapi sem ni iaitu sem 5 adalah sem akhir Lia pegang jawatan Pres. Sebab contract dah tamat. So untuk sem yang akhir ni, I will do my best for my college. Lia sayang kolej Beringin =]
-THE END-
Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Link di bawah ni :
SEM 6
Kisah sem 6 ni paling best . Sebab dekat UiTM Arau dah ada bestfriend gittew . Korang pon mesti tahu and kenalkan . Bestfriend Lia ni business partner Lia . Everything kitorang buat mesti semua sama . Siapa lagi kalau bukan Shafahida . So masa sem 6 ni Lia masih ingat lagi , Lia dgn Ida ambil keputusan nak duduk rumah sewa . So lepas dah betul2 decide tu and Alhamdulillah kitorang dapat rumah sewa yang baru dan cantik . Semua meja , almari , katil tak usik lagi . Kitorang penghuni pertama dekat rumah tu . Kawasan strategik dekat dengan pintu gate A . Bila dah duduk rumah sewa ni lagi heaven la kan . Tak ada peraturan kolej dan sebagainya . Balik rumah pukul 1 pagi pon tak ada masalah . Hehe . Kebetulan pula Ida bawa kereta jadi lagi senang pergerakan kitorang nak ke mana-mana . Setiap hari pergi kelas , balik kelas , makan , bersukan , shopping , business , semuanya nak buat sama-sama . Ya Allah memang best tau and tak ada langsung rasa bosan . Sebab tu bila ada bestfriend ni hidup pon rasa lebih ceriaaaa . Hehe . Lia masih ingat lagi susah senang lia dengan ida kitorang tempuhi sama-sama . Anyway , terima kasih Ida sebab selalu teman Lia , bagi semangat kat Lia , you are the best dear !!! And now .. kitorang masih lagi bersama .. Hehe :)
No comments:
Post a Comment