30 May 2013

Im happy with you

This post.. Lia tujukan kat orang yang Lia paling sayang, siapa lagi budak busuk tu.. Ida :)




Post ni Lia nak cerita about 8 days perjalanan kisah tentang kami jumpa baru2 ni, so bila kitorang besar nanti, boleh la baca sama-sama menggamit memori lamakan :) Hehe. So maybe panjang post yang Lia nak tulis ni, so up to you guys nak baca ke takkan. Lia tak kisah. Cuma kalau story kali ni mereng sikit tu sorry la. Haha.

Alright, cukup intro yang pendek kat atas ni, so lets start our story hereee ! :D

Perjalanan kisah 8 hari yang bermula dengan...jeng jeng jeng... *suspen la konon*
Ida make a surprised for me!! Really. But actually not a surprise though, because rasa pelik je. Habis kerja. suddenly my friend ajak pergi lepak at Wendy's. So I just followed him. Then kitorang story mory. Andddd after that, ada orang close my eyes kuat2, pelik but tahu dah siapa, Ida -_- hahaha. So I was like happy to see her, I thought I need to pick up her at Bus Station. Rupanya dia dah pandai jalan selok belok in KL :D Hehe..

So at night, kitorang just tengok movie and borak2 kat bilik Lia. Esok harinya kitorang akan gerak ke Perlis !! Jalan-jalan cari angin xD Ahaks. Tiba esok harinya, malam tu kitorang pergi sana naik KTMB ambil yang bilik punya. Seriously bilik punya mahal gila wooo. Tapi disebabkan pergi dengan yang tersayang, mahal pon boleh jadi murah. Haha. But, actually really worth it, iye la, rasa la privacy sikit selama 10 hours dalam ktmb tu kan, tidur pon dengan keadaan yang selamat. Best weh tak tipu punya! Haha. 

Beg yang di isi dgn barang Lia and Ida. Lolx




Sampai je Perlis, kitorang check in hotel for one night, and then ambil kereta sewa, jalan2 je la kat Perlis tu. Taktahu mana nak pergi sangat dekat Perlis. Haha. Tapi yang pasti malam tu kitorang pergi makan kat Kuala Perlis, tempat makan kat situ memang terbaik lah!! Especially sotong goreng tepung !! Setiap kali makan situ perut ni rasa nak terburai je. Haha. K dah over pula -_-

Muka gediks kitorang...

Nasi dah digaul dengan sambal belacan. Ni pon ada lagi lauk yang tak sampai. Hahah

The next day, kitorang pergi Penang !! Ida yang drive !! Terbaik lah, so Lia just relax goyang kaki main hp tangkap gambar senang lenang dalam kereta. Sampai tertidur la kan. Bila terjaga, taktahu dekat mana tapi yang pasti Ida stop kat Petronas(hampir nak ter type Petrosains :P) and the first thing Lia cari is TOILET. Haha. Then dah sampai Penang, kitorang naik ferry. Heeeee. Time tu seriously kenangan yang paling terindah Lia dengan Ida. And Ida expert sangat jalan dekat Penang dengan bantuan google maps! Woops! Plus dengan khidmat bantuan yang ikhlas by LiaOmey. Hakhak! But really respect her. Tau juga la selok belok kat Penang belah Pulau kann. Dekat Penang, kitorang pergi Bukit Bendera and Taman Botani. Seriously both places terbaik lah bagi sesiapa yang nak rasa relax, tenang, tak rushing, nak spend time together, memang sesuai. Kitorang dua je yang pergi ni pon tak rasa boooooosan. Sepanjang perjalanan gelak2, kenakan each other, and snap pictures. Hehe :) 





See keberanian kami untuk pegang ular !!
:)
Bukit Bendera, Ida in this pic.


Habis dari Penang, malam tu baru gerak balik KL naik bus Etika. Ida follow Lia balik KL !! Hehe. Tapi yang geramnya malam tu bus supposed arrive at station bus kangar 11.30pm, but bus datang 12.30am. Almost one hour kitorang tunggu. Sampai perangai jahat Lia kenakan Ida pon dah takde. Hilang tenaga dah. Masing2 diam je. Huhu. But Alhamdulillah, selamat tiba di KL jam 7 pagi :)

So the rest 5 days Ida spent time with me dekat KL je, sorry la, Lia tak bawa Ida jalan2 sampai ke Melaka. Because Ida tahu sebab2nya.. Lia ada tugasan dekat rumah , means tanggungjawab kena buat. Amanah from my parents :) Then, kitorang spent area rumah Lia, paling jauh pon rasanya...er Time Squares maybe? Hehe. Seriously, banyak sangat kenangan kitorang cipta bersama... (sweet tak cerita Lia ni? err haha)

Lia sempat juga buat Red Velvet untuk Ida, Muffin Vanilla untuk Ida.. Then tengok cerita2 hantu... And paling tak tahan dgr jeritan Lia je, kesian aih kat Ida. Haha. After that, masa time PRU13, kitorang saja keluar waktu tengah hari tu, nak tengok la kan suasana PRU13 ni kan, almaklum la, umur tak cukup nak pergi mengundi, so menyebuk pon jadi le kot? Tgk penyokong pas semua main hon hon je, so kitorang pon join je hon hon ni. Then dapat la sambutan orang2 pas kan. Yang BN pula, bagi bendera bila kereta lalu, "kitorang pon ambil je sambil kibarkan". (k ni tipu) haha. Lagiiii... selain dr tu, kitorang pergi jalan2 kat Taman Dato' Keramat, pusing2 ambil gambar sambil bersenam la konon kan, lari2 itik, makan icecream... haha. And, aktiviti kitorang paling tak boleh blah la kan, pergi rounder rounder tengok rumah yang gempak2, besar2, rumah milik jutawan, rumah Dato' Yusuf Haslam pon kitorang pergi tengok. Gila ar... speechless tengok rumah2 orang kaya ni. Tengok kereta je dah boleh jadi gila. (Masih boleh kawal lagi...hehe) 

Banyaknya Ida makan KFC :O .



Muffin Vanilla

Alright, baru perasan panjang txt Lia kali ni... cerita dengan penuh feeling tau tak? :) Sikit lagi. Next, pergi TS ajak Ida masuk team park roller coster !! Hehe. And baru Lia tahu, Ida first time naik roller coster !! Kesian gila ar... rasa tak percaya pon ada, and baru tahu dia takut permainan tempat tinggi2 ni, banyak juga la Lia paksa dia naik sana naik sini, sebab Lia ni pula extreme sikit dgn tempat2 macam tu, boleh jadi tak terkawal nampak permainan best macam tu. So Ida memang silap la pergi dengan Lia, habis semua permainan dia kena main. Sampai nangis2 kot? And merajuk pula tuu. Hahah xD Comels je tengok... Aduyaiii...

Ida and Lia





Budak busuk ni dah merajuk.


Rasanya cukup sampai kat sini je Lia cerita, lepas ni kita tunggu cerita Lia datang Sg Petani pula update dari Ida !! Bila ye dia nak update. Lia tunggu je ni... ;) Hehe.. Jgn lupa follow sekali blog dia eh? :) Peace.

Thanks... Salam and selamat bercutiii !! :D

2 comments:

  1. haii sayang !! thankss sbb dah post pasal nih .. hehe. tggu kite post pulak tauu . xD thanks again for being with me always n forever .. LDForever <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright im waiting . LDF <3 hehe . Love u much .

      Delete