Budak2 yg lahir pada tahun 80an n awal 90an baca ni~
Budak2 yg lahir pada tahun 80an n awal 90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu :
- Dekat sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok minta duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon macam tu juga.
- Dekat library, budak2 memang baca buku tapi just tengok gambar je. Bila ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.
- RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pon join RMT, tak faham.
- Pakai pensel box yg boleh buka depan belakang, lepas tu ada sharpener kat tengah2 dia.
- Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!
- Pakai pembaris yg bergerigi, dekat dalam ada air lepas tu ada benda berkilat dalam air tu.
- Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.
- Time pendidikan seni, lukis semua boleh tapi bila time colour semua hampeh. Ada juga buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
- Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, semua pakai tape.
- Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar2 colour ikut suhu n cuaca.
- Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...
- Balik sekolah beli JoJo tak pon Dendang. Tora pon best juga. Beli semata2 nak mainan, coklat dia tak makan pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat TV boleh tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman, dragon ball, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm2 lg.
Jangan lupa semua ni sebab zaman skrg budak2 tak sempat layan and rasa semua ni. Zaman semakin maju dan berubah kearah inovasi. Cuma asal-usul kita yang masih sama. Ni la baru zaman kita kawan2...
Sekadar perkongsian. :) #copypaste
Boleh juga tengok video ni sebagai kenangan masa kita kecil2 dulu :')
lahaii..teringat kisah lama...hukhukhuk...
ReplyDeletemasa tak kan dapat di putar kan kembali :)
Tahu takpe . Kenangan bersama kawan2 zaman sek rendah ... :')
Deletecomel je video ni. seriously rindu gila dgn zaman sekolah. main batu seremban, main lawan pemadam, program nilam, n so on :')
ReplyDeleteyg kelakar tgk video ni tak boleh bla bawak beg roda g sekolah. hahaha xD