03 April 2011

Malam ni balik ARAU

Salam

Malam ni kena balik Arau. Whoaaa. Sedihnyaaa. Bus MARA LINER jam 11.45 yang aku akan naik malam ini. Bersama dengan Siti Fairus and Amirah Kamaruddin. Hehe. Sampai Arau InsyaAllah 7/8 pagi macam tuh.




ANYWAY




Aku seronok dapat tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH) bersama dengan family yang tersayang and dengan abang ipar aku sekali . Hehe. Rasa meriah bertambah-tambah lak. Weeeeeeeee!

Okay rasanya tak ada kot nak update sangat? Huhu.



ps~ I just want to say IM SO SORRY dear =(

02 April 2011

Here we gooo

FINAL EXAMINATION !

wish me LUCK guys!

Thanks!


I WILL DO MY VERY BEST!!!

ps~ bye bye KL! Cya again! =]

01 April 2011

Unforgettable Memories

Assalamualaikum :)

Dah lama tak update. Well, busy lately~ Anyway, ada kisah yang aku betul-betul tak boleh lupakan. Sampai ke tua pon InsyaAllah tak lupa punya lah. hakhak!

Ding Dong Bell~

'Perhatian kepada semua penghuni Dahlia 1, UiTM bagi cuti sampai hari ahad disebabkan banjir, jadi semua boleh balik ke kampung halaman masing-masing, segala informasi boleh rujuk di web uitm perlis...'

Yup! Something like that. Rasa EXCITED dengar announcement bagi cuti ni. First time kot. Teehee! Hari rabu 30 April 2011, hari yang sangat bersejarah bagi aku, okay. Pagi jam 10am sepatutnya ada class Economics, masa dah nak pakai kasut tiba-tiba *tit tot tit* aku dapat message dari kawan aku yang rajin forward2 message ni,

'class eco hari ni batal, rumah en nik banjir'

Dengan perasaan gembiranya aku masuk balik bilik letak bag kat kerusi, then sambung buat kerja yang aku tangguh tadi (jangan biasakan dengan procrastinate), okay, next class is class English or lebih famous di UiTM called as BEL. Pergi ke class dengan hujan yang agak lebat, tapi rasa seronok sebab pegang payung baru made in Mushroom. Mwahahah! Sampai-sampai je Lab Computer aku dah tengok miss Noriza busy dengan call sana sini, and then about 20 minutes macam tu kot miss bagi tau dia terpaksa stop class sekarang juga bcoz kena balik alor star katanya rumah miss air dah naik. Poor miss. Then, habis class aku terus pergi ke anjung siswa, nak ambil duit dekat Kawanku(MayBank) BUT dari jauh aku nampak dah kena beratur panjang gilaaa. Dalam setengah jam jugak la aku beratur menunggu sampailah turn aku. Buang masa jek. Lepas tu kononnya aku nak beli stok makanan, takut stok makanan habis, susah pulakkan? Tapi tak jadi aku terus balik singgah kat kedai fotostat, print n all~ aka nama tempat tu Kulat. Hehe. And that time aku dengar announcement yang kat atas tuh. Perasaan gembira ni toksah cakap la, terus aku balik ke bilik because Fairus call kata dia akan belikan tiket balik. Thanks fairus! Masa tuh pukul 1.00pm, tiket bus pulak 1.45pm. OKAY, aku terfikir macam mana aku nak gerak ke Kangar, coz aku takde transport nak ke sana, gelabah gila kot. Call semua pakcik-pakcik taxi semua kata diorang tak boleh ambil, busy dengan rumah banjir diorang. Call Pakjang aku pulak kata ada di Penang. Bila tengok jam 1.15pm. Cuak gilaaa. Last-last aku ambil keputusan pergi ke Mushroom bersama dengan Lin and Siti Aliah tunggu bus UiTM yang akan hantar ke Shahab, Alor Star. Fairus call kata dia dah naik bus tapi bus ni juga akan pergi ke shahab untuk jemput aku. Okay, sangat terharuuu =')

2.00pm

3 buah bus UiTM datang untuk jemput kami yang seramai seribu orang (estimated). Nak tak nak aku tempuh juga untuk naik bus sebab aku kejar masa, nak kena sampai Alor Star before bus Fairus sampai dulu. Ohh Myy, masa nak naik bus UiTM tu punyalah berebut-rebut tak terkata, terseksa aku masa tuh orang tolak2, aiyayaii, hanya Allah saja yang tau perasaan aku masa tuh. And Alhamdulillah! Berjaya juga naik, tapi memang overloaded pulak kan bila dalam bus tuh penuh gila orang, sampaikan driver bus tiba-tiba emo semacam, marah-marah kitorang and cakap siapa yang duduk 3 orang untuk 2 seat salah sorang turun bawah, and masa tu tempat aku memang duduk 3 orang, ada budak laki sebelah aku, aku and siti Aliah. Nak taknak aku ambil keputusan agak sengal pergi menyorok bawah kerusi, and ada juga beberapa orang yang buat camtu, tapi diorang okay lagi sorok memang tak nampak punya lah, yang aku terang lagi bersuluh kalau orang lalu memang boleh nampak aku sorok. HEHE! Tapi, Alhamdulillah, seriously driver bus memang tak nampak aku sorok. Teeheee! Hebat tak aku?! Btw, dalam hati aku kalau aku kena turun jugak Siti Aliah pon kena ikut turun jugak! Tak kire tak kire > _ <

Pheeuww... penat ke baca? hakhak! Okay, masa otw nak ke Alor Star, aku nampak 1 bus ni depan bus UiTM, and tak sangkaa bus depan tu lupa-lupanya bus Fairus. Betapa excitednya aku and rasa lega gila masa tuh. And masa tiba di Alor Star dalam sejam macam tuh, bus aku sampai dulu kemudian bus Fairus, Fai suruh aku datang ke Petronas, so aku pon berlari-lari lah ke sana, tiba-tiba Fai kata takpe bus pergi dekat aku untuk jemput aku, okay, lagi sekali terharuu betul lah =') And again, Alhamdulillah dapat juga naik bus untuk pergi ke KL. =D yippieee~

Dalam bus terbaikk lah, seat besar, then SEJUKK gila dengan tak bawak baju sejuknyaa, bus tu pon faham dia selalu stop kat rnr. Hehe. Anyway, aku betul2 nak thanks to Fai coz tanpa dia aku rasa macam tak balik lah kot? Huhu. Bawah ni gambar2 yang aku sempat snap menggunakan Nokia Express Music masa dalam bus UiTM. Gotchaa!





Emm...agak-agaknya macam mana ye keadaan di Perlis sekarang? Banjir dah surut ke? Hujan lagi ke? Emm...Uitm kata Isnin ni memang confirm dah start class. Harap-harap semua berjalan macam biasa lah~ Dah la nak final, haish! Risau syllabus tak habis belajar lagi ni , jangan kena extend sudah! 0.0! Okayy got to go, Bye bye! :)