15 April 2017

Focus full time

Tak apalah kita buat business part time, yang penting mentality kita full time. Ok?

Never give up

Remember, the moment you feel like quitting, that is the right time you have to keep pushing. Good Morning Everyone!

Assalamualaikum wbt. Salam ceria dan salam bahagiaaa 😍

Magazine Nona

Macam kenal je kan tudung pink tu? Hehe.

Syukur Alhamdulillah Lia diberikan peluang untuk masuk dalam magazine Nona, terima kasih kakSzaza dan kakMas uruskan semua ini untuk Lia. Terima kasih juga kepada semua team Chettaki Omey dan family Lia yang sentiasa support Lia sehingga sekarang ini. Tanpa mereka, Lia bukan siapa-siapa.

Jadi, kepada anda di luar sana ingin mengetahui kisah jatuh bangun Lia dalam perniagaan, boleh dapatkan majalah Nona di mana mana bookstore/mph. 😍

PENGALAMAN STAY DI RUMAH 10 JUTA

Syukur Alhamdulillah Lia diberi kesempatan untuk stay selama 3 hari 2 malam di rumah 10 Juta. Masa nak datang cari rumah di Genting Sempah tu pon boleh sesat juga la, sebab tak sangka di area situ ada rumah banglow yang jenis besar gilaaa. Rasa impressed sangat.

Jadi masa dah sampai rumah tu, masa buka je pintu masuk dan kaki touch dalam rumah tu, bulu roma terus naik. Bukan sebab rumah tu ada hantu! Haha. Sebab rumah tu lain dari yang lain Lia pernah pergi, rumah tu memang wow sangat bagi Lia.

Masuk je tengok kiri nampak ada yang sedang karoke, tengok kanan ada yang tengah lepak di meja makan, jalan depan sikit nampak orang borak borak di beranda. Sampaikan Lia macam nak berlari lari pusing dalam rumah tu.

Jadi masa masuk je Lia dan kawan Lia terus letakkan beg di bilik atas sekali. Lepas letak beg, kami terus excited nak bergambar dalam rumah tu, di setiap sudut, dinding kami bergambar. Punyalah excited kan? Hehe

Pada waktu malam pula, kami ada class, bayangkan masa tengah belajar pon kabus masuk dalam rumah, sejuk, sebab rumah ni memang tinggi, dan view rumah ini nampak Genting Highlands. Jelas sangat nampak Genting. Rasa kalau lambai-lambai tangan kat Genting tu, orang Genting nampak agaknya? Hehe.

Bestnya lagi, Lia jadi culture shock sebab dalam rumah tu heaven dengan makanan. Setiap orang bawa makanan masing-masing. Kiranya buat style potluck la. Lia pula bawa makanan-makanan dari Mekah macam kurma, kacang pistachios, kacang ganjus dan sebagainya. Jadi kami di sana setiap masa makan jer. Memang diet pon kelaut laa. 😂

Syukur Alhamdulillah walaupun hanya stay rumah ini selama 3 hari, tapi pengalaman itu sangat luar biasa, perasaan Lia sangat bahagia selama stay di rumah itu. Kalau dah stay rumah macam itu memang tak keluar rumah dah.

Setiap masa Lia visualised Lia akan dapat rumah macam ini. Nanti kahwin pon dah planning nak buat majlis perkahwinan kat rumah ni. Haa punyalah berangan kan? Tak apa, berangan dulu, nasib baik berangan itu percuma. Hehe.

Terima kasih Lia nak ucapkan kepada Sifu Nasrul atas ilmu-ilmu yang di ajar pada kami selama 3 hari 2 malam itu. Rasa ukhwah lagi rapat antara kami semua dalam group Exclusive Business Mentoring (EBM).

Rasa bertuah sangat berada dalam group EBM, rakan rakan yang suka kongsi idea, share pengalaman masing-masing dan banyak sharing ilmu. Terima kasih semua.

Lepas ini Lia dah terfikir, nak buat gathering bersama team Chettaki Omey di rumah 10 juta ni, dapat stay 2 malam pon okay sangat. Biar semua merasai stay di rumah besar ini, biar mereka visualized akan ada rumah besar.

Allahuu, semoga impian Lia menjadi kenyataan. Semoga Lia juga akan ada rumah sebesar ini. Target saja tinggi, kalau dapat rumah 1 Juta pon dah bersyukur sangat. Lia yakin dan percaya, Allah Maha Mendengar, pasti Allah tunaikan segala impian Lia. Pasti. 



















14 April 2017

Bina Empayar

Alang-alang kita berniaga, biar sampai bina empayar! Boleh ke boleh? 

Jaga Solat

Bila kita solat di awal waktu, disitulah kita akan rasa keberkatan waktu. 

Allah makbulkan doaku

Terima kasih Allah. Aku bersyukur!

Satu doa Lia diangkat oleh Allah swt ketika Lia di Mekah depan Kaabah.
Lia merayu dan berdoa sangat pada Allah,

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Engkau bukakan pintu hati team Chettaki Omey untuk ke Dexandra Family Orientation Ya Allah. Aku mohon Ya Allah semoga seramai 80 orang yang akan join ke DFO 2.0 pada 8 dan 9 April ini."

Syukur Alhamdulillah Lia tak sangka Allah makbulkan DOA Lia yang ini. 😭

Sedangkan masa Lia berdoa itu team Chettaki Omey yang betul betul join cuma 40 orang sahaja.

Tetapi. Sungguh luar biasa, hari ini tepat 80 orang dari team Chettaki Omey yang akan ke DFO pada minggu ini. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sangat Engkau mendengar DOA hambamu ini.

Mintalah pada Allah. Mintalah apa sahaja pada Allah. Allah akan berikan juga pada kita, lambat atau cepat sahaja. Yakin dan percayalah bila kita berdoa, pasti doa kita diangkat olehNya. Dia Maha Mendengar.

Terima kasih Kak Ernayanee anjurkan program DFO sekali lagi. Program yang memberikan kesan luar biasa. ILMU yang begitu hebat. Terima kasih juga team Chettaki Omey yang dapat pergi ke DFO 😭 Kita jumpa di DFO ya.

Lia betul betul nak team CO grab ILMU sebaik mungkin sehabis mungkin untuk dua hari di DFO. Semoga anda semua selepas ini menjadi JUTAWAN DEXANDRA dunia dan akhirat. ‎

آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Nak peluk KakErna! Nak peluk semua team Chettaki Omey! 😢😢





BAHAGIA BERSAMA TEAM

Leader mana yang tak terharu bila team datang dari jauh naik bas, leader mana yang tak bahagia dapat spent time gila gila dengan team, siap boleh tidur ramai ramai dalam bilik apartment, makan bersama, dapat duduk sekali dalam dewan dengar talk, menari, menangis, ketawa, peluk dan gelak bersama-sama.

Team Chettaki Omey paling ramai dan havoc sekali dalam dewan DFO. Syukur Alhamdulillah Lia dapat satukan semua hati hati team Chettaki Omey. Kami dapat rasa bonding antara satu sama lain, kami dapat rasa kasih sayang antara satu sama lain dan kami juga dapat rasakan CINTA dalam team Chettaki Omey.

Siapa pun kita, founder ke, stokis ke, agent ke, dropship ke, tetapi kalau kita letakkan diri kita menjadi seorang LEADER yang hebat, leader yang best, pasti team kita juga akan menjadi best. Jika kita letak diri kita luar biasa best, team kita akan menjadi luar biasa best. Seperti Lia, Lia selalu memberikan surat cinta pada team Lia, sebab Lia nak touch hati hati team Lia, dan syukur mereka dapat rasa dan membalas cinta itu pada Lia. Kita kena berikan 200% pada team kita, then kita akan dapat 100% feedback dari team.

Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, jika kita lead team kita dengan betul dan baik, niat ikhlas kerana Allah dan Rasul, pasti kita akan rasa sangat bahagia. Bahagia itu datang hanya dari hati. Bayangkan, team Chettaki Omey buat surprise untuk Lia, mereka berikan kek, chocolate bouquet with love card dan belon love waktu terakhir DFO itu. Subhanallah Lia tak sangka dan sangat terharu, dan di kad itu mereka tulis, "Terima kasih Lia sebab selama ini tak putus putus bagi sokongan pada kami". Bayangkanlah lagi, orang tegur kita hebat sebab bawa team yang ramai, dan mereka nampak anak anak Lia juga semua hebat hebat. Sekarang ini anak anak pon dah memanggil Lia sebagai MAK MUDA. Sebab tak boleh nak bezakan MAK dengan anak anak. Semua team Chettaki Omey muda muda. Huhu.

Di kesempatan ini, Lia nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa Lia yang ajar Lia dari kecil menjadi seorang yang penyayang, terima kasih kepada my best ever Mentor Kak Ernayanee yang mengajar Lia menjadi seorang LEADER yang hebat, terima kasih kepada semua staff Chettaki Omey dan team Chettaki Omey yang menjadikan group kita LUAR BIASA HEBAT. Kita pasti boleh melakukan yang terbaik selepas ini, jom meroket bersama! ☺️

InshaaAllah selepas ini Lia nak bawa team Lia pergi ke Pulau pula, kita gather ramai ramai di tepi pantai, buat bbq sambil sharing ilmu business. Pasti lagi best kan? Ada yang nak join team Chettaki Omey? Hehe.

Dexandra di Hatiku



Bila buka botol bau wangi,
Bila spray lagi la wangi,
Bila dah petang ada lagi bau wangi,
Power betul Dexandra perfume ni.