Leader mana yang tak terharu bila team datang dari jauh naik bas, leader mana yang tak bahagia dapat spent time gila gila dengan team, siap boleh tidur ramai ramai dalam bilik apartment, makan bersama, dapat duduk sekali dalam dewan dengar talk, menari, menangis, ketawa, peluk dan gelak bersama-sama.
Team Chettaki Omey paling ramai dan havoc sekali dalam dewan DFO. Syukur Alhamdulillah Lia dapat satukan semua hati hati team Chettaki Omey. Kami dapat rasa bonding antara satu sama lain, kami dapat rasa kasih sayang antara satu sama lain dan kami juga dapat rasakan CINTA dalam team Chettaki Omey.
Siapa pun kita, founder ke, stokis ke, agent ke, dropship ke, tetapi kalau kita letakkan diri kita menjadi seorang LEADER yang hebat, leader yang best, pasti team kita juga akan menjadi best. Jika kita letak diri kita luar biasa best, team kita akan menjadi luar biasa best. Seperti Lia, Lia selalu memberikan surat cinta pada team Lia, sebab Lia nak touch hati hati team Lia, dan syukur mereka dapat rasa dan membalas cinta itu pada Lia. Kita kena berikan 200% pada team kita, then kita akan dapat 100% feedback dari team.
Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, jika kita lead team kita dengan betul dan baik, niat ikhlas kerana Allah dan Rasul, pasti kita akan rasa sangat bahagia. Bahagia itu datang hanya dari hati. Bayangkan, team Chettaki Omey buat surprise untuk Lia, mereka berikan kek, chocolate bouquet with love card dan belon love waktu terakhir DFO itu. Subhanallah Lia tak sangka dan sangat terharu, dan di kad itu mereka tulis, "Terima kasih Lia sebab selama ini tak putus putus bagi sokongan pada kami". Bayangkanlah lagi, orang tegur kita hebat sebab bawa team yang ramai, dan mereka nampak anak anak Lia juga semua hebat hebat. Sekarang ini anak anak pon dah memanggil Lia sebagai MAK MUDA. Sebab tak boleh nak bezakan MAK dengan anak anak. Semua team Chettaki Omey muda muda. Huhu.
Di kesempatan ini, Lia nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa Lia yang ajar Lia dari kecil menjadi seorang yang penyayang, terima kasih kepada my best ever Mentor Kak Ernayanee yang mengajar Lia menjadi seorang LEADER yang hebat, terima kasih kepada semua staff Chettaki Omey dan team Chettaki Omey yang menjadikan group kita LUAR BIASA HEBAT. Kita pasti boleh melakukan yang terbaik selepas ini, jom meroket bersama! ☺️❤
InshaaAllah selepas ini Lia nak bawa team Lia pergi ke Pulau pula, kita gather ramai ramai di tepi pantai, buat bbq sambil sharing ilmu business. Pasti lagi best kan? Ada yang nak join team Chettaki Omey? Hehe.
No comments:
Post a Comment