Assalamualaikum semua =]
Pejam celik pejam celik... eh! Tengok tengok sekarang ni dah masuk minggu 'study week'. Iaitu minggu untuk mahasiswa/mahasiswi buat revision and buat latihan untuk menghadapi final exam. Bak omputih kata 'Exam is just around the corner' . Hah jadi apa lagi.. ini lah masanya nak pulun habis kan belajar untuk target dapat Dean's List. InsyaAllah. Sama2 lah kita doakan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan. Amin =]
Ahah. Perenggan di atas tadi hanyalah mukadimah sahaja. Ahaks. Skema tak ayat Lia? Heee. Okay2, back to the topic. Orang semua study. Tapi Lia hari 1st day Study week keluar jalan2 dulu, dengan siapa? Dengan housemate Lia. Nasib baik lah diorang semua tak balik rumah. Kalau tidak mesti Lia akan bosan and taktau nak buat apa walaupon tau kena study kannnn~ heheh.
Semalam, iaitu hari ahad, 4th March 2012, Lia, bestie Lia iaitu Yuyu, Nabil dan Zafiran plan untuk pergi buat survey tempat dekat negeri Perlis. Kitorang nak cari tempat yang sesuai untuk buat Konvesyen Semalaysia untuk bulan Jun ni. Jadi tempat pertama kitorang pergi ialah Bukit Ayer Resort. Korang tau katne? Mesti taktau kan. Datang la Perlis , serious , banyak tempat yang menarik sebenarnya. =]
Dekat Resort tu, kitorang pergi tengok bilik-bilik untuk students menginap, dewan untuk lakukan aktiviti indoor, dewan makan, and ada lagi lah. Dan yang paling penting survey harga. 1 per head berapa diorang charge. Next place, kitorang pergi Eagle Park Resort & Spa. Okay just nak bagi tau lah Lia suka sangat tempat ni , nice place untuk lakukan aktiviti samada indoor or outdoor games. Bilik pon cantik, besar, ada aircond. Tempat ni dimana cerita Congkak pernah buat shooting kat situ. Hehe. And keliling hutan, so memang malam2 pon sejuk sangat. Tengah hari kitorang pergi pon tak rasa panas. Luas Resort tu ialah 17 hektar. Besar tak besar. Takyah cakap la. Boleh sesat Lia dalam tu. Yela Lia ni jalan nak pergi class kuliah pon tak ingat ini apatah lagi jalan yang kat luar kita tak pernah pergi. Confirm sesat. Hahah!
Meh Lia tunjuk sikit2 gambar untuk Eagle Park Resort..
So, atas ni antara gambar2 bilik kat Eagle Resort la. Boleh tahan sangat. Yang penting nak jaga keselesaan students untuk penginapan dalam 2 hari je. Sebab ini adalah program UiTM Perlis. Nanti IPTA/IPTS dari luar mesti akan sebut2 nama UiTM Perlis tentang program Konvesyen kami ni. So thats why la kena pilih tempat yang betul2 okay and harga pon OKAY juga. Heheh.
Abg long saya posing bergambar. :P Ngeh ngeh.
Okay next, kami meneruskan lagi perjalanan kami. Destinasi yang seterusnya ialah Taman Ular. Oh ini bukan survey dah, ini adalah aktiviti sampingan kitorang setelah penat pergi buat survey tempat ni kan. Taman Ular ni first time dalam hidup Lia masuk taman ni. Entrance masuk rm4. Parking free. Jadi marilah datang bawa keluarga tercinta skali untuk melawat Ular2 yang manja gituh kat dalam sangkar. LOL =P
Dekat dalam Taman Ular tu macam-macam yang terjadi kat kami. Hahah. But very funny bila teringat balik. Antara peristiwa yang Lia memang tak boleh lupakan lah kan ada beberapa ekor beruk ni dalam sangkar, duduk diam je, then Lia saja la kacau-kacau beruk tu, and then what happened is beruk2 tu melompat pergi kat Lia nak makan ke apa taktau la, maybe mengamuk kot? Hahah. But Syukur sangat beruk2 tu tak dapat pergi kat Lia sebab beruk2 tu pon dalam sangkar. And yeah tak lain tak bukan menjerit la Lia. Berlari lintang punkang Lia masa tu. Hahahah. =P *Gelak sorang2.
Ni hah beruk yang Lia maksudkan tu.
Rawrr! Geram gila lah. Haish. Nak serang2 pulak. Huhu~
and please. B.E.WA.R.E !
OH by the way. Mesti korang rasa pelik kan Lia ni kata pergi Taman Ular tapi masukkan gambar beruk, cerita pasal beruk . Hahah! Fyi guys, dalam tu bukan ada Ular je tapi beruk ada, ayam ada, tikus ada, buaya ada, macam2 haiwan Reptilia ada dalam tuh. Terasa dah macam Lia pergi Zoo Negara pon ada. *Gulp*. Huhuh.
Kalau nak cerita pasal Ular, takde apa sangat kot. Cuma Ular dalam tu inactive. Tapi! Ada juga Ular yang active ni, suka nak patuk2 orang. Itu memang seriously bahaya la. Ular patuk ni cepat detect manusia yang ada dekat dengan dia. Then mula la nak serang kan. Haish. Menakutkan. Really. And then ada pulak kitorang jumpa tikus yang makan Ular. Hahah. Ini sangat pelik ye. Dan sangat la kelakar. Usually ular yang akan makan tikus. Maybe Ular tu terlalu kenyang sangat kot. Tikus tu nak makan pon tak boleh sebab besar sangat ularnya. Or maybe Ular and Tikus tu tengah berkasih sayang kat dalam sangkar tu? Whos know right? Hahahah. *Mengarut gilaaaa aku ni ^_^''
Rasanya tak ada apa lagi kot yang nak diceritkannya. Cuma nak tunjuk jela gambar2 kami kat sana. Heee. Serious memang best and enjoy sangat. Thanks so much kat Nabil sebab provide kan kereta, thanks to Zafiran kerana menjaga kami, biasa la budak Palapes kan. Ahaks. And thanks to Yuyu too coz teman Lia and sanggup tinggalkan assignment semata2 nak follow kitorang . Sayang Yuyu lah =* Heheh =]
Saya pegang ticket masuk taman Ular. Muka semangat Lia. Lol.
Ini lah yang Lia cerita tadi, tikus makan Ular. Heheh.
Ada sesape ada idea kenapa boleh jadi camni? Ahaks
Kawan2 baik saya sekalian.
From Left : Zaf, Yuyu and Nabil.
Berlagaknya la muka Lia. Ular betul2 sebelah kanan Lia.
Haish. Macam ni lah bila bawa budak2 degil. Hahah =P
Dalam tu ada harimau tau korang. Bahaya2. xD
*Tipu jela~ Hee.
Yuyu tengah bermesra dan ber-communicate dengan itu monkey.
Hahahah. Lia pon tak faham apa yang diorang borakkan tadi. Lol
Credit to Zaf. =]
Credit to self-timer. Heheh. Lia suka gambar ni ^^
Dan ini gambar terakhir sebelum ktrg bertolak pulang ke UiTM =]
Study week! :)














