Azfar and I standing on the stage.
Then , tak tau la kenapa, unexpected moments berlaku kat Lia, hoho. Bukannya apa, suddenly ada seorang pakcik dan seorang budak berumur dalam 12 tahun datang kat Lia dan Ain Nabila masa tu, pakcik tu berkata....
Pakcik : Adik, pakcik nak jadi peserta, nak cari anak angkat. Ada lagi ke?
Lia : Oh boleh boleh. tapi... *sambil memikir dan terpandang ke arah Suriati.
*Su menuju ke Lia dan pakcik*
Su : Kenapa ni ye?
Pakcik : Pakcik ingat nak jadi keluarga angkat utk program OPKIM.
Su : Okay2 boleh , boleh bagi no phone contact pakcik?
Then lepas pakcik tu balik, Lia and Ain Nabila pon fikir2 nak ke taknak jadi, sebab memang TERINGIN sangat tau, nak merasa jugak camne ada keluarga angkat. Then nak tau la kan macam mana cara hidup keluarga di Perlis ni kan. Hehe. Then kitorang pon decide nak jadi jugak anak angkat, and at the same time Suriati pon nak join. Heeee. After that, Lia terus contact no pakcik tu untuk pakcik jemput kami ke rumahnya.
And Alhamdulillah kitorang iaitu Lia, Ain and Suriat selamat sampai ke rumah pakcik tu, tak jauh pon, kira2 dalam 2 km dah sampai. Rumah pakcik tu dekat je dengan pantai. Environment kat rumah tu pon best. Not bad. Plus yang bestnya, masa dekat rumah tu ada buat majlis kenduri tunang anak pakcik tu, yang bongsu, kami panggil kak Zira yang sekarang ni tengah belajar di Universiti Malaya taking course Medic. Susah woo belajar Medic ni, bertahun2 baru habis kot. Huhu. So malam tu kitorang berkenalan lah dengan keluarga rumah tu, sambil makan2. Heee. Kak Zira jugak bawak kitorang pergi Pasar Malam. Jalan2 cari makanan kat situ. Haish. Banyaknya Lia makan. Hehe. =]
Sempat lagi ber-posing di pasar malam.
Day 2 , 25/2/2012
Hari sabtu, kitorang bangun awal and breakfast dulu. Lepas tu kitorang gerak ke Sekolah, hari sabtu Lia takde apa sangat nak cerita, sebab half day Lia and Azfar dekat UiTM ada bengkel MUET. Time dekat MUET tu time Listening practice, kitorang kena dengar lagu Westlife tajuk Flying Without Wings. Perghh. Memang sedih takyah cakap. Tapi yang bestnya sebab menyanyi. So hilang jugak mengantuk Lia kat dalam dewan tuh. Hehe.
Then kitorang habis MUET terus gerak ke Sek semula, bersyukur sangat la sebab pergi dan balik ada orang sanggup nak jemput and hantar. Thanks so much kat orang orang tuh. Huhu. Sampai je kat Sek, Lia terus serang bestie Lia , Yuyu.. Dia baru je bangun tidur masa tu. Then Lia cakap nak spent time dengan dia untuk malam sabtu tu, sebab ada Karoake. Heee. Lepas tu Lia terus bergerak balik ke rumah angkat Lia . Kat sana makan2, borak2. Su and Ain pon ada sekali. Macam biasa best la, rumah tu baru je habis berlangsung majlis pertunangan akak Zira.
Jam 9 malam, Lia , Suriati and Ain Nabila siap2 sebab nak kena pergi ke Sek ada buat aktiviti karoake and bbq. Cuma bbq kami tak dapat nak join sebabnya kena balik rumah. Iyelah tak elok kan balik lewat2 malam, tambah pula kitorang ni perempuan. Hehe. Apa apa pon malam tu best sangat sebab Lia spent time habis2an dengan bestie Lia, ambik2 gambar, share story.. Hehe. Thanks dear. Rindu gila kot kat Yuyu. Okay2, habis je aktiviti karoake dalam jam 12 malam kitorang pulang ke rumah.. Dekat rumah Lia , Su and Ain borak2 bercerita macam2. Best sangat. Thanks kat korang buat Lia happy =]
Sweeet . Sebab baju and seluar sama. Hikhik!
Kami macam kembar tak? Hahah
Ain , Lia and Su. Adik beradik Angkat secara rasminya =]
Day 3 , 26/2/2012
Hari terakhir untuk program OPKIM iaitu hari ahad. Pagi2 sebelum bergerak ke sek kitorang breakfast dulu. Then sampai je kat Sek kitorang terus bergegas tolong siapkan persiapan untuk YAB Dato' Seri Dr Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis datang ke sek Sg Berembang. Hebat tak hebat OPKIM kitorang sebab MB datang kottt. Heeee. Penat tu toksah habaq laaa. Semua penat tapi semua masih lagi bersungguh2 melakukan kerja and tugas masing2. Bagus and sangat respect kat urusetia OPKIM aka MTK. Heheh. Masa nak tunggu MB datang tu Lia , Luqman , Zahid , Insyira , Syira and ada lagi MTK lain kitorang semua nyanyi ramai2 lagu UiTM DiHatiku dan 1 Malaysia. Best gila laaa. Semangat semua nyanyi buat bising. Heheh. Tapi itulah kenangan2 yang takkan Lia lupakan. Thanks guys. You guys always make me Happy =]
Then jam 11 pagi , Lia and syira kitorang menunggu MB untuk datang ke Sek, kitorang tunggu dekat depan pagar sekolah, seriously dah macam RELA kot kitorang. HAHAHA. Gelak habis syira masa dengar Lia cakap macam tu. And ada jugak yang teman kitorang , tak silap Azfar, Zafiran and siapa entah , lupa la. Hehe. Oh btw RTM pon turut datang untuk ambil gambar and video semasa MB datang. Dalam sejam setengah juga la kitorang menunggu kan, memang berjemur la tengah panas masa tu. And finally MB datang juga... Muka Lia and Syira dah senyum kegembiraan sebab tak sabar nak jemput MB keluar dari kereta. And Alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya, ada cabutan bertuah lagi. Then, dalam 2 jam macam tu MB kena balik sebab Lia terdengar beliau nak ambil anak dekat Tuition. Tapi, sebelum dia naik kereta, macam biasa Lia and Syira yang follow MB , and MB ada pesan kat kami dua...
''student Uitm kan.. haa belajar rajin2 , ada peluang belajar ni , belajar! Jangan main2, jangan sia2kan harapan ibu bapa, cita2 biar tinggi dan jadi orang yang berguna.. okay???''
Angguk2 semangat kitorang masa tu. LOL. Hehe. Lepas je MB Perlis balik , Nabil ajak Lia makan . Masakan lauk kampung . Tengah makan tu sorang2 datang join kitorang makan , makan ramai2 kat meja panjang sambil borak2 and menyaksikan perlawanan tarik tali. Menjerit2 kitorang kat situ . Hehe. But seriously very fun at that time. =]
Pukul 3 petang , Nabil dengan semangatnya nak ikut kami pulang ke keluarga angkat. Katanya nak jadi jugak anak angkat. Lia pon mengalu-alukan sangat untuk dia join kitorang. And Alhamdulillah family angkat kitorang terima Nabil dengan hati yang gembira. Hahaha. *Ayat tak boleh nak poyo lagi ke Lia? ^.^''
Macam biasa la, balik rumah je kitorang tau makan je. Best la sebab family kitorang hidangkan makanan macam kek, air oren sejuk , and ada kuih sedikit. Then, kak Ina akak kepada Kak Zira ajak keluar jalan-jalan pergi rumah saudara diorang berdekat. Nasib baik perut flexible. Hahah. Paling best makan sotong tepung. Terbaik la kan. *Panjangnya la aku bercerita yer. Huhu
And finally, masa nak tinggalkan rumah keluarga angkat, kitorang salam2, bagi hadiah cenderahati atas berterima kasih sebab terima kami and layanan dari diorang. So the conclusion is, OPKIM memang best, macam2 perkara yang kitorang belajar, pengalaman yang sangat banyak , and paling best sebab kawan bertambah. Heheh.
Syira and Lia. Jadi RELA kat depan Sek.
Lia with Azfar.
TO MTK
Lia nak minta maaf jikalau tak dapat buat kerja dengan baik, not full commitment, tapi Lia dah buat yang the best untuk OPKIM , Lia juga sebagai ketua Biro Protokol Alhamdulillah dah buat yang terbaik and semua kerja berjalan dengan baik. Thanks to Amalina , Saadah , Ain Nabila and Syami sebab korang dah buat kerja dengan bagus sekali. Tanpa korang berat la kerja Lia ni. Thanks guys. And nak minta maaf juga la kalau ada sesiapa yang terasa dengan kata2 Lia ke, or apa2 jelah. And kat Yuyu pula, Lia nak minta maaf sebab dapat spent time masa sekejap je dengan Yuyu. Tapi yang penting gambar kite dua wajib ada kan. Heee. Okay la
Got to go now. Alhamdulillah. Thanks for those yang baca sampai habis. Hehe.
Assalamualaikum.
Click on picture for enlargement.
Tgh2 tu Menteri Besar Perlis. =]