25 May 2012

Happy Birthday Mama!

Assalamualaikum kawan2 :)

Birthday Mama Lia baru je lepas, 25 Mei 2012. Syukur Alhamdulillah Mama Lia masih lagi ada di bumi dengan keadaannya yang sihat walafiat :) Alhamdulillah. Thanks Allah! :')

Baru2 ni, Lia and Kak Ina, my siz, kitorang plan untuk buat Kek Red Velvet! Yeahhh. At first, Lia malas sangat nak buat, tapi entah macam mana tiba2 nak search resipe dekat pakcik Google, dari situ terus semangat pergi print and then cari bahan2 dengan kak Ina dekat Giant. Hehe.

Sampai saja di rumah, kitorang terus buat Kek! Tiba2... Papa call...

''free tak sekrang? Teman papa boleh? Kita pergi Sogo cari hadiah kasut untuk mama..''

Alahai. Papa ni spoil semangat kitorang je. Takpe lah, kitorang temankan papa. Tapi last2 pergi Jaya Jusco Wangsa Maju tu je d sebabkan tak cukup masa. Habis je shopping hadiah mama, tiba2 pulak nak beli kerusi roda untuk Adam! Comel lah tengok dia duduk! Gerammmm! Hehe =3

Adam yang comel!!!

Then balik je dr JJ, Lia and Kak Ina sambung buat Kek Red Velvet. Buat dan terus buat dengan muka semangatnya! Then... tengok resipe untuk red colour kena sukat 2 oz. Oh my botol kecik tu mana cukup 2 oz! Lia pon dengan lurus bendul nya lah tuang lah ke mangkuk agak2 size kecil sampai habis 1 botol tuh. But then still tak sampai 2 0z. Masih lagi 1 1/2 oz. Skali Kak Ina terkejut gilaa pastu terus kata ni 2 penutup je lah. Sebab colouring ni letak sikit je memang dah jadi terang dah. Hahah. Okay takpe lah, pastu bila dah campur dengan flour semua, tengok colour still tak merah lagi, then kak Ina kata kena tambah lagi colour nya biar jadi merah pekat. Time Lia nak cari botol red colour tu tiba2 tak jumpa. Puas jugak la kitorang cari botol tu. 1 dapur kitorang cari siap sampai kemas2 lagi dapur tu. TIBA TIBA... (semangatnya aku cerita)

Bila Lia check balik dekat meja yang ada vanilla flavour, chocolate, and ''orange colour!'' Oh my.. Lia tengok yang orange colour tu macammmm yang Lia beli kat Giant tadi. Hakhak! Rupa2 nya Lia dah tersalah ambil colour! Sebab dalamnya colour merah. So terus assume tu red colour. Itu lah tak baca dulu before ambil. Careless nya Lia. And then... Secara tak langsung jadi lah Orange Velvet Cake! Yayhhh! Pon bolehh! Colour je lah yang beza. Heheheh.

Malam tu jugak siap and terus masuk dalam fridge. Then 10 o'clock pm, kitorang planning nak buat surprise kat Mama Lia. Sebab nak tunggu pukul 12 am memang tak la, mama Lia dah tidur. Kesian pula kalau nak kejutkan. So kitorang panggil mama keluar dr bilik bawak Adam comel skali tuju ke ruang tamu, then bila Mama keluar Lia terus play lagu Birthday, Kak Ina bawak kek, Papa dengan recorder nya. Wahhh masa tu memang happy tak terkata lah. Dah lama sangat tak buat surprised macam tu. My brother-in-law pon ada sekali :)

Btw, mama, Lia sayangkan mama sangat2. Thanks selama ni bagi Lia support, opinion, belikan kasut, bagi jam, macam2 lagi. Mama the besttt ever! :D Thank you so much!!! I LOVE YOU mama :')



ps ~ ada sesiapa nak tempah kek? Hahah. Tiba2 je :P 



Baby kuat nangis! hehe

Alhamdulillah.  Selasai sudah update blog. Actually ramai yang suruh Lia update, lagi2 pasal kek. Kenapa jadi colour orange. Yeahhh Lia sudah explain. Hehe. INGAT!!! Masa nak beli tu check dulu jangan tengok dalam botol dah colour merah terus nak ambil. Kuang3... kata kat diri sendiri :P hehe. Chillax. Alright, stop here. Catch you later guys. Assalamualaikum :)

23 May 2012

Twitter =3


Hye guys. Just nak bg tau Lia sekarang dah ada twitter. Kesiankan baru nak ada? Hahah. Tak kisah la buat ni pon saja-saja. Dipengaruhi dr kwn baik sy Siti Aliah =3 Kalau tak kerana dia, saya takde kot Twitter. And then now lia dah jadi addicted dgn Twitter. Tak pandang dah Facebook ni. :P Ngehngehh. So taknak tulis panjang pon, follow me! Thank you ^^