30 August 2009

Hidupkan Ramadan dengan perbanyak amalan berfaedah

Oleh Mohd Shukri Hanapi

RAMADAN adalah penghulu segala bulan. Dalam Ramadan diturunkan al-Quran. Ia adalah bulan beribadah, keampunan, rahmat dan bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Bulan yang istimewa dan penuh bermakna ini hanya datang sekali dalam setahun. Setiap kali kemunculannya ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam seluruhnya.

Malah, setiap umat Islam yang beriman, menantinya dengan penuh debaran dan harapan. Peluang untuk beribadah dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada bulan ini. Mereka tidak lepaskan dengan begitu saja. Mereka bagaikan ingin terus mendampingi Ramadan buat selama-lamanya.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ada antara umat Islam yang sedih meninggalkan Ramadan biarpun kemunculan Syawal tidak kurang pengertian dan kemeriahannya.

Setiap umat Islam hendaklah menyambut Ramadan dengan penuh pengertian dan ketakwaan. Memang pada dasarnya Ramadan itu difardukan untuk membina ketakwaan dalam diri umat manusia.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah, ayat:183).

Di samping berpuasa pada siang hari, banyak lagi ibadah sunat yang Allah dijanjikan pahala yang berlipat ganda seperti membaca al-Quran, bersedekah dan bersolat sunat.

Bahkan umat Islam juga hendaklah menjauhi segala perkara yang tidak mendatangkan manfaat atau faedah seperti berbual kosong atau menghabiskan masa dengan kerja yang tidak berguna. Hal ini akan mengurangkan pahala dan mencacatkan ibadah puasa kita.

Menghidupkan Ramadan tidak bermakna kita seharusnya menumpukan seluruh kegiatan kita dengan ibadah keagamaan semata-mata dan mengurangkan kerja harian yang sering dilakukan.

Konsep ibadah yang menyeluruh sebenarnya meliputi semua kewajipan yang diamanahkan kepada kita. Ini termasuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki, meningkatkan produktiviti kerja, berusaha mempelajari kemahiran baru, berinteraksi dengan masyarakat dan rakan sekerja.

Disiplin yang kita amalkan pada Ramadan boleh meningkatkan semangat dan keupayaan untuk memenuhi keperluan pekerjaan. Sebagai contoh, mengelakkan diri daripada membuat kerja yang tidak berfaedah dapat meningkatkan produktiviti negara. Berjimat cermat pula dapat membantu meningkatkan usaha mengurangkan kos dan berhemat dalam kerja.

Di samping itu, setiap umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menjaga kesucian Ramadan yang penuh barakah ini.

Justeru, kita diingatkan agar menghormati Ramadan dengan mengelakkan daripada makan atau minum di tempat awam pada siang. Peniaga dan penjual makanan juga seharusnya memainkan peranan dengan tidak menjual makanan dan minuman kepada umat Islam sepanjang waktu berpuasa.

Memperbanyakkan ibadah serta menjauhi diri daripada kegiatan yang tidak berfaedah sangat ditekankan pada Ramadan.

Aktivitiku semasa cuti

Assalamualaikum ,


Wah dah lama ta update blog ini . Rmai gak yg tegur soh up-to-date , coz bukak blog lia jew still citer lama. Huu msti bosann , kan ? Haha . So , sepanjang cuti mggu ni , tak banyak aktiviti yg lia buat , lg pon puasa kan . Hee . Apa yg lia buat cuti sminggu ni ? Lia ada seminar psediaan SPM2009 . Everyday ada . Drpd pukul 830pagi sehinggalah 4 ptg. But depends on time table . Yang bagusnye seminar ni , bayarannya murah , rm20 jew k (TERMURAH DI MALAYSIA) . Korang pnah jumpa ke seminar kt luar dr hari isnin-sabtu jam 8pagi-4ptg yg harga rm20??? Pelajar luar kalau nk join pon boleh jugak , ta salah even seminar ni KHAS utk plajar Ilmu Studio . Heee . Boleh dikatakan seramai 400+ plajar spm yg datang . Bagus2 . Lia tengok semuanya SEMANGAT nak blajar , and brebut2 tempat nak duduk depan supaya lebih focus . Bagus btl lah kan plajar spm thn ni . HAHA . After that cikgu2 yg m'ajar pon semuanya BEST2! Antara ckg2 seminar iaitu BM(ckg Wahab) , BI(ckg Nyonya) , Physic(ckg Iqbal) , Sej(ckg Kamal) , Chemist(Ckg Hamzaisham) and ofcourse tak lain tak bukan guru expert m'ajar math and add math SIR VENKATES . Ktrg ada jugak dgr ceramah dr sorg..pak Haji kot , ustaz lah kan , huhu , mberikan nasihat and bimbingan tu smua lah . Ahah ade jugak ceramah agama 10-15 mints dr Sir Ven . HAHA . Lawak tol . Tp kata2 beliau SGT BKESAN kat plajar. Bagus betulkan sir ni . Heee . And ada something yg ckg Iqbal cakap pasal sir ni yg mbuatkan air mataku mengalir secara tidak lgsg . Uhhh actually TERHARU sgt ! Lia tahu keihklasan sir buat semua ni , BUKAN UTK KEUNTUNGAN OKEYYY . Pasal duit sir ta heran lgsg . But then balik je umah lia antar msg ckp thanks semua and hargai sgt apa yg dia buat selama ni . Huuu :( And thanks sir coz slalu bg kata2 semangat kat Lia utk mhadapi SPM ta lama lg . *Yeah , touching pulak aku ni . Alright , I have to go now coz ade tuition . See yaa :)


*Gambar2 kat Masjid Muaz , Setiawangsa (3 jew)


... Cikgu2 kesayangan :) ...


Cikgu Iqbal

The KAMI . Mia photographer . *Sory shahirah, fiza and roha tade gmbr korang lak.