30 January 2010

Rehearsal sgt memenatkan !

Salam :)

Alhamdulillah , td rehearsal smua berjalan dgn lancar
Tapi ! ahakz . Ada tapi tu , biasa la kan
Janji-janji manusia . Macam-macam lah
kata dtg kol 8.20pm msti ada d sana
Lia pon g la dewan AU5 tu pada waktu yg TEPAT
naahh . Tgk la , sapa je yg ada . Mcm tade pape =.=
But then kol 840pm cmtu da makin ramai gile
Haish~ N ada la aunty ni , BAIK gile dgn Lia
Then Lia dpt rmai kenalan kat situ
Sronok gila . Dpt bgaul dgn smua lapisan masyarakat *apaa ayat poyoku ingin smpaikan ? :\
Ahah . Lia and 39 others ppl kena baca ikrar betul2 dpn stage tu . Haish~
Seram noh . Nk mhadap Tun Dr Mahathir Mohamad and byk lagi org2 besar kt situ . Brr~
Yg lain2 smua tu bukan urusan lia . Tp Lia tau dorg bdiri skeliling dewan tu
After that dpt baju , ala baju biasa je . Warna mcm warna Raja . Haish~
Terang-benderang .
Td abes rehearsal kol 1.10am . Mak aii , parents Lia da mula risau dah . Hoho
Esok startnya majlis tu secara besar2an kut . Heee
Bersedia la penduduk Lembah Keramat
Konpemm esok jalan jemmm . Hee .
*Pitt pittt , bagi laluan jalann ! Kreta2 besar , kreta polis , motor polis , smua ada . Huhu
(faham2 je la , hee)
K la , nk tito awal
Esok pagi ada senam kt padang , then class piano , pastu acara UMNO .
Haish~


Salam . GOOD NYTE SEMUA :)
*thanks yg baca nie .

29 January 2010

UMNO ?

Assalamualaikum


Naa , Lia tatau pape langsung pasal UMNO nie . HAHA
Tp , Lia terpilih utk pergi ke 1 program ni , tatau la nama program nie apa .
Hoho . Yg Lia tau , program UMNO mcm tu la kot .
Tp , jgn kata Lia ni org UMNO, haha . Lia ta sokong mana2 parti pon . Ngeh2 .
Bak kata kakak Lia , Lia kira da join org UMNO . haha . Pening2 .
Malam ni ada rehearsal lak , adehh .
Kena pakai sluar n tudung warna hitam . *byk songeh lak
Mlm ni jugak akan diberi baju , cantek ke design baju tu ? Ta sabar nk tgk !
Esok program tu bmula , yeahh , Lia akan btentang mata dgn
Tun Dr Mahathir Mohamad , wehee . Bukan sng nk jmpe tokoh yg terkenal nie :)
Esok nk dok depan2 kut, lantak la bosan ke , best ke , hee . *semangat lak .
UMNO tu ketuanya yg abg Datuk Jalaluddin Hassan , WOW . *Kaya tau abg dia tu :P
Kakak Lia pnh pegi rumah dye , ala2 style omputeh umah dye , hee .
My siz jugak kata kita leh dpt duit dr aktiviti dorg buat .
Seronoknya . Tringin jugak nk join aktiviti mcm tu nti ,
dr situ jugak la Lia akan cuba utk minat n aktif dlm persatuan ni.
Sambil tu jugak leh kenal2 dgn mereka smua tu . Hee
Tape la , kite tnggu je esok :) Weee

Jmpe lagi kawan2 . Salam . :)

Tagged by Mia :)

Thanks Mia tagged Lia . Ahah . Jarang2 je dpt tagged ni , slalu dpt tagged gambar je , heee .



1) Where is your cell phone?
~Bawah bantal tdow , klu org msg , konpem ta dgr , HEHE


2) Relationship?

~Oh , with Nazrulhaq Zukernain :) LOVE HIM SO MUCH<3>

3) Your hair?

~Rambut panjang , bila nk g saloon rambut nie ? ahakz


4) Work?

~Ngehh . Malas nk kerja . Tnggu la bila da ada degree nti ;)


5) Your sisters?

~2 sisters , da kerja , blanja lia cpt ! gahaha

6) Your favorite things?

~err . Pattern designs ?


7) Your dream last night?

~Jadi model kt overseas :p


8) Your favorite drink?

~Fresh orange N carrot susu


9) Your dream car?

~Lamborghini . :)


10) Your shoes?

~Nike brand shoes


11) Your fears?

x Allah SWT


12) What do you want to be in 10 years?

~Jadi seorg yg dpt BERBAKTI pada Negara Malaysia , InsyaAllah


13) Who did you hang out with last weekend?

~Nazrulhaq . Oh pajoi skali . huhu



14) What are you not good at?

~Menyapu , konpem selsema , grr~


15) One of your wish list items?

~Books for reading projects


16) Where you grew up?

~Keluarnya Lia dr perut mamaku smpai umurku 18 tahun , hanya d bsrkan di KL . hoho



17) Last thing you did?

~Jalan-jalan dgn family


18) What are you wearing?

~Baju yg cantek2 . ngehngeh :P


19) What aren’t you wearing?

~Baju yg ketat2 , sluar ketat , huh , ta selesa .


20) Your pet?

~Mamaku ta kasi bela , tp kura2 patung ada la x)


21) Your computer?

~Tahu guna , tp tatau pkai com apa . haha


22) Your life?

~Always HAPPY PLUS EXCITING coz nk proceed study :)


23) Missing?

~Nazrulhaq xD


24) What are you thinking about right now?

~Tgh memikir nk reka ayat tulis bnda alah nie . HAHA

25) Your car?

~Akan diberitahu tidak lama lg yer :)


26) Your kitchen?

~Bsepah kut , heee


27) Your favorite color?

~PINK !!!


28) Last time you laughed?

~Gelak2 dgn nash , tgh skype time tu :)


29) Last time you cried?

~Err...bila ek ? ntah~ not sure . huhu


30) Love?

~My only Love for Nazrulhaq


31) So who wants to share their ONEs?? How about?

~Mia, aku pon ta fhm dgn soalan nie . Nahh . watever~ abish !

26 January 2010

I want to change my life , can I ?

Within one month , I have discovered that confident , happy N successful are not necessarily born with 'Superior talent' , 'extraordinary intelligence' , 'motivated genes' or 'super good looks' (althou it may seem so) . So from that , I have discovered the right strategies to make my life become more better than before this . I also TRY to do like these

Balance my study , on9 , love and family effectively
Achieve top grades in University (REALLY HOPE SO)
Get along with my parents ( even thou they may still drive I crazy at times :p)
Motivate myself whenever I feel lazy (all times eyt?)
Make friends easily (be sporting at all)
Confidently deal with any CHALLENGES (I CAN DO IT!)
Make smarter decisions


In my life, what I dreams , what I want , it's not easy to become a reality to me at all.
Failed ? Just like that . But then , the difference is when I dont get or reach my aims , my goals , I dont see it experience as failure , NO . But I see it as a 'Learning experience' .
I have to motivated myelf bcoz I have learned something , learn from my mistakes , and promise with myself I will not do the same thing again , I will change it , prove it , until I succeed .

Ermmmmm...
I can type what my mind n heart said , but... can I do it ?



*Believe in urself :)

Thank you

*Spirit me

22 January 2010

Kongsi cerita , bacalah , sedih sgt ="

Assalamualaikum

Lia ada cerita utk dikongsi , panjang sket ceritanya , tp jgn sbb panjang korg mls nk baca .
Ambil masa 5-10 mint utk baca ye . Ermm..
>bacalah dgn hati yg terbuka
> insya Allah korang akan dapat sesuatu

''Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"
ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.
Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu.........................

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak.
Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul sbg pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk
Kemudian , sesudah itu . Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu........

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Setelah itu ,
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak.
Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.
Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata sianak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah.
"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." katanya lagi
"Bila ayah?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku" balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya.
Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya" si ayah berbisik ke telinga anaknya.
"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.''
''Tak percaya... tanyalah pada sesiapapun kenalannya.'' suara yg tahan sebak


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna ,selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, jgn rasa malu utk cakap 'mak, sy SAYANG mak!'


Terima kasih kpd siapa yg sudi mbaca . Semoga Allah mberikan rahmat dan petunjuk kpd yg mbacanya . :)

PINK PINK PINK ! XD


Sapa yg gilaaaa warna PINK , nak kereta mcm bawah ni taa ? Ahakz :)









CANTIK TAK ?!!!

Renung2kan , selamat beramal

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang pasangan hidup anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan/pelajaran,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan/pelajaran seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !





*Help HAITI now !
~ Donate to support relief and rebuilding efforts in the aftermath of the Haiti earthquake.

18 January 2010

Aimi's House

This is SEWIOUS !

Salam semua ! :) Nk bg tauuu...


Skrg ni , fikiranku tgh bingung .
Malam ni ada org nk jumpa Lia dkt Quality Hotel
Org ni nk bg tahu pasal proceed study kt overseas
coz dia juga salah seorg plajar d eropah
but then leh ke Lia jmpa dia malam ni ?
We wait and see


Esok lak , kena g umah aimi ,
the problem is, how I want to go there ?
Transport smua ada . Tapi , ta brani la sorg2
kat area ni Lia ta biasa jalan sorg2 , takut . Hoho
My family smua busy dgn kerja
Maknanya , esok kena amek bus U21
then bus tu akan berhenti dkt Giant Taman Permata
dr situ lak amek bus T305 , bus tu akan truz pergi ke Bukit Antarabangsa
InsyaAllah , I'll try ! Nak jumpa kawan-kawan .
Tahap RINDU gila nie... T.T


Then , nk bg tahu korang semua
sabtu and ahad ni ada edu fair dkt Mid Valley
Jom kita pergi ramai2 nakk ? x)
Sapa nk pegi bg tahu Lia ye
Leh jumpa . Hihi .


Haihhh~ So , tu je rasanya , oh lupaaa



buka laman web atas tu
BEST weyy
sesuai sgt utk org yg sedang bcinta
n mcm2 yg kita boleh tahu
seronok tau !
Aritu Lia n Naz baca sama2 ,
kongsi sama2 , heee .
Best-best ! :)
Dpt mrapatkan hubungan ktrg
but actually mmg da rapat sgt da pon
taleh nk rapatkan lagi
lain la klu flexible kan .
HOHO . Ngarut jek .

Ok la , smpai di sini je .
Nk tgk Cinta Balqis , episod last . Heee
Bye semua ~
Take care !
Assalamualaikum :)

16 January 2010

IWANNNNNNNN!!!!!! :D


Eid Melaad Saeed ya iwan !

Bittaufiq wannajah .

Balik la umah cpt , RINDUUUUUU . :D

Btw , Kol sana wenta tayeb ,

maa taufiq wannajah ,

Ibda'b bismillah ,

waakhirihi bil hamdilah :)



*saya ta expert dlm bahasa arab , ni je mampu tulis , klu expert , essay la daku buatnya :)

Err..ta faham ? heee . Lia terangkan laa , cian , tseksa otak korg nk fikir yee


Happy birthday Iwan .
Semoga berjaya dlm hidup ,
Balik la umah cpt , RINDU,
Btw , Semoga sihat selalu,
Good luck for ur exam,
dimulakan dgn bismillah,
diakhiri dgn Alhamdulillah


*Umur abgku sudah 19 tahun ! Hee :)

10 January 2010

''Memang kami ta rancang..''..Kata Lia

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua kwn2 Lia ^^
Harap korang smua sihat2 la , Lia spt biasa , Alhamdulillah . heee

Meh cheq nak citaq nie , kabaq pasal smlm noh (da lia da..cukup..hee)
Ahah , ari sabtu , 090110
Blhku katakan MACAM-MACAM yg terjadi kat Lia
Heee . Tp mmg semuanya SERONOK tauu . huhu

1st , spt biasa pagi tu ada cls piano , smpai kol 11
Then Lia g UIAM ada hal sket kena uruskan kat sana
Da abes smua urusan tu ,
dialog dlm kreta

Lia : Ma ! Jum pegi Klcc , ada edu fair , kite jln2 lah *gaya excited
Ma : Oh nak pergi skrg ke ?
Lia : Yup yup , skrg la , bnda tu pon baru nk start
Ma : Dkt conven. centre kan ? Ma salu pegi situ
Lia : wah bagus la , jum la kite pegi (ulang ayat yg sama , dlm hati lak yela2 salu g sana , haish)
Ma : Ok la jum , pa kita gerak ke klcc
Pa : Yelahh . Okeyy .
Lia : *HAPPY gilaa :)

Dlm perjalanan tu, Lia truz ambil Hp , n..type msg kat Kero habaq kat dia Lia g klcc
Yeah , actually , Lia tau Kero pon pegi sana jugak , tujuan nk g 'edu fair' tuu
n Kero with his family , n I with my parents .
Ktrg mmg tak decide for meet pon ,
klu stakat say 'HI' , pandang2 camtu blh la
yela , masing2 dgn family rite . Heee

Okey thenn , abes bhgn tuu
Now , Lia da smpai sana.
masa Lia masuk edu fair tuu
Oh myy
Seriuzly...
Org ptama Lia nampak is KERO ^^
*WAAAAAAAAAA
N Lia nmpk adik dia jugak (yg fom5)
Truz msg Kero ''I saw u''
Then Kero reply ''Haha , my siz saw u, haha''
Ktrg da mula rasa excited
But then time tu Lia dgn mama Lia
Pa Lia ntah ke mana dia pegi
So Lia dgn ma Lia jalan2 la kat situ
stiap tmpt blh katakan ktrg pergi
n yg lawaknyaa
my mom la , suka sgt dgn tabiat dia
'COLLECT BEG BYK2'
Ahahah , mmg byk lah beg yg ktrg dpt kan
Heeee . N my mom tnye mcm2 soalan kut cmne nk proceed study
n bla bla bla...

After that , masa jalan2 tuu
Lia terjumpa Kovita ! ahah
Dia dgn mak dia kut , heeee
Then ckp2 je pastu blah
Pastu , Lia jumpa Wani ! waaa
Seriuz , after spm truz da ta jmpe dia
heee , dia makin 'Cute & putehhhh' kutt
hoho . Ktrg borak2 jap , then Lia kena pegi kt ma Lia time tu
Wani lak dgn ayah dia

Next..Cter psl ktrg plak
Kero text Lia , kata dia da alone
parents dia bg lampu Hijau kat dia
siapp bg duit lagi tuu ! xD ahaha
Lia lak ckp kat ma Lia yg Lia nk jalan2 dgn kwn Lia
(KAWANNN ? yeah , cover ^^)
Then she said OK , n bg duit jugak :p hoho
Sronok . Pastu ma Lia pegi jumpa papa Lia lak
and dorang balik dulu , Lia mybe balik naik lrt
(ohh tidak mjdi masalah bgku)

Erm.. So.. Ktrg pon jumpa
Heeeeeeee , BEST gila!
Ktrg jalan2 , makan , and ofcoz
tgk Wayang , but tade cter yg best sgt pon
ktrg tgk cter carriers , (horror movie)
Layann jela kannn . Heee
After tgk wayang tu , dlm around kol 5pm
Kero da nak kena balik
So ktrg separate after that

Wah , mmg BEST sgt2 dpt jumpa Kero
Heee . Mmg seriuz ktrg ta rancang awal2 nk jumpa
Tapi , itu la , kata Kero

''Kadang2 bumi kita diterangi cahaya matahari ,
kadang2 pula bumi kita cuma diterangi cahaya bulan ,
walau apa pon yg terjadi semuanya adalah ketentuan Allah ,
termasuklah hubungan kita yg sntiasa dipenuhi
kasih sayang , ketaatan , kepercayaan dan kebahagiaan...''

Syg , THANKS SO MUCH coz dpt spent time with me
Im so HAPPY with u dear~ THANKS ! :)

Ni nak cter lak time Lia nak beli tiket lrt, HAHA
well, spt biasa , KL kan , sah smuanya jem
bratur panjang , kena tunggu
and ade 1 line ni
Lia da bratur panjang
then smpai NAK turn Lia jekk
'Maaf mesin ini tidak boleh digunakan lagi' (monolog : Oh trima kasihhh)
Perghh . Hot seyh , =.= sabar2
Lia masih lagi ta bredar dr situ
Lia cam usik2 mesin tuu
skali tiba2 OKEY plak , weee
tp , malangnya , mesin tu trima duit syiling , haihhh -__-
Pastu kan , ntah dlm rmai2 org tu,
knp la Lia yg terpilih oleh seorang gadis mat saleh
Tinggi , putehh , n tnye soalan cmne nk g ke Mid Valley
Oh nasib soalan tu snang n Lia leh jawab (lol , mcm exam da plak)
But pelik , knp SEMUA kat situ pandang Lia , huh.
(aku speaking salah kee ???)
(or ta pnah tgk org luar ckp dgn org melayu mcm aku ni ha!)
Pastu , org mana ntah
gua igt dia org cina ma~
skali org Spanish ! mau lagee Lia faham kann
Dia ckp 'et che kang' somting la , byk kali lak tu
(kau igt nama aku et che kang apaaa?!!)
'Sory miss , i dont understand' , kata Lia
skali dia siap TULIS lagi tu
lupa2nya dia nak pergi ke Masjid Jamek
then Lia pon tunjuk la flow nak ke sana . Hee
Senang jugak soalan tu :P


Lepas balik dr Klcc tu plak , after maghrib
family Lia lak g JJ wangsa Maju
Dorang smua jalan2
while Lia plak blh katakan 'satu2' tmpt Lia pergi
smata2 nak cari kerja
and hope so dpt panggilan dr pekerja sana
yg dpt menerima Lia , heee
InsyaAllah .

Masa balik tu , bru prasan msg dr Min
''Lia , nk xg star education fair 2010 kat klcc esok?''
Oh myy . Baru jek pergi . Erm..Nak tau Lia pergi or tak ?
kita tnggu episod akan dtg
Thanks sapa2 yg SUDI baca
Heeee .
K la , gtg
SALAM . Ceria2 slalu k~ :)

07 January 2010

LiaOmey's Room

Assalamualaikum ^_^

Cuti bulan 12 hari tu , Lia ada cat bilik , hee . Spt biasa , Lia akan pilih warna PINK ! Warna yg Lia gila-gilakan . Semuanya kalau BOLEH nak PINK ! weeee :D

So now , cat da sudah , kemas bilik pon dah , Lia nak tunjukkan perbezaan bilik Lia before and after SPM . Wahaha . Korang akan nmpak pbezaan yg amat ketara . Erm.. Ok , now , 1st , Lia akan tunjuk before dulu , then after k , Check it out ! ^_________^







Huh , byk tol habuk , hachuummm~


Tgk tu , belambak buku , bsepah2 , ish2


See , ta kemas , Lia Lia



Tibalah , saat2 yg ditunggu , Lol , apa Lia merepek ni , hee . Orite , kat bawah ni pulak , bilik Lia yg SEKARANG , yg sudah di cat , kemas , dll . Yeah , I think my room now is better than before this , ofcorze ! ^o^




Jengjengjeng :P ahaha


Waa , kura2 tu Mia yg bg tau !
Cadar tu plak hadiah fr my parents


New computer
Ahah , kat sini la tmpt Lia slalu
*Chatting
*tgk gambar
*Main games
Com ni , kadg2 , smpai ta shutdown , hee
Smata2 main games , :P
Oh , nk webcam ? Nowayy
Kero je blh webcam dgn Lia , ahaha , *jk


Ahaha , Lia ta suka make-up
Tgk tu , ada ke barang makeup ?
Heeee
*sbenanya dlm laci tuu , ngeh2


err..tatau nak letak apa , ada cadangan ? heee
Oh lupa , tgk la Lia cat , hee , burukkan ? eheh



Mentang2 da abes SPM ,
tgk tu buku tnggal byk mana jeh
HAHAHA
Yg atas tu smua files kosong



Yg Hp pink tu maxis
Biru plak Digi
Yg Lia snap ni pkai no Celcom
*Ghahaha, percaya ke ? :P
act nk tunjuk , meja ni utk tmpt letak barang
Nanti senang nak cari . Hee



Ni la dia, di sbalik bawah katil Lia
Ish ish , bsepah oww . Haihh~



~THE ENDS~


Thanks for those yg tgk gmbr2 ni , kalau blh , bg komens skali , coz bilik ni , semuanya Lia yg buat sndri , cara susun , colours , decoration , etc . TQ guys. ^_^

06 January 2010

Skype with them <3


Assalamualaikum


Hye semua xD
spt biasa , Lia sihat walafiat (msti korg ckp , 'ade aku tnye ke ?') eheh
Ok ok,
erm.. Smlm malam , ktrg ada buat skype rmai2 , er tade la rmai sgt pon
yang dpt join Lia , Muiz , Kero , Myra , Ez and Nick .
Lia perkenalkan dulu sapa mereka , heee :)
Lia Lembah Keramat
Muiz Taman Permata
Kero n Ez lak Puncak Alam
Myra Ipoh , while Nick dok kat Seri Kembangan
Semua ni da cukup umur , ahaha , 18 years old , chewahh !

One word that i want to say is , 'BEST!' ahah ,
Best gilaa ahhh skype dgn dorangg
asek gelakkk jehh , adehh
smpai parents lia pon tnye
''Apa yg bising kat atas tuu?''
HAHAHA .
Ktrg ni asek nak sakat Myra n Muiz jeh , mwahaha
Jgn maraa korang , heee
While Nick lak seorg yg agk blurr jgk laa
haha , bila ktrg salah speaking jeh
dia yg tegur n btl kan , haha
Apa dia myra ? breaking ice ? HAHA
Lawak tol . Heee .
Then ta abes2 ''i c'' ahaha , Nick la start dlu
ktrg smua lak da terikut2 lak,
i c u laa , u c me , i c klcc , LOL
Bengss~ ahaha
Last2 , terbentuk lah 'club icu'
Haihh , sapa tah yg bg cadangan , HAHA
Yg Ez lak ta abes2 recommend soh Kero nyanyi , lalala~
Yeah , mmg kita ade penyanyi yg TERRRRhebattt ! weee
Blh masuk AF10 kut , haha . Kero nyanyi mcm2 lagu da~
Yg Nick lak ta abes2 nak sorokkn suara 'merdu' dia tuu
AHAH , lupa plakk , HAHAHA
ade part klakar gilaaaaaa~
Muiz ! HAHAHA , die syok betul nyanyi lagu 'Gummy gummy bear'
LOL xD
Dia igtkan dia da buat unmute , dia ta sedar , HAHAHA
ktrg punya la gelak gilaa gilaaa
N at the same time ktrg kutuk2 dia , mwahaha , gurau je Mz , lulz
Oh yea , Lia lak ? HAHAHA , nak tauuu ke Lia buat apa ?
AHAHA , malas la nak cter , ngeeee . Buat malu jek klu cter pon
hehe , thenn da lama sgt tuh , ez N myra da out dlu , pastu Nick plak
Jeng jeng jeng
tnggllah Lia Kero Muiz
And what can i say issssss
LIA GERAMMM GILAAA DGN MUIZZZZ !!!!!!!!
JAHATTTTT !!!!!
Korang nk tauuu
dia kenakan ktrg ow , hish !
Dia kata nk tgk ta ade sorg tu rupa dia mcm muiz
kat dalam games
OK , FINE , lia bulat2 percaya cakap dia
n dia bg website ni http://tinyurl.com/d3jjgm
korang tgk la , ta rugiii kuttt , AHAHAHA
COMEL seyhh muka dia , heee , geramm
rasa nak cubitttt jekk ! GRRRR~
saba je la ~ *maaf kalau korg blurrr , heee
err..ops , ta sedar lak , panjang plak type
msti penat baca , HAHA , sorrrrrryy
but act , mcm2 lagi yg berlaku time skype tu
mmg BEST la , sronok sgt skype dgn dorang
and hope pasni dpt lg skype dgn dorang
klu lg rmai mgkn lg best kann , heee
*Mia ! buat la skype =.= huuu
Macam-macam~ heeee
Smpai d sini sajee
THANKS GUYS !
Salam ^______^

04 January 2010

Kebosanan yg melampau -___-

Assalamualaikum

Hari ni , isnin , mulanya sessi persekolahan bg semua negeri kecuali kelantan , kedah , dgn perlis kut , HAHA . *hentam aja . Dorang start skola ari ahad . Well my parents pon da start kerja , spt biasa , Lia dok umah sorang2 , tatau nk buat apa , online , makan , tgk tv , baca buku , tgk gmbr , main games , err... act , sgt bosan la klu lakukan pkara yg sama setiap hari , cls piano plak ari sabtu , lambat lg , cls driving lak isnin next week , huh , lama tol kena tnggu , ermm.. Lia cuma harap 2 je , my parents dpt beli kan piano utk Lia scepat mgkin so dpt blatih kat umah , and Lia dpt cari kerja dgn cpt . Hmm.. dlu ade org offer Lia kerja , nape laa Lia g tolak tawaran tuu x( yeah , peluang hanya datang skali jeh , ermm.. N skg ni , nk cari kerja susah , coz skg pasti calon lepasan spm tgh cari kerja jgk , haihh , nk buat apa lg ? Cls com mmg ta dpt g , keluar dgn kwn , duit lak tgh pokai , waaaa . I have nothing rite now , erm.. K la , saja je tulis ni , HAHA , mmg tgh bosan , ngeeee . Da la , nk g berkebun kat facebook , salam . Bubye ~ :D

03 January 2010

Test driving licence

Alhamdulillah , Lia baru je LULUS test driving , ahah , nak crita masa kejadian hari tuu . :)

Pagi tu , Lia bgn agak lewat , well , tido pon kol 4-5 pagi cmtuu . Hikhik . Erm.. Masa smpai imkeda kat Au3 , tgk dr luar jeh , haihh , rmai seh bratur , nak Q pon taleh , mmg rmai lah . Sabo je la =.= Then akak keje kat situ soh Lia tnggu kat luar , Lia dgn blur nya pon tnggu la kt luar . Masa kat luar tu , Lia jmpe kwn2 skolah , rmai jgk la kan , hee . Ade yg baru nk khusus 5 jam , ade yg khusus amali 3 jam (yg ni org da pass test) Masa duduk smbil tatau tunggu apa , mmg tahap bosan gilaaa -__-! Then ade org sbelah tego2 la Lia , and start dr situ Lia dpt kawan baru , nama dia Nadia Ezzati , skolah sains selangor , sama baya dgn Lia , ta sangka dia tu satu kepala dgn Lia , tau la Lia kan , klu org knl Lia , asek CAKAP jehh . Hoho . Then ktrg kat situ mula la ngumpat2 , haha , then bising coz tatau apa yg ktrg tgh tunggu skrg ni , so bored and blurrr =.= Then ada 1 van ni , err...dm hati Lia , ''van sapa yg da nak nazak ni , takutnya nak naik'' ;P HAH ! Skali pakcikkk van tu pnggl nama sorg2 soh naik van tu , 0.0 , okeyy , dpt agak nama Lia msti ada . ''Nur aliah, ada ta ??!'' Kata pakcik itu sambil pusing kiri kanan . Lia pon bgn la pegi kt van tu , duduk dlm tu , da abes tu ktrg di bawa ke Danau Kota , buat test kt sana . Jauh jugak la , err..around 15 mints . Then , smpai sana jeh , masuk2 je , OMG , ramai tuuu ! Haihh . Dr jauh Lia nmpk kawan Lia , Mia tgh tnggu turn dia jawab test , Lia lak bratur panjang nak amek no giliran , smpai kat Lia jeh , WHATT ?! '099' , yeah , itu no giliran Lia , bila pandang atas , skrg baru 030 , heh , lama lagi turn Lia . Kata Nadia 'cantik no kau' , HAHA . So lia and nadia keluar dr situ , jalan2 jap cari kedai makan , susah tol nak cari kedai ni , heh . Last2 jmpe kedai mamak , dok je dlm tu , ok sket , pastu ktrg study sama2 la , ahah fyi , Lia aritu nk amek test mmg ta ready pape lg , baca pon time kat sana jugak , bagus betul .HAHA . Thanks to Nadia byk bg tunjuk ajar kt Lia , bg kefahaman , and bincang jwpn sama2 . Hee . Rasa mcm ktrg da knl lama pulak . After ktrg half abes study , ktrg patah balik ke tmpt exam , time tu 068 nya turn , so ktrg decide dok je dlm tu sambil study lagi . Baca , tunggu , tgk jam , akhirnya , ahakz , kwnku Nadia yg amek test dlu , even thou ktrg nya no glrn sbelah2 je , tp dia kena amek dlu coz ade dak laki yg patotnya turn dorg , tade dlm tu , haihh , buat hal btol =.= Then , Nadia da abes wat test , n Lia tumpang gembira coz dia lulus , heee . Next turn Lia plak , haihh , time tu mmg ta smpt lak nk ckp kat Nadia , tnggu ke , or minx no fon ke , ta t'fikir lgsg . :( Hmm..proceed , masa lia nak masuk pintu test tu , Lia leh lak tsalah masuk , tmasuk pintu yg nak g ke TOILET . Mmg Lia pelik jugak n tcari2 mana pintu test ni ?.?'' Oh myy , cian Lia T.T Pastu keluar balik baru nampak pintu ke ujian computer , haihh , sumpaa maluuu >.< Grr~ Lia2 , masa nk jawab tu , Lia tulis no ic , n pilih pduduk tetap org Malaysia , bila tekan 'Mula' tiba2 com ckp no ic lia tade , n taleh amek test . Waarghh . (Seram tol) Lia da buat mcm2 cara da, hish , TENSION , pastu baru nampak lupa2nya kena pilih yg org awam Malaysia , cehh . Siot betul ! OK , jawab test spt biasa like Lia jawab time spm :P lol , ahaha . Mmg ta sama . Da abes test tu , nk tekan 'Tamat' , mmg tgn da vibrate semcm je, tgn sejuk lak tu , but ALHAMDULILLAH ,lia pass test . Fiuhhh ^^' . Tp yg sedihnya , bila Lia kluar dr test tu , tgk nadia da tade T.T Sedih gilaaa , n tgk smua org yg Lia da ta knl (aku jawab test lama sgt ke?) yuppp, mmg lama kut . Hm..then , pakcikkk van dtg , Lia dgn ghairahnya tarik pintu van tu smpai TERpatah . Alamak ! 'Adoyy , kau jgn buat hal la pintu !' Pakcikk tu pon kata 'ayoott , tatauu...' heh , siot nya pkck , then pkck tu slamber je btlkan pintu tu , bak kata mia 'mmg sah pintu tu byk kali tcabut' , n yupp mmg CONFIRM lg PASTI van da nazak , cian tol , ahahahaha *evil laugh .heh . Smpai umah around 5pm , haihh~ Lama tol kat sana , tp best , mcm2 pengalaman baru dpt :D hoho . To Nadia , harap kita dpt jumpa lg , insyaAllah ^^. *sorry sbb buat kau tnggu lama :(


The Ends~ Thanks coz baca crita 'tahpape' Lia ni ;P