Baru baru ni, Lia dgn sorang housemate Lia, namanya Syu. Kitorang ada planning untuk memasak di UiTM, iaitu di Kolej Dahlia 2. Ceritanya macam ni.. Lia dgn Syu kitorang keluar p makan kat luar. Tgh dok sembang2 cerita pasal makanan, yang Lia buat kuih cekodok la, triffle la and dia pon dok promote macam2 yang dia buat jugak.. Then terkeluar lah idea kitorang iaitu masak Kuih Melaka. Heeee! Asalnya planning je, nak buat tu tak tau bila. Tiba2 habis je Lia test Account, Syu ajak buat kuih melaka. Weeeee! So apa lagi... nak tau sambung baca bawah ni pulak =D Hehe!
Inilah kami sebelum memulakan operasi mencari bahan. Credit to Zaidah =]
Nak cerita la kan, betapa SUSAHnyaa kitorang nak cari kepala parut ni.. Merata2 kitorang pusing naik motor cari kelapa yang guna mesin tu kan.. Kitorang cari smpai ke mata ayer.. Orang bukan perlis mesti taktau katne, tapi nak habaq la jauh sehh dari Uitm nak ke sana. Puas gak la nak mencari, tanya2 orang kampung. Tapi kan, ini adalah satu pengalaman yang Lia memang tak boleh lupakann. And finally kitorang jumpa jugak dekat 1 rumah makcik ni, dia buat business nyot. Lol. Harga pon nice je dia bagi kitorang RM1 dari asal nya RM1.5O. Jadi kami dah untung 50 sen di situ ye. Lol. Mengarut da Lia.
Next. Kitorang terus pecut laju pergi Dahlia 2 sebab kat situ ada pantry untuk main masak2. Hehe. Semangat kitorang nak masak takyah cakap la, berkobar2 kot. Heheh. Sampai hujan lebat pon turun tau. *Lia suka mengarut =.= . Hahah. Kami pon buat dan terus buat dgn penuh kekusyuk-kan dan penuh ketelitian.. Hahah. Memang best siap amek2 gambar lagi. Dalam bilik memasak tu kitorang 2 je plak tu, so memang syok la, sambil masak2 bergosip pulak tu.. Hehe. Joking2 :P
Then siap pon kuih melaka, pastu kitorang terus ke Beringin untuk hidangkan makanan kitorang. Kitorang jemput JPK JPK beringin untuk datang rumah kitorang makan kuih melaka and teh O panas cicah biskut. Seriously best la sebabnya tak pernah lagi buat macam ni kan, makan ramai2. Syiok2. Heheh. Harap lepas ni boleh lagi la masak benda lain pulak yang lagi best and mencabar. Heee! Cuma cost bahan2 tu je la , maybe barang2 boleh cari terus dekat rumah kot la kan? Then bawak p UiTM untuk memasak. Hehe. Itu saja la kot. Jumpa lagi. Byeee =D
Kuih melaka kitorang yang sangat sedap! *puji sendiri. Hahah
nama lagu di blog apa
ReplyDeleteOh lagu dah tukar. skrg ni pasang lagu westlife :)
ReplyDelete