19 June 2012

Dinner with JPK Beringin

Assalamualaikum wbt :)

Credit to me :P haha!

Kawan-kawan semua sihat? Kalau sihat Alhamdulillah, yang kurang sihat tu, tolonglah jaga diri tu, kalau doctor bagi ubat, please makan ubat ikut masa. Zaman sekarang ni cuaca tak menentu. Lagi lagi di Arau, Perlis. Seriously negeri yang paling panas di Malaysia. Dan mudah untuk dapat penyakit. Cuaca sini kalau panas, memang panas terik, tapi kalau hujan, non stop hujan. Hah macam tu lah~ *ingatan untuk diri-sendiri jugak.


New housemate yang gila gila =P

Malam Isnin, kami JPK kolej Beringin planning untuk dinner dekat luar, ala bukan grand mana pon, bukan dinner dekat Hotel pon, tempat biasa-biasa je. Makan gerai depan Matrik. Haish. Gerai lagi tuh. Jadi faham-fahamlah tempat pon biasa je :)




Tapi itu semua tak penting, apa yang penting... (KERJASAMA!!!) What the most important is we are damn so happy at that night, we had fun, we had joy, we laughed, and many things we did that night. Seriously, JPK Beringin kali ni sangat best and sporting! Senang sangat nak bergaul dengan diorang semua. Huhu~ Btw, kitorang dinner ni pon bukan saja2, ada sebab. Sebabnya macam farewell party la, nak sambut pemergian Shira (Bendahari Beringin) yang akan teruskan pengajian beliau di SPA course Nursing di Johor Bahru. Lia dah pujuk habis dah dekat dia jangan pergi, sebab dia dah sem 4 kan. Lia nak dia teruskan habiskan Diploma. Tapi apakan daya, keputusan semua atas tangan dia. Dia lebih berhak menentukan pilihan hidup dia.




Gabung 3 meja.
Semua muka tahan lapar order makanan tak sampai lagi~

Behind me is Shira, she will leave UiTM 1 weeks from now.



To shira, Lia doakan semoga keputusan Shira ni betul and Shira memang dah fikir masak-masak. Bukan kerana paksaan dari parents or whatsoever. And Lia doakan juga Shira sentiasa berjaya, success selalu di dunia dan di akhirat. Last but not least, THANKS sebab belanja dinner! Walaweyhhhh RM101 kot Shira belanja. Thank you so much dear! Terharuuuuuu~ =') Bila Shira dekat JB, jangan la lupakan kami di UiTM ni, always keep in touch. Okay dear? Will miss you....




Tengok la JPK Beringin yang sangat sporting~

Like always, YULIA, hihi!

12 June 2012

President Beringin's College.

Assalamualaikum :)

Kawan-kawan selalu tanya Lia , macam mana Lia boleh jadi Presiden kolej Beringin. Macam mana mula-mulanya dilantik menjadi Presiden. So, for this entry, dengan hati yang ikhlas Lia akan cerita lah secara details macam mana kisah dulunya kan Lia boleh jadi. Hihi. 


Alright. Here we go!


Actually, Lia takde niat pon untuk jadi Presiden. Ceritanya bermula pada satu malam, Lia, Zaidah dan Siti Aliah pergi ke rumah Beringin 45 (Rumah Presiden) untuk beli baju kompleks kolej Kesinai. Masa tengah tulis nama tu, ada sorang akak ni, dia yang approach kami untuk ajak jadi Jawatan Perwakilan Kolej (JPK) kolej Beringin. Then kitorang masa tu dah pening dah, mula la fikir nak jadi ke tak, kitorang bincang2 kitorang dulu, then akak tu meyakinkan kitorang yang jadi JPK ni best, banyak pengalaman, kalau ada news JPK yang akan tahu dulu and so on~ Muka masing2 teruja kejap. Hahah.


Then balik dari rumah 45, kitorang still bincang lagi, lama betul kitorang bincang. And at last, kitorang decide nak jadi JPK Beringin. Yeahhh esok harinya terus hantar borang maklumat diri. Hahah. (punyalah excited you know) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari seterusnya, kitorang di panggil untuk adakan meeting bersama dengan JPK lama, masa tu Presiden kak Akma. Dia lah yang banyak guide kami macam mana jadi JPK ni. Then masa meeting tu pulak dah diberitahu yang Lia dapat jawatan Biro Kebajikan, rumah 45.


Lia : ''Damn.. rumah 45?! Rumah Presiden tuh! Hish gila lah camni...takutnyaa'' (monolog dalaman)


Lia agak terkejut lah sebab next sem akan duduk serumah dengan Pres, Naib Pres, S/U and Bendahari (4 Majlis Tertinggi) Okay takpe la, habis je meeting tu, Siti Aliah bagi tau dia buat keputusan yang dia tak nak jadi JPK. Maka dengan itu tinggallah Lia and Zaidah. Apa-apa kerja kitorang selalu bersama and berdua. Sebab masa tu tak kenal lagi JPK lama. First event Lia and Zaidah kena buat ialah Dinner Kolej Beringin! Yeahh best gila masa tu, sebabnya first time kan menjalankan event yang besar and ramai2. Then kitorang ada buat bbq khas untuk JPK2 Beringin :)


NEXT

Masa dah akhir2 sem tuh, masa tu Lia sem 3, and dah nak start study week, Kak Akma panggil lagi buat meeting. Lia ada dapat dua mesej, 1st mesej dari Kak Akma katanya meeting jam 1030 mlm. Tiba2 Lia dapat lagi satu mesej number yang tak dikenali katanya meeting jam 930 malam. So Lia assume meeting start 930 mlm lah. Then Lia and Zaidah datang lah rumah 45 tepat 930 mlm. Kak Akma terkejut la sebabnya dia kata kenapa datang awal sangat? Then Lia pon bg tau la dapat msg kena dtg waktu ni. 


Suddenly.........


Kak Akma dapat satu panggilan, kak Akma pandang Lia sambil bercakap dalam telefon, then habis je dari panggilan tu, kak Akma terus cakap dengan Lia.


''Lia cepat cepat pergi bilik MTK, sebab tadi NYDP MTK call akak yang Lia kena datang sana jam 930 mlm ni''


Lia dengan muka pelik and hairan... terus bangun and ajak Zaidah teman Lia sekali pergi bilik MTK. Kak Akma kata Lia sorang je kena pergi, Zaidah tak boleh teman.


Okay then, baru Lia faham, kenapa mesej yg number tak dikenali tadi tu hanya dapat kat Lia je and kata meeting 930 mlm, rupanya Lia kena pergi bilik MTK (Majlis Tertinggi Kolej) . Lia pon dengan rushing-nya terus ke bilik MTK dengan pakaian serabai je sebab tak tau apa-apa. Ya Allah. Masa tu hati berdebar-debar sebab Lia takut and tak pernah jejak kaki ke bilik MTK tuh. 


Masuk je bilik MTK, tengok ramai gila orang. (ohh! malunyaaa!) Perasaan masa tu tak payah cakap la, speechless terus. And tiba2 ada suara lelaki yang duduk tengah2 di meja meeting tu kata , 


''Welcome President Beringin's College, sila ambil tempat duduk''

OH MY GOD!!!


Lia masa tu memang PELIK gila and tertanya2, what happened to me? Apa dah jadi?! (semangatnya aku cerita -.- ) But then, okay relax and cool, Lia pon senyum and buat biasa je ambil tempat duduk, masa dalam meeting tu, semuanya Presiden Kolej UiTM Perlis, and YDP MTK kata Lia dilantik untuk menjadi Presiden Beringin untuk dua sem. Oh damn. 2 semester?!  Lia seriously tak tau apa2, jadi JPK pon dalam sebulan je lepas tu terus naik jadi Presiden. Siapa yang tak terkejutkan?


Habis je meeting di MTK, Lia terus text Zaidah tanya meeting di Kolej Beringin masih ada lagi ke? Sebab masa tu jam dah pukul 11 malam. (Lama beno meeting MTK tuh) Then Zaidah immediately replied to me kata terus datang rumah Pres, meeting still on. Lia pon rushing balik ke Kolej. Sampai je rumah Pres tengok dah ramai JPK tengah duduk sambil setiap orang pegang buku nota and pen. Then kak Akma sambut Lia dengan baik sekali sambil kata ''Tahniah Lia, sebab Lia akan jadi Presiden Kolej Beringin sem depan punya''. And semua clap hands. Oh my... Malu tak terkata. Huhu.


So dari situ la Lia menjadi Presiden kolej, and banyak sangat Lia kena belajar pasal selok belok kolej ni, peraturan kolej, and macam-macam lagi.


And at the same time, Lia adalah one of 'Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis'. Okay. Lia memang tak tau nak cakap apa, sebabnya before this tak pernah pon ambil tahu semua ni, and ilmu pon zero to zero. But then Alhamdulillah sekarang ni, yang Lia tengah type untuk entry ni, Lia dah tau tugas2 Presiden, and banyak dah ilmu yang Lia belajar, and Alhamdulillah Lia dapat Naib Presiden(Yuyu) yang banyak bantu Lia dalam susah senang Lia bekerja, dapat juga Setiausaha(Syuhai) yang rajin and Bendahari(Shira) yang boleh dipercayai. Alhamdulillah.


Seriously, apa yang terjadi pada diri Lia ada hikmah di sebaliknya, and now Lia dah rasa seronok jadi Presiden. Tapi sem ni iaitu sem 5 adalah sem akhir Lia pegang jawatan Pres. Sebab contract dah tamat. So untuk sem yang akhir ni, I will do my best for my college. Lia sayang kolej Beringin =]


Lia and Zaidah. Thanks to her coz always support me! :')


And now, Lia nak tunjuk sikit Kolej Beringin tu macam mana. Hehe. :)






~THE END~



03 June 2012

Thank you Nadiah

Saya sayang awak =')



Nad, sorry okay tak balas message, Lia busy sikit kt UiTM ni. Jarang online dkt sini. Btw apa2 pon, thank you so much okay dear. (Update blog sempat pulak ye) Hehe. Yela tak di nafikan Lia suka ber-blog ni :) okay awak, take care. Miss you so much! =*

02 June 2012

Photoshoot with Zufar Naj

Assalamualaikum wbt. 
Kawan2 semua sihat? Alhamdulillah harap sihat2 je :)


On 25th Mei 2005, my friends and I , kitorang ada ambil2 gambar untuk project kawan saya. My friend, Zufar Naj, he's are graphic Designer, Interior Decor, Photographer and Designer. Dia photographer yang sangat hebat. Lia sukakan hasil kerja dia. Hehe. Dia belajar di UTM. Course Architecture. Dan Alhamdulillah dah habis belajar pon, dan katanya jika ada rezeki akan teruskan sambung belajar di UTM juga. Baguslah camtu. Lia doakan semoga kerjaya Zufar success okayy.

Jom tengok gambar2 yang dia dah ambil! Untuk setakat ni Lia hanya upload yang dia dah bagi pada Lia je. Check it out :D








*click picture for enlargement :3 thank you.



Below here, is the information that you guys can contact him. Seriously he's cool :D I like!




Potraiture picture: 2 hour cover RM100
unlimited frame
10 pilihan gambar edit
beserta DVD
*untuk edit lebih daripada 3
tambah RM10 untuk 1 gambar..

Berminat hubungi zufarnajib:

email : zufarnajib@gmail.com
portfolio : http://www.flickr.com/photos/mzufar
website : https://www.facebook.com/pages/ZN-Photography/213468895413858
contact : +6 019 343 0929 / +6 012 942 6144
blog : zn-foto.blogspot.com

Sayangku Nurul Nadiah =]

Assalamualaikum wbt :)



Today is 2nd June, which is Saturday. Then tiba2 pukul 4 pagi Lia terjaga dari tidur, and now tak boleh tidur dah. But whatever it is, terdetik hati nak tulis blog sementara tunggu pukul 6 pagi untuk mandi2 siap2 untuk balik Uitm. =]

Dear Nurul Nadiah,

this post entry is special for you, seriously you are my soulmate dear. You are my best friend forever. Kita dah kawan lama sangatkan, susah senang banyak kita lalui bersamakan nad kan? Then everytime Lia balik kl mesti contact Nad tak sabar nak jumpaaa =3 Anyway, Alhamdulillah akhirnya ada juga masa yg free untuk Lia tulis pasal Nad. *OH ikhlas tau =P

Dekat KL, kita banyak spend together, kita sometime hangout ramai2, sometime kita hangout kita dua je (dating okay!) hehe =3 But whatever it is sincerely from my heart Im so proud to have a friend like you, bcoz you know what dear? You are damn so kind to me, always give me support, lagi2 dalam bercinta, you are like my sifu coz you lebih expert than me dalam bercinta ni. Lia respect sangat kat Nad. Then kita sangat 1 kepala, kita jadi gila2 bila keluar, gelak tak ingat dunia, ambil gambar posing maut, hehe. Plus, kita always share problems, and mesti sama2 nak solve kan problem. Emmmm. Lia rindu nad ='( Sedih pulakkan tulis pasal Nad then kejap lagi nak balik Arau dah, mesti teringat sangat kenangan kita nanti. Always keep in touch okay sayang. I really love you so much! Belajarlah elok2. You paling sulung dalam family so please prove to your family that you can do your best in Accountancy. Gets Dean's List. Lastly, i miss you dear. Miss you!!! :'(

ps ~ walaupon Lia tak banyak tulis pasal Nad dalam blog mahupon FB or Twitter, tapi Nad sentiasa in my heart, you know, you like my secret friend, tak ramai pon yang tau kita ni rapat sesangat sangat. Then kita tak pernah gaduh pon, never! And ever~ And now, biarlah kali ni ku bongkarkan rahsia kita dua bahawasanya kita dua ni sangat rapat! Bahahahah. Ayat! Hehe. Muahhhhh! =*

*gambar2 bawah ni serious tak edit, sebab dah original cantik and nice tak perlu edit apa2 :3
Thanks to our photographer Zufar Naj .








Suria KLCC

With My BFF Nurul Nadiah

Damn! I miss you lah :'(

Thanks for being my superb bestfriend! 

I hope that our friendship will last forever



ps~ Nad, kite tengah nangis pulak ni :'( tak suka nya jadi camni everytime nak balik Arau. Nad take care okay! ingat kite selalu. Kite sayang awak sebenarnya :( Bawak kereta hati2..