12 June 2012

President Beringin's College.

Assalamualaikum :)

Kawan-kawan selalu tanya Lia , macam mana Lia boleh jadi Presiden kolej Beringin. Macam mana mula-mulanya dilantik menjadi Presiden. So, for this entry, dengan hati yang ikhlas Lia akan cerita lah secara details macam mana kisah dulunya kan Lia boleh jadi. Hihi. 


Alright. Here we go!


Actually, Lia takde niat pon untuk jadi Presiden. Ceritanya bermula pada satu malam, Lia, Zaidah dan Siti Aliah pergi ke rumah Beringin 45 (Rumah Presiden) untuk beli baju kompleks kolej Kesinai. Masa tengah tulis nama tu, ada sorang akak ni, dia yang approach kami untuk ajak jadi Jawatan Perwakilan Kolej (JPK) kolej Beringin. Then kitorang masa tu dah pening dah, mula la fikir nak jadi ke tak, kitorang bincang2 kitorang dulu, then akak tu meyakinkan kitorang yang jadi JPK ni best, banyak pengalaman, kalau ada news JPK yang akan tahu dulu and so on~ Muka masing2 teruja kejap. Hahah.


Then balik dari rumah 45, kitorang still bincang lagi, lama betul kitorang bincang. And at last, kitorang decide nak jadi JPK Beringin. Yeahhh esok harinya terus hantar borang maklumat diri. Hahah. (punyalah excited you know) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari seterusnya, kitorang di panggil untuk adakan meeting bersama dengan JPK lama, masa tu Presiden kak Akma. Dia lah yang banyak guide kami macam mana jadi JPK ni. Then masa meeting tu pulak dah diberitahu yang Lia dapat jawatan Biro Kebajikan, rumah 45.


Lia : ''Damn.. rumah 45?! Rumah Presiden tuh! Hish gila lah camni...takutnyaa'' (monolog dalaman)


Lia agak terkejut lah sebab next sem akan duduk serumah dengan Pres, Naib Pres, S/U and Bendahari (4 Majlis Tertinggi) Okay takpe la, habis je meeting tu, Siti Aliah bagi tau dia buat keputusan yang dia tak nak jadi JPK. Maka dengan itu tinggallah Lia and Zaidah. Apa-apa kerja kitorang selalu bersama and berdua. Sebab masa tu tak kenal lagi JPK lama. First event Lia and Zaidah kena buat ialah Dinner Kolej Beringin! Yeahh best gila masa tu, sebabnya first time kan menjalankan event yang besar and ramai2. Then kitorang ada buat bbq khas untuk JPK2 Beringin :)


NEXT

Masa dah akhir2 sem tuh, masa tu Lia sem 3, and dah nak start study week, Kak Akma panggil lagi buat meeting. Lia ada dapat dua mesej, 1st mesej dari Kak Akma katanya meeting jam 1030 mlm. Tiba2 Lia dapat lagi satu mesej number yang tak dikenali katanya meeting jam 930 malam. So Lia assume meeting start 930 mlm lah. Then Lia and Zaidah datang lah rumah 45 tepat 930 mlm. Kak Akma terkejut la sebabnya dia kata kenapa datang awal sangat? Then Lia pon bg tau la dapat msg kena dtg waktu ni. 


Suddenly.........


Kak Akma dapat satu panggilan, kak Akma pandang Lia sambil bercakap dalam telefon, then habis je dari panggilan tu, kak Akma terus cakap dengan Lia.


''Lia cepat cepat pergi bilik MTK, sebab tadi NYDP MTK call akak yang Lia kena datang sana jam 930 mlm ni''


Lia dengan muka pelik and hairan... terus bangun and ajak Zaidah teman Lia sekali pergi bilik MTK. Kak Akma kata Lia sorang je kena pergi, Zaidah tak boleh teman.


Okay then, baru Lia faham, kenapa mesej yg number tak dikenali tadi tu hanya dapat kat Lia je and kata meeting 930 mlm, rupanya Lia kena pergi bilik MTK (Majlis Tertinggi Kolej) . Lia pon dengan rushing-nya terus ke bilik MTK dengan pakaian serabai je sebab tak tau apa-apa. Ya Allah. Masa tu hati berdebar-debar sebab Lia takut and tak pernah jejak kaki ke bilik MTK tuh. 


Masuk je bilik MTK, tengok ramai gila orang. (ohh! malunyaaa!) Perasaan masa tu tak payah cakap la, speechless terus. And tiba2 ada suara lelaki yang duduk tengah2 di meja meeting tu kata , 


''Welcome President Beringin's College, sila ambil tempat duduk''

OH MY GOD!!!


Lia masa tu memang PELIK gila and tertanya2, what happened to me? Apa dah jadi?! (semangatnya aku cerita -.- ) But then, okay relax and cool, Lia pon senyum and buat biasa je ambil tempat duduk, masa dalam meeting tu, semuanya Presiden Kolej UiTM Perlis, and YDP MTK kata Lia dilantik untuk menjadi Presiden Beringin untuk dua sem. Oh damn. 2 semester?!  Lia seriously tak tau apa2, jadi JPK pon dalam sebulan je lepas tu terus naik jadi Presiden. Siapa yang tak terkejutkan?


Habis je meeting di MTK, Lia terus text Zaidah tanya meeting di Kolej Beringin masih ada lagi ke? Sebab masa tu jam dah pukul 11 malam. (Lama beno meeting MTK tuh) Then Zaidah immediately replied to me kata terus datang rumah Pres, meeting still on. Lia pon rushing balik ke Kolej. Sampai je rumah Pres tengok dah ramai JPK tengah duduk sambil setiap orang pegang buku nota and pen. Then kak Akma sambut Lia dengan baik sekali sambil kata ''Tahniah Lia, sebab Lia akan jadi Presiden Kolej Beringin sem depan punya''. And semua clap hands. Oh my... Malu tak terkata. Huhu.


So dari situ la Lia menjadi Presiden kolej, and banyak sangat Lia kena belajar pasal selok belok kolej ni, peraturan kolej, and macam-macam lagi.


And at the same time, Lia adalah one of 'Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis'. Okay. Lia memang tak tau nak cakap apa, sebabnya before this tak pernah pon ambil tahu semua ni, and ilmu pon zero to zero. But then Alhamdulillah sekarang ni, yang Lia tengah type untuk entry ni, Lia dah tau tugas2 Presiden, and banyak dah ilmu yang Lia belajar, and Alhamdulillah Lia dapat Naib Presiden(Yuyu) yang banyak bantu Lia dalam susah senang Lia bekerja, dapat juga Setiausaha(Syuhai) yang rajin and Bendahari(Shira) yang boleh dipercayai. Alhamdulillah.


Seriously, apa yang terjadi pada diri Lia ada hikmah di sebaliknya, and now Lia dah rasa seronok jadi Presiden. Tapi sem ni iaitu sem 5 adalah sem akhir Lia pegang jawatan Pres. Sebab contract dah tamat. So untuk sem yang akhir ni, I will do my best for my college. Lia sayang kolej Beringin =]


Lia and Zaidah. Thanks to her coz always support me! :')


And now, Lia nak tunjuk sikit Kolej Beringin tu macam mana. Hehe. :)






~THE END~



No comments:

Post a Comment