Kematian itu pasti
menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya
kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul
maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg
bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan
diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirin ya ."Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata apa-
apa pun semasa azan berkumandang .
Sebagai orang beragama Islam kita
wajib menghormati azan Banyak
fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan
kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan
kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba maka kita tidak dapat mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." yang mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah
ini ketika nyawanya akan dicabut
Allah dgn izinNya menjanjikan syurga
untuk mereka. Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah supaya lidah ini tidak
kelu semasa nyawa kita sedang
dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang
baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah.."
semasa sakaratul maut menghampiri
kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."
No comments:
Post a Comment