11 April 2010

Kasih sayang ^^


Pada suatu pagi di satu sekolah
menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi
begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang? Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?
Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin
kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang berada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya
kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana
yang berlaku tetap dah berlaku. Dan
semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.




p/s :: cerita ini yang buat aku mampu bertahan hingga kini. walau banyak kekurangannya. walau banyak kelemahannya, aku percaya dia di jadikan untuk aku melengkapi segala kekurangan dan kelemahan aku. kesempurnaan akan datang pabila kita terima segala kekurangan dengan hati terbuka dan redha. aku akan bertahan selagi aku mampu walau air mata sudah kering dan hati sudah beku.

untuk dia :: mungkin kamu masih tak mengerti dan masih tak nampak segala kelebihanku. aku tak salahkan kamu. mungkin ia telah dikaburi dengan kekuranganku yang banyak dan kelemahanku yang tak kurang. aku tak mahu mintak maaf. kerana bagimu ia tidak akan mengubah apa2 keadaan pun.


**Dipetik dr inbox FS

2 comments: