15 August 2012

Jalan-jalan Kedah

Amboi Lia. Mentang-mentang la dekat rumah sekarang ni, banyak pula update blog kan. Tapi tadi dah break pergi sahur jap. Pastu ni sambung balik update. Hehe. *ni la akibat kalau terlebih rajinnn update =P

Last week, Lia Syu and Zan kitorang di tugaskan untuk mencari barang-barang aktiviti kolej Beringin. As usual, kitorang sewa kereta. Kitorang gerak dari rumah jam 2 petang. First place kitorang pergi kedai hadiah dekat Kedah. Tak sure nama tempat tuh. Lia bawa je, Zan guide jalan and si Syu pula asik menyanyi dalam kereta. Kalau lagu best kitorang akan kuatkan volume and melalak dalam kereta. Sampaikan orang luar tengok kitorang pon jadi takut. Hahah. Itu la, bila dah hangout dgn bestfriend a.k.a 1 kepala pulakan memang tak ingat dunia wooo. =D

Cari hadiah je dah berjam-jam. And then kitorang pergi ke Alor Star mall pulak. Dekat situ crowded sangat. Nak cari parking pon susah. Masuk mall, ramai gila orang. Sesak la, tapi di sebabkan Zan and Syu nak shopping sikit, so sanggup meredah kesesakan di dalam mall tu. Zan shopping baju, Syu pula shopping kasut. And Alhamdulillah dorang dapat apa yang dorang nak kan sangat. Cantik baju Zan pilih tu. And smart kasut yang Syu berkenankan sangat tu. Jujur kata, Lia penat gila, masuk kedai je terus cari kerusi nak duduk. Tak mampu nak berdiri dah. HAHAH. *ada gaya cam nenek ke? Hehhh.

Next place, kitorang teruskan perjalanan pergi ke bazaar di Stadium. Masa tu jam 6 petang. Pergi bazaar pon semata-mata nak cari Akok. *favourite Lia. Cari dekat Perlis langsung tak jumpa. Takpe lah, Lia pon faham. Back to the topic. Bazaar dekat stadium tu besar sangat, macam-macam jual. Rambang mata je. Wahhh. Akok pon jual bersepah-sepah. Dekat situ pon sesak. Sesak sangattt. Sampai kitorang jalan pon berpegang tangan sebab takut terpisah. *cehh macam la tak boleh call kan.Heheh. Habis penat pusing bazaar tu, kitorang naik kereta. Then.

Pergi rumah Zan di Kedah juga. Alhamdulillah kitorang selamat sampai di rumah Zan jam 7 petang. Rumah Zan suasana kampung, membuatkan Lia teringat sangat dekat kampung lama Lia. Rinduuu. Kampung Lia tu rumah besar sangat. Boleh muat 10 keluarga kot dalam tuh. Kalau ramai2 balik kampung terasa gila kemeriahan di kampung :') okay. RINDU.

Anyway, berbuka puasa dekat rumah Zan memang best. Mak Zan masak macam-macam lauk. Ada kuih favourite Lia, kuih melaka! Banyak gila Lia makan. Aduyai. Malu pulakkan. Hikhikhik =P After berbuka, kitorang solat maghrib, borak2 jap dengan family Zan and ambil gambar, lepas tu kitorang teruskan perjalanan.

Ke mana pulak lepas ni? Iaitu ke Jitra. Cari lagi barang-barang untuk Beringin di Borong Din. Kitorang dah macam masuk explorace pon ada. Cari laju sangat sebab kejar masa, banyak kedai nak tutup dah masa tu. Siap kitorang berpecah lagi cari barang. Zan cari untuk ni and tu. Syu and Lia cari sama-sama untuk baring tu and ni. AHAHAH. Next next.

Kitorang pergi Jitra Mall. Dekat Jitra, kononnya nak tengok wayang, but frust gila dekat lif before nak naik atas kitorang ada terbaca satu notis katanya jumaat close. Hampa sangat hati ni. But then takpe, kitorang pergi cari hadiah untuk 4 MT dan untuk RS. Dekat situ, lama juga la kitorang  cari barang. Sampaikan kedai pon nak tutup dah. Dalam kedai tu tinggal kitorang je yang still cari hadiah. Lampu kedai pon dah separuh tutup, hahah. Siap kena tegur dengan orang kedai lagi suruh cepat. Tapi buat dont know je. *Teruknyaaa. Hahah. Sekali fikir, kitorang buat macam kedai tu kitorang pon ada. Dengan jerit2 nya lagi. Haish. Macam-macam kan :) But anyway memang best la kan.

Lastly, kitorang pergi cari hamper pulak. Ada 5 hamper kitorang bawa balik. Bayangkanlah macam mana kitorang muatkan masuk dalam kereta Viva tuh. Dengan campur barang2 lain lagi. Sampaikan pakgad pon takut tengok sebab dalam kereta penuh gila barang. Zan la paling kesian di himpit oleh hadiah2 dekat belakang. Hehe.

Setelah penat seharian jalan-jalan, kitorang decide makan Tutti Frutti. Kitorang rest and relax dekat situ, before bertolak balik ke UiTM Arau. Alhamdulillah, perjalanan semuanya berjalan dengan lancar. Takde apa-apa masalah yang timbul. And sangat enjoy hangout kitorang tu. Thanks to Zan and Syu coz memeriahkan suasana =D sayang korang! xoxo.



Agak lawak.



Duduk kepenatan



No comments:

Post a Comment