18 August 2012

Rindu Raya zaman dulu.

Assalamualaikum :)

Rajin pula Lia nak update blog. Hari ni dah sabtu. Esok ahad soooooo esok RAYA!!! Syiok tak terkata plus excited sangattt. Pagi ni Lia akan tolong mama Lia buat rendang ayam. Weeee! Then my bestfriend katanya nak jumpa sebab ada story nak cerita. Awww tak sabarnya! Tapi Lia lepas sahur tak tidur dah, boleh tahan ke sampai tengah hari ni? Hmmm. Okay, actually, pagi ni Lia nak story sikit. Perasan tak kawan-kawan, semakin umur kita meningkat, kita semakin lupa generasi kita time muda-mudi dulu, zaman kecik kecik, masa muka comel-comel lagi, zaman takde jerawat lagi. Haha.

Nak di ceritakan lagi, zaman sekarang ni orang semua wish Hari Raya guna Facebook, Twitter, etc. Memang orang sekarang bijak-bijak, sebab taknak membazirkan kredit HP, so better wish dkt laman sosial je right? Then trend sekarang ni, suka edit gambar ucapan Selamat Hari Raya then letak muka comel lote diorang tu dekat ucapan tersebut. Ahah lepas tu start la kerja diorang iaitu tagged kawan-kawan di facebook, sampai nak cecah seratus kot. Dasyat betul la =D Tapi kan, for me, Lia tak berapa suka, well, setiap orang ada pendapat dia masing-masing, mungkin bagi diorang lagi cepat and senang. Lia pula tak suka ada reason tertentu. 1stly, bila tagged kat fb kita, lepas ni start la banyak notifications yang takde kena mengena pon dgn kita. Orang yang kita tak kenal pon keluar dekat noti fb kita. 2ndly, bila start tagged Lia, apabila orang comment kat gambar raya tersebut maka vibrate lah HP Samsung W Lia tu, sebabnya my fb link ke HP. So musim-musim raya ni hp Lia banyak kali vibrate and bila tengok 'oh orang komen kat gmbr raya tu ke -.- ' Haha. So Lia just buat dunno je. 3rd, Lia tak rasa la sangat orang tu betul2 wish raya dekat kita eventhough dia tagged kita sebabnya for me ianya tak specific tuju dekat kita. Setakat ni, sampai sini je la reasons yang Lia nampak. 

Jujur kata. Lia masih lagi amalkan suasana raya zaman Lia kecil. Antaranya, Lia bagi kad raya dekat kawan-kawan, tulis pon panjang lebar, dengan sign yang mahal lagi. Hakhak. Siap post kad raya lagi tauuu. Seronok sangat tulis kad raya ni. Sesi luahan pon ada dalam tu. Then , tipulah kalau Lia kata Lia tak gunakan advantage from FB kan, dekat FB, Lia sent wall post dekat semua kawan-kawan Lia yang kenal Lia. Niat Lia wall post tu sebabnya Lia memang ikhlas nak tujukan pada orang tu, apa yang Lia post tu ada yang sama ada juga yang lain. Ikut pada mood Lia. Lagi seronok buat macam ni dari kita tagged orang. =] And dekat hp pula, selalunya Lia akan hantar msg dekat orang yang betul2 Lia sayang je, ceewaahh. Hantar msg malam raya pulak tu, so memang terasa sangat la suasana rayakan. Seterusnya. Perkara yang setiap tahun Lia takkan tinggal ialah pengumuman puasa and raya. Bagi Lia itu perkara wajib iaitu duduk di depan TV semata-mata nak tengok pengumuman puasa and raya. Bila dah start pengumuman tu and jadi pulakkan yang esoknya puasa or raya, Lia teruskan panjatkan raya Syukur Alhamdulillah kpd Allah swt and then menjerit keseronokkan! Kalau dulu, tengok pengumuman dengan saudara-mara, sekarang ni cuma tengok dengan family je. Dah tak balik kampung kan. Atok nenek semua dah move ke KL. Ahaks. Dah terlebih cerita ni. Lia harap la trend kita zaman kecil jangan dilupakan, suasana zaman kecil lah yang palinggg seronok. Trust me. Siapa yang tak rasa seronok tu memang rugi la kan. So itu saja lah sampai di sini ye. Thanks for reading. =]


Nak minta ampun dan minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa ni, ingat, if Lia salah tolong tegur Lia. Lia pon manusia biasa yang selalu je melakukan kesalahan, tak salah tegur, jangan cakap belakang je la. Allah Maha Mendengar. Ingat ye :) Akhir kata, Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin =]

No comments:

Post a Comment