15 April 2017
Focus full time
Tak apalah kita buat business part time, yang penting mentality kita full time. Ok?
Never give up
Remember, the moment you feel like quitting, that is the right time you have to keep pushing. Good Morning Everyone!
Assalamualaikum wbt. Salam ceria dan salam bahagiaaa
😍
❤
Magazine Nona
Macam kenal je kan tudung pink tu? Hehe.
Syukur Alhamdulillah Lia diberikan peluang untuk masuk dalam magazine Nona, terima kasih kakSzaza dan kakMas uruskan semua ini untuk Lia. Terima kasih juga kepada semua team Chettaki Omey dan family Lia yang sentiasa support Lia sehingga sekarang ini. Tanpa mereka, Lia bukan siapa-siapa.
Jadi, kepada anda di luar sana ingin mengetahui kisah jatuh bangun Lia dalam perniagaan, boleh dapatkan majalah Nona di mana mana bookstore/mph.
❤
😍
PENGALAMAN STAY DI RUMAH 10 JUTA
Syukur Alhamdulillah Lia diberi kesempatan untuk stay selama 3 hari 2 malam di rumah 10 Juta. Masa nak datang cari rumah di Genting Sempah tu pon boleh sesat juga la, sebab tak sangka di area situ ada rumah banglow yang jenis besar gilaaa. Rasa impressed sangat.
Jadi masa dah sampai rumah tu, masa buka je pintu masuk dan kaki touch dalam rumah tu, bulu roma terus naik. Bukan sebab rumah tu ada hantu! Haha. Sebab rumah tu lain dari yang lain Lia pernah pergi, rumah tu memang wow sangat bagi Lia.
Masuk je tengok kiri nampak ada yang sedang karoke, tengok kanan ada yang tengah lepak di meja makan, jalan depan sikit nampak orang borak borak di beranda. Sampaikan Lia macam nak berlari lari pusing dalam rumah tu.
Jadi masa masuk je Lia dan kawan Lia terus letakkan beg di bilik atas sekali. Lepas letak beg, kami terus excited nak bergambar dalam rumah tu, di setiap sudut, dinding kami bergambar. Punyalah excited kan? Hehe
Pada waktu malam pula, kami ada class, bayangkan masa tengah belajar pon kabus masuk dalam rumah, sejuk, sebab rumah ni memang tinggi, dan view rumah ini nampak Genting Highlands. Jelas sangat nampak Genting. Rasa kalau lambai-lambai tangan kat Genting tu, orang Genting nampak agaknya? Hehe.
Bestnya lagi, Lia jadi culture shock sebab dalam rumah tu heaven dengan makanan. Setiap orang bawa makanan masing-masing. Kiranya buat style potluck la. Lia pula bawa makanan-makanan dari Mekah macam kurma, kacang pistachios, kacang ganjus dan sebagainya. Jadi kami di sana setiap masa makan jer. Memang diet pon kelaut laa.
😂
Syukur Alhamdulillah walaupun hanya stay rumah ini selama 3 hari, tapi pengalaman itu sangat luar biasa, perasaan Lia sangat bahagia selama stay di rumah itu. Kalau dah stay rumah macam itu memang tak keluar rumah dah.
Setiap masa Lia visualised Lia akan dapat rumah macam ini. Nanti kahwin pon dah planning nak buat majlis perkahwinan kat rumah ni. Haa punyalah berangan kan? Tak apa, berangan dulu, nasib baik berangan itu percuma. Hehe.
Terima kasih Lia nak ucapkan kepada Sifu Nasrul atas ilmu-ilmu yang di ajar pada kami selama 3 hari 2 malam itu. Rasa ukhwah lagi rapat antara kami semua dalam group Exclusive Business Mentoring (EBM).
Rasa bertuah sangat berada dalam group EBM, rakan rakan yang suka kongsi idea, share pengalaman masing-masing dan banyak sharing ilmu. Terima kasih semua.
Lepas ini Lia dah terfikir, nak buat gathering bersama team Chettaki Omey di rumah 10 juta ni, dapat stay 2 malam pon okay sangat. Biar semua merasai stay di rumah besar ini, biar mereka visualized akan ada rumah besar.
Allahuu, semoga impian Lia menjadi kenyataan. Semoga Lia juga akan ada rumah sebesar ini. Target saja tinggi, kalau dapat rumah 1 Juta pon dah bersyukur sangat. Lia yakin dan percaya, Allah Maha Mendengar, pasti Allah tunaikan segala impian Lia. Pasti.
❤
14 April 2017
Bina Empayar
Alang-alang kita berniaga, biar sampai bina empayar! Boleh ke boleh? 
Jaga Solat
Bila kita solat di awal waktu, disitulah kita akan rasa keberkatan waktu.
Allah makbulkan doaku
Terima kasih Allah. Aku bersyukur!
Satu doa Lia diangkat oleh Allah swt ketika Lia di Mekah depan Kaabah.
Lia merayu dan berdoa sangat pada Allah,
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Engkau bukakan pintu hati team Chettaki Omey untuk ke Dexandra Family Orientation Ya Allah. Aku mohon Ya Allah semoga seramai 80 orang yang akan join ke DFO 2.0 pada 8 dan 9 April ini."
Syukur Alhamdulillah Lia tak sangka Allah makbulkan DOA Lia yang ini.
😭
Sedangkan masa Lia berdoa itu team Chettaki Omey yang betul betul join cuma 40 orang sahaja.
Tetapi. Sungguh luar biasa, hari ini tepat 80 orang dari team Chettaki Omey yang akan ke DFO pada minggu ini. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sangat Engkau mendengar DOA hambamu ini.
Mintalah pada Allah. Mintalah apa sahaja pada Allah. Allah akan berikan juga pada kita, lambat atau cepat sahaja. Yakin dan percayalah bila kita berdoa, pasti doa kita diangkat olehNya. Dia Maha Mendengar.
Terima kasih Kak Ernayanee anjurkan program DFO sekali lagi. Program yang memberikan kesan luar biasa. ILMU yang begitu hebat. Terima kasih juga team Chettaki Omey yang dapat pergi ke DFO
😭 Kita jumpa di DFO ya.
Lia betul betul nak team CO grab ILMU sebaik mungkin sehabis mungkin untuk dua hari di DFO. Semoga anda semua selepas ini menjadi JUTAWAN DEXANDRA dunia dan akhirat.
آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
Nak peluk KakErna! Nak peluk semua team Chettaki Omey!
😢
😢
BAHAGIA BERSAMA TEAM
Leader mana yang tak terharu bila team datang dari jauh naik bas, leader mana yang tak bahagia dapat spent time gila gila dengan team, siap boleh tidur ramai ramai dalam bilik apartment, makan bersama, dapat duduk sekali dalam dewan dengar talk, menari, menangis, ketawa, peluk dan gelak bersama-sama.
Team Chettaki Omey paling ramai dan havoc sekali dalam dewan DFO. Syukur Alhamdulillah Lia dapat satukan semua hati hati team Chettaki Omey. Kami dapat rasa bonding antara satu sama lain, kami dapat rasa kasih sayang antara satu sama lain dan kami juga dapat rasakan CINTA dalam team Chettaki Omey.
Siapa pun kita, founder ke, stokis ke, agent ke, dropship ke, tetapi kalau kita letakkan diri kita menjadi seorang LEADER yang hebat, leader yang best, pasti team kita juga akan menjadi best. Jika kita letak diri kita luar biasa best, team kita akan menjadi luar biasa best. Seperti Lia, Lia selalu memberikan surat cinta pada team Lia, sebab Lia nak touch hati hati team Lia, dan syukur mereka dapat rasa dan membalas cinta itu pada Lia. Kita kena berikan 200% pada team kita, then kita akan dapat 100% feedback dari team.
Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, jika kita lead team kita dengan betul dan baik, niat ikhlas kerana Allah dan Rasul, pasti kita akan rasa sangat bahagia. Bahagia itu datang hanya dari hati. Bayangkan, team Chettaki Omey buat surprise untuk Lia, mereka berikan kek, chocolate bouquet with love card dan belon love waktu terakhir DFO itu. Subhanallah Lia tak sangka dan sangat terharu, dan di kad itu mereka tulis, "Terima kasih Lia sebab selama ini tak putus putus bagi sokongan pada kami". Bayangkanlah lagi, orang tegur kita hebat sebab bawa team yang ramai, dan mereka nampak anak anak Lia juga semua hebat hebat. Sekarang ini anak anak pon dah memanggil Lia sebagai MAK MUDA. Sebab tak boleh nak bezakan MAK dengan anak anak. Semua team Chettaki Omey muda muda. Huhu.
Di kesempatan ini, Lia nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa Lia yang ajar Lia dari kecil menjadi seorang yang penyayang, terima kasih kepada my best ever Mentor Kak Ernayanee yang mengajar Lia menjadi seorang LEADER yang hebat, terima kasih kepada semua staff Chettaki Omey dan team Chettaki Omey yang menjadikan group kita LUAR BIASA HEBAT. Kita pasti boleh melakukan yang terbaik selepas ini, jom meroket bersama!
☺️
❤
InshaaAllah selepas ini Lia nak bawa team Lia pergi ke Pulau pula, kita gather ramai ramai di tepi pantai, buat bbq sambil sharing ilmu business. Pasti lagi best kan? Ada yang nak join team Chettaki Omey? Hehe.
Dexandra di Hatiku
Bila buka botol bau wangi,
Bila spray lagi la wangi,
Bila dah petang ada lagi bau wangi,
Power betul Dexandra perfume ni.
❤
02 October 2015
NEW RELEASE - perfumes baru utk DE'XANDRA HER
MY BURBERRY & CHLOE LOVE STORY
Antara perfumes yang sedang dicari cari peminat TEGAR PERFUMES. Kedua-duanya masih baru dipasaran..
Yeaahhh.. de'xandra dah follow rapat2 perfume2 terbaru ni.. Saya yang jual pun tak tahan dah dengan penangan 2 PERFUMES ni. Dah grab kegunaan sendiri.. hahaha.. tak tahan digoda bauan DE'XANDRA..
Yang dah BOOKING sebelum release.. Perfumes anda akan di postkan harini.. yang baru tahu DISARANKAN.. order sekarang sebelum habis lagi.. hehe.. baru release semalam utk de'xandra..
Happy sebb dapat bantu uouls wangi sepanjang hari dengan DE'XANDRA..
jom Watsapp dengan akk pagi-pagi ni : 013-2644310
Antara perfumes yang sedang dicari cari peminat TEGAR PERFUMES. Kedua-duanya masih baru dipasaran..
Yeaahhh.. de'xandra dah follow rapat2 perfume2 terbaru ni.. Saya yang jual pun tak tahan dah dengan penangan 2 PERFUMES ni. Dah grab kegunaan sendiri.. hahaha.. tak tahan digoda bauan DE'XANDRA..
Yang dah BOOKING sebelum release.. Perfumes anda akan di postkan harini.. yang baru tahu DISARANKAN.. order sekarang sebelum habis lagi.. hehe.. baru release semalam utk de'xandra..
Happy sebb dapat bantu uouls wangi sepanjang hari dengan DE'XANDRA..
jom Watsapp dengan akk pagi-pagi ni : 013-2644310
22 March 2015
Jatuh Bangun Aku Di UiTM Arau
Di sini Lia ingin ceritakan pengalaman seorang mahasiswi yang dah graduated di UiTM Arau, juga sekarang ini merupakan Alumni UiTM Arau. Dah lama sangat Lia nak story about this tapi baru sekarang ada masa and kesempatan untuk Lia menulis di blog Lia ni juga. Untuk pengetahuan semua, Lia sekarang dah ada website shopping , www.chettakiomey.com , blog tu more to shopping . While this blog more to personal. So, bolehlah singgah ye :)
Back to topic . Cerita about pengalaman ni kan, semua orang pasti lalui pengalaman pahit dan manis di Universiti masing-masing. Begitu juga dengan Lia. Lia akan ceritakan dari sem 1 sehingga sem 6 Lia :)
SEM 1
Masih teringat lagi masa first sampai di pintu masuk UiTM Arau (Pintu Gate A) , perasaan Lia memang tak percaya sebab dah besarnya aku sampai dah kena masuk U . Mira (kakak Lia number2) ada cakap "untungnya Lia dapat UiTM yang cantik ni, serious UiTM ni akan jadi best utk Lia, percayalah cakap Mira". Lia pon iyekan ajelah walhal tak ada perasaan excited apa-apa pon. Yelah budak nak kena tinggalkan di Perlis yang nun jauhhhhhhh dari family di Kuala Lumpur. Then first place tuju di kolej Lia sebab pendaftaran di kolej, kolej yang Lia dapat masa tu Kolej Dahlia 1, dan Lia merupakan orang yang paling awal datang untuk daftar masuk. Bila semua dah settle and barang pon dah bawa masuk bilik, tibalah masanya dan saatnya untuk berpisah dengan family Lia. Okay, ini adalah first time Lia tinggal di kolej maka first time juga berjauhan dengan family. Yela sebelum ni sekolah semua dekat je dengan rumah, duduk pon rumah bukan asrama ohhoiii. So first time lah merasa kehidupan "berdikari" di UiTM masa tu. Masih ingat lagi di ingatan Lia, masa bersalam-salaman tuh menangis teruk gila sampai ke mama dan papa pon tahan menangis, sebab kena tinggalkan anak bongsu mereka di Perliskann . Lagi bertambah sedih and menangis bila tengok kereta dah bergerak pergi and nampak family lambai2 kat Lia. YaAllah sedih tak terkata. Masa tu Lia fikir apa? "Aku sorang je ke kat sini? Keluarga aku dah pergi ke? Aku nak buat apa lepas ni? Boleh ke aku?" Macam-macam lah terlintas di fikiran Lia. So masuk je bilik, orang pertama yang Lia jumpa and kenal is Nisa, Shida and (tak ingat nama) , haa yang tak ingat nama tu nampak sangatlah Lia dah tak pernah contact dia. Hukhuk. Lepas dah kenal dengan dorang, tiba-tiba airmata nak keluar balik, terus pecut laju masuk dalam bilik mandi pasang air biar bunyi bising then terus sambung menangis. Itu memang tak boleh blaa. Ingat lagi sampai sekarang. Menangis Lia ni boleh pula nak continue-continue. Ehehh. Minggu pertama Minggu Destini Siswa (MDS) . Sepanjang MDS Lia selalu dengan Nisa, kitorang dua selalu bersama, dah tak kenal sesiapakan masa tu, MDS pon dengan roommate jugalah. And di Arau masa tu Lia ada kenal dengan seorang abang ni, Abang Rasyaik, sebelum Lia masuk UiTM pon kitorang dah berkenalan dulu, hehe. And tak sangkanya, abg Rasyaik ketua MDS time tu, tgh2 dia atas pentas pon sempat lagi dok mesej2 dengan Lia. Habis je program MDS kitorang selalu la planning jumpa. Kononnya masa tu dialah abg Lia di Arau yang sentiasa jaga Lia masa tu, memastikan makan minum Lia okay, bagusnya abg Rasyaik nih. Then untuk tidak buat orang memikirkan bukan2 pasal kitorang ni, kitorang gelarkanlah ktrg ni cousin, so bila sebut cousin tak adalah orang fikir bukan2 right. Starting dari situlah semua orang ingat Lia ni cousin kepada abg Rasyaik. Di sini Lia nak cakap ktrg ni sebenarnya cuma kawan je. Hehe. Okay next ! Habis je MDS, then dah start class, Alhamdulillah class pon semua okay jumpa la classmates pula. Masa tu semua orang pemalu, and Lia still lagi bersama dengan Nisa. Always bersama kemana jua di UiTM tu. Then one day, Lia demam panas, entah kenapa tiba-tiba boleh demam panaskan, maybe jauh dengan family kot. Demam kali ni memang dasyatlah, sampai kena masuk hospital kauuu. Hahah. Dan ni adalah first time Lia dimasukkan ke Hospital, huuuu. Kena tahan pula di wad, duduklah hospital tu selama seminggu. Masa jaga Lia tuh 2 orang kawan Lia , Nurul and Shida. So Lia betul2 terima kasih kat dorang sanggup tidur kt hospital teman Lia. Then Lia bernasib baik pula dekat Hospital Kangar tuh ada 2 orang saudara Lia yang kerja di Hospital Kangar tuh . Lia panggil saudara Lia pakjang and makjang, mereka memang orang kuat juga di Hospital. So semua nurse / doctor semua jaga Lia baik-baik , siap bagi layanan istimewa tauu .Ada one time tu pakjang and makjang datang bawa KFC untuk Lia. Kelass kaww makan KFC dalam hospital hahaha. Lepas dah okay sikit , Lia dah benarkan untuk keluar hospital , dah lah duduk dalam hospital seminggu, lepas tu dapat pula MC one week lagi. Apa lagi parents bawa Lia balik KL :) So Lia tak datang kelas 2 minggu tuh. Hehe. And then , masa Lia sem 1 , ada la kisah-kisah sedih yang berlaku. Antaranya kawan-kawan Lia ajak tukar bilik, so Lia pon buat jelah, sebab time tu ada krisis sikit Lia dengan roommate lama Lia. Tinggalkan bilik lama macam tu je p pindah bilik baru sebab nak duduk dengan gang lah kononnya. Tapi lama-kelamaan takde lah gang mana pon, atlast dia tikam belakang Lia, macam-macam dia buat pada Lia. Teruk jugalah Lia kena. Itu first time Lia kena seteruk macam tuh. Biarlah rahsia apa yang dia dah buat pada Lia :( Haish sem 1 ni memang semuanya banyak first time . Huhu . Anyway, tetap bersyukur kepada Allah walaupon sem1 ni macam-macam sangat yang terjadi pada Lia, but the end result Lia untuk sem 1 ni sangat memuaskan ! Walaupon tak datang kelas selama 2 minggu, 2 minggu okayyy. Banyak gila benda yang terlepas tapi semua boleh catchup . Anyway Lia gembira sangat dapat kenal dengan kawan-kawan masa Lia sem1 , yang masih contact sampai sekarang pon ada lagi, semoga kita sentiasa keep in touch yep :)
SEM 2
Alhamdulillah masih teruskan perjuanganku untuk semester 2 di UiTM Perlis . Lia masih lagi duduk di kolej Dahlia, dah kali ni Lia dapat roommate baru pula, nama glamor dia Ijan . Course Ladang. Seronok sangat sebab dapat roommate yang baik and sporting macam Ijan, kitorang selalu je bertukar story, Ijan ni memang banyak cakap, dia suka cerita family dia . Then makan, jalan-jalan, pergi AGM, pergi AGM persatuan semuanya sama-sama. Hehe. Sweet tak kitorang? And Alhamdulillah sampai sekarang kitorang masih lagi contact. Cuma masing-masing dah busy jadi tak adalah serapat macam dulu lagikan :) Then , masa sem 2 juga di class Lia rapat dengan Siti Aliah and Zaidah. Di sini Lia nak cakap Lia rapat dengan diorang sampai Lia sem 6 okayyy. Dan sampai sekarang kitorang masih rapat and contact each other. Like seriously they are the best to me! Lia masih ingat Lagi macam mana Lia kenal Zaidah, Zaidah message Lia tau, dia message:
"Salam Lia, boleh ajar kami account tak?"
"Boleh datang je bilik Lia"
"Okay kami datang sekarang ya"
Tunggu punya tunggu , tiba-tiba , bunyi orang ketuk pintu bilik Lia 'tuck tuck' , then Lia buka pintu dan hanya dapati Zaidah seorang je depan pintu! Then Lia jemput Zaidah masuk bilik and Lia tanya, Zaidah sorang je ke? Mana yang lainn? Zaidah balas "eh taklah kami sorang ja, nak minta tolong Lia ajar account". Lia pon macam ... errr ... k aku tertipu . At the first Lia ingat kami tu "ramai", rupanya kalau orang utara dorang gelarkan diri dorang as a "kami". Kalau macam di KayELL gelarkan diri as aku saya kita. Hehe. K take noted. Hahaha. Then kisah pasal Zaidah lagi, sorry ye cerita Zaidah, tapi memang kena cerita sebab taknak lupa kisah nih! Masa tengah jalan2 dgn Zaidah di Mushroom waktu malam, tiba-tiba "banggg!!!" Zaidah terhantuk and langgar tiang betul2 kena muka diaaa. ADOYAIII kenangan yang Lia tak boleh lupakan, kalau ingat mesti tergelak-gelak balik. HAHAHA. Then ramai datang berpusu-pusu kat kitorang tanya Zaidah okay ke tak. Heheh.=P Sampai sekarang Lia ingat lagi tiang mana yang dia kena langgar tu, boleh tak nak tulis kat tiang tu kenangan Lia dgn Zaidah di situ? =P Hehe.. Then day by day Lia rapat dengan Zaidah, and Zaidah selalu bawa Siti Aliah p bilik study di kolej Dahlia. So dari situ juga Lia kenal Siti Aliah. Dalam bilik study selalu ada satu meja study dah di cop oleh kitorang, untuk Lia, SitiAliah dan Zaidah. Kitorang memang selalu study sama, gerak ke kelas dan balik dari kelas pon sama-sama. Tapi kadang-kadang Sherry pon join kitorang sekali. Sherry tu pelajar paling top account batch kitorang masa tu. So apa-apa je Lia selalu minta Sherry ajar Lia. Sebab tu la Lia boleh pandai account, Sherry ajar memang Lia faham sangat. Lebih faham dari lecturer ajar dalam kelas tuh. Kalau ada group, selalu group sama kitorang 4 oranglah. Lia kawan dengan Sherry nak jugalah korek rahsia macam mana dia boleh pandai semua, tapi tengok dia biasa je? hehe. Selalu pergi bilik dia tengok dia selalu tengah online tak pun layan movie. Sometime bangga pon ada juga sebab terfikir oh Lia kawan dengan budak TOP1 account nih. Haha. Anyway happy sangat kenal dengan korang semuaa. :) Kenangan kita semua InsyaAllah Lia akan ingat sampai bila-bila. The end sem 3 Lia dapat result yang sama macam sem1 dulu, kiranya maintain lah, tak sampai dekan ponn, tapi Alhamdulillah kekal lagi 3 pointer :)
SEM 3
Syukur kepada Allah, masuk sem 3 kali ni semangat berkobar-kobar, dan kali ni batch Lia semua pindah kolej up lagi dari kolej Dahlia. Kitorang ditempatkan di kolej Beringin. Heheh. Mula-mula ingat kolej Beringin tak best, dahlah 1 rumah 8 orang pula tukan, Lia selalu terfikir boleh ke Lia ngam dengan housemate Beringinkan? Diorang gila-gila macam Lia tak? Ke Lia tak gila-gila macam diorang? Macam-macam yang terlintas di fikiran. Tengok list name yang duduk di Beringin 5, semua Lia tak kenal. Ada 3 orang sama batch dengan Lia course yang sama pula tu (course Account) dan 4 orang pula senior. Memang totally tak kenal. So Lia orang pertama yang masuk kolej Beringin 5 tuh, rumah yang besar, tempat study selesa, ada 2 bilik, 1 bilik 4 orang, ada 1 tandas dan 1 bilik mandi. Wah hampir lengkap macam rumah! Cuma dapur je tak ada untuk nak masak-masak. (Ehh ingat kau tuh duduk kolej je pon bukannya duduk rumah sewa ke apaaa) Hahaha. Alright. Cerita pasal sem 3 ni pula, ada salah seorang housemate Lia, dia anti gilaaa dengan Lia, Lia pon tak tahu lah kenapakan , sedangkan kitorang kenal pon tak, tegur lagilah tak, tapi Lia tahu lah dia anti Lia sebab ada orang lain bagitahu. So tak apalah Lia buat je macam biasa, dah duduk 1 rumahkan , nak taknak kena selisih juga dengan dia. So agaknya lama-kelamaan dia nampak kot perangai Lia ni macam mana, baru dia tahu kot Lia ni budak yang baik, manja, sweet, lolx!! So atlast kitorang jadi kawan, kawan yang rapat-rapat gitteww. Hehehe. So housemate sem3 Lia memang semuanya best, masuk kepala, gila-gila and yang geramnya Lia selalu jadi mangsa buli diorang, tak sah kalau tak kena buli tapi tak apa itulah namanya kawankannn, suka buli buli hahaha. Kalau tidak tak happening lah Beringin 5 rightt. Eh btw Lia rindulah korang semuaaaa!!! Seriouslyyy. Cerita paling best papa Lia tinggalkan kereta Honda Civic kat Lia, so kitorang ni apa lagi dah ada transport mestilah nak jalan-jalankannnn. So bayangkan dalam 1 kereta ada 7 orang. Sorang lagi tak ada masa tuh. So kitorang naik ramai2 pergi makan dulu di Restoran Ikan Keli yang famous di Perlis tuh. 5 orang di belakang, semua kecik-kecik so no wonder lah muatkan. Hehe. Lepas tu kitorang pergi Padang Besar pula shopping kat sana. Ouchh bila ingat balik sebak pula sebab terlalu rindu kat korang semua. Hehehe. At the end sem, Lia senyap-senyap jadi Jawatan Perwakilan Kolej (JPK) Beringin. Tapi dari jadi JPK tiba-tiba bertukar pula jadi Presiden Beringin. Omgg. Macam tak percayalah, dah lah dulu Beringin 5 terkenal dengan penghuni yang nakal, selalu tak datang aktiviti kolej, roll call tuh memang muka kitorang belakang2, borak2, gossip and sometimes langsung tak datang rollcall. Tapi tak disangka-sangka dalam beratus orang penghuni kolej Beringin, Allah pilih dan tetapkan Lia jadi pemimpin Presiden kolej tersebut. So terus Beringin 5 bangga je tapi Lia minta tak diheboh2kan, but biasa lah mulut manusia heboh juga, hahaha. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut pasal kolej Beringin 5 boleh baca di : SINI & SINI :)
SEM 4 & SEM 5
Yeayyy dah masuk sem4 !! Dan untuk shortkan lagi entry Lia sekalikan cerita untuk Sem4 & Sem5 sekali. Alhamdulillah Lia teruskan lagi perjuangan Lia dan setiap sem memang parents hantar Lia ke UiTM, walaupon jauh tapi sanggup nak hantar demi lihat anaknya selamat sampai. Sem ni merupakan sem Lia jadi Presiden Kolej Beringin. Dan Lia dipindahkan ke Beringin 45 pulaaa. Kali ni 1 Beringin 5 orang. Bilik depan 2 orang, bilik belakang 3 orang. Meja study pon luas. Heaven uolls. Masa Lia sem 4, Lia jumpa dan kenal lagi ramai orang. Nak ceritakan pasal sem 4 ni memang banyak, dan rasanya Lia dulu pon pernah ceritakan juga. Takpelah teruskan membaca :D
REPOST ENTRY :---
Kawan-kawan selalu tanya Lia , macam mana Lia boleh jadi Presiden kolej Beringin. Macam mana mula-mulanya dilantik menjadi Presiden. So, for this entry, dengan hati yang ikhlas Lia akan cerita lah secara details macam mana kisah dulunya kan Lia boleh jadi. Hihi.
Alright. Here we go!
Actually, Lia takde niat pon untuk jadi Presiden. Ceritanya bermula pada satu malam, Lia, Zaidah dan Siti Aliah pergi ke rumah Beringin 45 (Rumah Presiden) untuk beli baju kompleks kolej Kesinai. Masa tengah tulis nama tu, ada sorang akak ni, dia yang approach kami untuk ajak jadi Jawatan Perwakilan Kolej (JPK) kolej Beringin. Then kitorang masa tu dah pening dah, mula la fikir nak jadi ke tak, kitorang bincang2 kitorang dulu, then akak tu meyakinkan kitorang yang jadi JPK ni best, banyak pengalaman, kalau ada news JPK yang akan tahu dulu and so on~ Muka masing2 teruja kejap. Hahah.
Then balik dari rumah 45, kitorang still bincang lagi, lama betul kitorang bincang. And at last, kitorang decide nak jadi JPK Beringin. Yeahhh esok harinya terus hantar borang maklumat diri. Hahah. (punyalah excited you know)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari seterusnya, kitorang di panggil untuk adakan meeting bersama dengan JPK lama, masa tu Presiden kak Akma. Dia lah yang banyak guide kami macam mana jadi JPK ni. Then masa meeting tu pulak dah diberitahu yang Lia dapat jawatan Biro Kebajikan, rumah 45.
Lia : ''Damn.. rumah 45?! Rumah Presiden tuh! Hish gila lah camni...takutnyaa'' (monolog dalaman)
Lia agak terkejut lah sebab next sem akan duduk serumah dengan Pres, Naib Pres, S/U and Bendahari (4 Majlis Tertinggi) Okay takpe la, habis je meeting tu, Siti Aliah bagi tau dia buat keputusan yang dia tak nak jadi JPK. Maka dengan itu tinggallah Lia and Zaidah. Apa-apa kerja kitorang selalu bersama and berdua. Sebab masa tu tak kenal lagi JPK lama. First event Lia and Zaidah kena buat ialah Dinner Kolej Beringin! Yeahh best gila masa tu, sebabnya first time kan menjalankan event yang besar and ramai2. Then kitorang ada buat bbq khas untuk JPK2 Beringin :)
NEXT
Masa dah akhir2 sem tuh, masa tu Lia sem 3, and dah nak start study week, Kak Akma panggil lagi buat meeting. Lia ada dapat dua mesej, 1st mesej dari Kak Akma katanya meeting jam 1030 mlm. Tiba2 Lia dapat lagi satu mesej number yang tak dikenali katanya meeting jam 930 malam. So Lia assume meeting start 930 mlm lah. Then Lia and Zaidah datang lah rumah 45 tepat 930 mlm. Kak Akma terkejut la sebabnya dia kata kenapa datang awal sangat? Then Lia pon bg tau la dapat msg kena dtg waktu ni.
Suddenly.........
Kak Akma dapat satu panggilan, kak Akma pandang Lia sambil bercakap dalam telefon, then habis je dari panggilan tu, kak Akma terus cakap dengan Lia.
''Lia cepat cepat pergi bilik MTK, sebab tadi NYDP MTK call akak yang Lia kena datang sana jam 930 mlm ni''
Lia dengan muka pelik and hairan... terus bangun and ajak Zaidah teman Lia sekali pergi bilik MTK. Kak Akma kata Lia sorang je kena pergi, Zaidah tak boleh teman.
Okay then, baru Lia faham, kenapa mesej yg number tak dikenali tadi tu hanya dapat kat Lia je and kata meeting 930 mlm, rupanya Lia kena pergi bilik MTK (Majlis Tertinggi Kolej) . Lia pon dengan rushing-nya terus ke bilik MTK dengan pakaian serabai je sebab tak tau apa-apa. Ya Allah. Masa tu hati berdebar-debar sebab Lia takut and tak pernah jejak kaki ke bilik MTK tuh.
Masuk je bilik MTK, tengok ramai gila orang. (ohh! malunyaaa!) Perasaan masa tu tak payah cakap la, speechless terus. And tiba2 ada suara lelaki yang duduk tengah2 di meja meeting tu kata ,
''Welcome President Beringin's College, sila ambil tempat duduk''
OH MY GOD!!!
Lia masa tu memang PELIK gila and tertanya2, what happened to me? Apa dah jadi?! (semangatnya aku cerita -.- ) But then, okay relax and cool, Lia pon senyum and buat biasa je ambil tempat duduk, masa dalam meeting tu, semuanya Presiden Kolej UiTM Perlis, and YDP MTK kata Lia dilantik untuk menjadi Presiden Beringin untuk dua sem. Oh damn. 2 semester?! Lia seriously tak tau apa2, jadi JPK pon dalam sebulan je lepas tu terus naik jadi Presiden. Siapa yang tak terkejutkan?
Habis je meeting di MTK, Lia terus text Zaidah tanya meeting di Kolej Beringin masih ada lagi ke? Sebab masa tu jam dah pukul 11 malam. (Lama beno meeting MTK tuh) Then Zaidah immediately replied to me kata terus datang rumah Pres, meeting still on. Lia pon rushing balik ke Kolej. Sampai je rumah Pres tengok dah ramai JPK tengah duduk sambil setiap orang pegang buku nota and pen. Then kak Akma sambut Lia dengan baik sekali sambil kata ''Tahniah Lia, sebab Lia akan jadi Presiden Kolej Beringin sem depan punya''. And semua clap hands. Oh my... Malu tak terkata. Huhu.
So dari situ la Lia menjadi Presiden kolej, and banyak sangat Lia kena belajar pasal selok belok kolej ni, peraturan kolej, and macam-macam lagi.
And at the same time, Lia adalah one of 'Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis'. Okay. Lia memang tak tau nak cakap apa, sebabnya before this tak pernah pon ambil tahu semua ni, and ilmu pon zero to zero. But then Alhamdulillah sekarang ni, yang Lia tengah type untuk entry ni, Lia dah tau tugas2 Presiden, and banyak dah ilmu yang Lia belajar, and Alhamdulillah Lia dapat Naib Presiden(Yuyu) yang banyak bantu Lia dalam susah senang Lia bekerja, dapat juga Setiausaha(Syuhai) yang rajin and Bendahari(Shira) yang boleh dipercayai. Alhamdulillah.
Seriously, apa yang terjadi pada diri Lia ada hikmah di sebaliknya, and now Lia dah rasa seronok jadi Presiden. Tapi sem ni iaitu sem 5 adalah sem akhir Lia pegang jawatan Pres. Sebab contract dah tamat. So untuk sem yang akhir ni, I will do my best for my college. Lia sayang kolej Beringin =]
-THE END-
Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Link di bawah ni :
SEM 6
Kisah sem 6 ni paling best . Sebab dekat UiTM Arau dah ada bestfriend gittew . Korang pon mesti tahu and kenalkan . Bestfriend Lia ni business partner Lia . Everything kitorang buat mesti semua sama . Siapa lagi kalau bukan Shafahida . So masa sem 6 ni Lia masih ingat lagi , Lia dgn Ida ambil keputusan nak duduk rumah sewa . So lepas dah betul2 decide tu and Alhamdulillah kitorang dapat rumah sewa yang baru dan cantik . Semua meja , almari , katil tak usik lagi . Kitorang penghuni pertama dekat rumah tu . Kawasan strategik dekat dengan pintu gate A . Bila dah duduk rumah sewa ni lagi heaven la kan . Tak ada peraturan kolej dan sebagainya . Balik rumah pukul 1 pagi pon tak ada masalah . Hehe . Kebetulan pula Ida bawa kereta jadi lagi senang pergerakan kitorang nak ke mana-mana . Setiap hari pergi kelas , balik kelas , makan , bersukan , shopping , business , semuanya nak buat sama-sama . Ya Allah memang best tau and tak ada langsung rasa bosan . Sebab tu bila ada bestfriend ni hidup pon rasa lebih ceriaaaa . Hehe . Lia masih ingat lagi susah senang lia dengan ida kitorang tempuhi sama-sama . Anyway , terima kasih Ida sebab selalu teman Lia , bagi semangat kat Lia , you are the best dear !!! And now .. kitorang masih lagi bersama .. Hehe :)
27 November 2013
Perjalanan hidup bermula
Setelah sekian lama aku menyendiri , akhirnya aku bangkit kembali , dengan penuh kekuatan dan semangat hidup baru , untuk aku teruskan hidup aku , hingga tiba masanya untuk aku kembali kepadaNya . Ya Allah , betapa besarnya Ujian yang engkau berikan kepadaku , aku percaya , setiap ujian ada hikmah di sebalik apa yang berlaku , memang , aku rancang , Allah juga merancang , tetapi ingatlah , Allah sebaik-baik perancang . Dulu , aku plan itu dan ini bersama si dia , tetapi kini hanyalah tinggal angan-angan sahaja , dulu aku berjanji sana dan sini ingin bersamanya , tetapi itu semua hanya dalam mimpi aku sahaja , kerana , dia telah pun pergi dari hidup aku. Setiap manusia yang aku jumpa , setiap manusia yang aku rapat , setiap manusia yang aku pernah lalui suka duka bersama , semua itu Allah hanya pinjamkan kepadaku sekejap saja , dan aku harus lalui peritnya dan sakitnya keseorangan apabila ditinggalkan oleh orang yang aku betul-betul sayang , betul-betul percaya , betul-betul ikhlas , betul-betul sudah berikan sepenuh hatiku pada dia . Aku rasa. Seolah-oleh , aku dah buat jahat sangat pada dia , seolah-oleh aku seorang yang terlalu kejam , seolah-olah aku ini adalah orang yang paling teruk . Apalah salahku ? Apalah yang dia mahukan ? Ya Allah , aku hanya mampu bersabar dan terus kuat bersabar , aku percaya , Allah sentiasa bersamaku , ketika aku senang dan susah , Dialah yang Maha Penyayang , Allah sayangkan aku , sebab itu Dia berikan banyak ujian padaku . Teruskan berfikiran positif , positif dan positif , InsyaAllah hidup aku akan kembali seperti sediakala . Aku akan terus berdoa , untuk kebahagiaan diriku , keluargaku , sahabat-sahabatku serta si dia juga . Akhir kataku , jika ada jodoh , pasti kita akan jumpa kembali. Terima kasih atas segala-galanya , tunjuk ajar , makan minum dan kasih sayang yang tidak ternilai itu :) Semoga Allah merahmati kamu . Amin .
-LiaOmey-
26 October 2013
Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 Launch
Alhamdulillah , I had a great event on 23rd October 2013 which is I need to attend Agenda Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 Launch at Galactic Laser , Mid valley Megamall.
Thank you to Blooggers Dot Com that invited me to this event , this is the 2nd time event that I joined with them, and this is really great experienced that I have learnt alot about Trend Micro and the first time I played Laser Tag challenge. For those who get the highest point in Laser Tag will get the great prize Samsung Galaxy Tab3 if im not mistaken , and the lucky draw also got Samsung Galaxy Tab, I didnt remembered the real prize but whatever it is really worth and awesome ! Awwwww xD
About Trend Micro , Trend Micro Incorporated a global leader in security software, strives to make the world safe for exchanging digital information. The Consumer Business Vision by Terrence Tang , The Senior Director of Consumer Business and Product Presentation by Andrew Tan , Product Marketing Manager( Consumer ) officially launch Micro Trend , fyi readers , Micro Trend Titanium offers the broadest combination of privacy and Web Threat protections , such as Facebook , Google+ and Twitter across PCs and Macs among 31 security products reviewed . Thus , this will ensure that consumers share their information only among those they know. Because right now we can see that through Technology there always that have online financial frauds, identity thefts and loss of data , where cyber criminals leverage readily available personal information for their own gain, so that's why they launch Micro Trend to solve the riddle of social network privacy settings such as I said it just now. Wow ! It's great right? :)
This is the Trend Micro Titanium features :
Anyway , I want to thank to all my friends especially Blooggers Dot Com for this special event !! Thanks invite , you guys are sporting , talkative , supportive, yeah very awesome !! :) Hope that we can gather again like this and have fun !! Alot :D THANKS !!
![]() |
| Official Launch Trend Micro Titanium |
Thank you to Blooggers Dot Com that invited me to this event , this is the 2nd time event that I joined with them, and this is really great experienced that I have learnt alot about Trend Micro and the first time I played Laser Tag challenge. For those who get the highest point in Laser Tag will get the great prize Samsung Galaxy Tab3 if im not mistaken , and the lucky draw also got Samsung Galaxy Tab, I didnt remembered the real prize but whatever it is really worth and awesome ! Awwwww xD
![]() |
| Talk about Trend Micro |
About Trend Micro , Trend Micro Incorporated a global leader in security software, strives to make the world safe for exchanging digital information. The Consumer Business Vision by Terrence Tang , The Senior Director of Consumer Business and Product Presentation by Andrew Tan , Product Marketing Manager( Consumer ) officially launch Micro Trend , fyi readers , Micro Trend Titanium offers the broadest combination of privacy and Web Threat protections , such as Facebook , Google+ and Twitter across PCs and Macs among 31 security products reviewed . Thus , this will ensure that consumers share their information only among those they know. Because right now we can see that through Technology there always that have online financial frauds, identity thefts and loss of data , where cyber criminals leverage readily available personal information for their own gain, so that's why they launch Micro Trend to solve the riddle of social network privacy settings such as I said it just now. Wow ! It's great right? :)
This is the Trend Micro Titanium features :
- Social networking security , newly extended to Google+ , Twitter and Facebook
- Trend Micro DirectPass password management system that help you maintain passwords and securely log on to websites
- Trend Micro Online Guardian and parental controls to monitor kids on social networks and online activities
- Set-and-forget security
- Extended protection for up to multiple devices , its available to laptops , smartphones and tablets , running on Android , Mac or Windows
![]() | |
| Thanks Syukur Alhamdulillah :) |
![]() |
| Laser Tag ! Piungg piunggg xD |
![]() |
| Team Blooggers Dot Com !! Yeahhh roxx :D |
21 October 2013
Jom install CELLADS !!!
Mungkin masih ramai lagi yang tak tahu mengenai application CELLADS untuk pengguna smartphone . Dan sudah pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu CELLADS?
CELLADS adalah aplikasi mudah alih dan penyelesaian pengiklanan kandungan mudah alih, yang boleh digunakan pada peranti mudah alih pintar. CELLADS adalah penyelesaian yang unik , maksudnya ia menawarkan sesuatu jenama baru iklan yang direka kreativiti iklan pada gambar visual digital atau bentuk grafik dan dihantar terus kepada pelanggan telefon bimbit, apabila terdapat panggilan masuk atau mesej yang masuk.
Dengan app CELLADS , korang hanya perlu kumpul " POINT BONUS ( ADS.POINT )" apabila menerima panggilan atau SMS / MMS. Dengan setiap panggilan atau SMS / MMS, sebuah laman pengiklanan akan muncul di skrin telefon pintar korang, then korang akan terima ADS.POINT untuk setiap iklan yang muncul di skrin telefon pintar & menikmati iklan yang menarik dan kreatif.
Then , bila points korang dah banyak , keistimewaan CELLADS ni ialah korang akan dpt tebus voucher percuma. Percaya tak? Ada voucher KFC, McD, Pizza Hut, Top Up, GSC voucher dan juga AEON voucher. Memang free and best !! Belum lagi korang invite kawan Install CELLADS . If korang invite kawan , (sebab dalam tu nanti memang boleh invite kawan/ saudaramara/ sesiapa saja yang ada smartphone) , korang akan dapat 200 points ! Memang banyak lah kan. Cuba buat sikit calculation dalam family korang, let say family korang 7 orang , semua pengguna smartphone , korang invite dorang , serta merta korang dapat 1400 points . Pergh senang je kan?
Okay selamat mencuba ! Jom sama2 kita kumpul point banyak2 then redeem GSC Voucher !!! Hehe :)
CELLADS TERBAIK !!!
CELLADS adalah aplikasi mudah alih dan penyelesaian pengiklanan kandungan mudah alih, yang boleh digunakan pada peranti mudah alih pintar. CELLADS adalah penyelesaian yang unik , maksudnya ia menawarkan sesuatu jenama baru iklan yang direka kreativiti iklan pada gambar visual digital atau bentuk grafik dan dihantar terus kepada pelanggan telefon bimbit, apabila terdapat panggilan masuk atau mesej yang masuk.
Dengan app CELLADS , korang hanya perlu kumpul " POINT BONUS ( ADS.POINT )" apabila menerima panggilan atau SMS / MMS. Dengan setiap panggilan atau SMS / MMS, sebuah laman pengiklanan akan muncul di skrin telefon pintar korang, then korang akan terima ADS.POINT untuk setiap iklan yang muncul di skrin telefon pintar & menikmati iklan yang menarik dan kreatif.
Then , bila points korang dah banyak , keistimewaan CELLADS ni ialah korang akan dpt tebus voucher percuma. Percaya tak? Ada voucher KFC, McD, Pizza Hut, Top Up, GSC voucher dan juga AEON voucher. Memang free and best !! Belum lagi korang invite kawan Install CELLADS . If korang invite kawan , (sebab dalam tu nanti memang boleh invite kawan/ saudaramara/ sesiapa saja yang ada smartphone) , korang akan dapat 200 points ! Memang banyak lah kan. Cuba buat sikit calculation dalam family korang, let say family korang 7 orang , semua pengguna smartphone , korang invite dorang , serta merta korang dapat 1400 points . Pergh senang je kan?
Bila points dah banyak, korang redeem je lah. Nak topup atau nak voucher. Kalau topup akan masuk dalam 24 jam
dan voucher dalam 3-5 hari bekerja.
Cara nak redeem, senang je. Pergi ke :
Redeem Ads points — pilih jenis redemption — pilih jenis baucer — masukkan code (code ada di sebelah jenis redemption) — Then , SUBMIT!
Di bawah ni ada sedikit review korang boleh tengok . Kalau tak faham boleh tanya , komen je kat kotak bawah tu ek :)
Okay selamat mencuba ! Jom sama2 kita kumpul point banyak2 then redeem GSC Voucher !!! Hehe :)
CELLADS TERBAIK !!!
20 October 2013
Jamah Raya Era Kfc
Psst~ Post entry ni dah lama , tapi baru sekarang dapat publish. Hehe.
Hye everyone !!
Alhamdulillah , sekarang ni dah masuk 30 Ogos 2013 , esok dah MERDEKA !! Hehe . Cepatkan masa berlaluuuu ? Btw , dah lama Lia tak update blog , because busy with project , tests , quizzes . Fuhhhh . Boleh tahan juga kan .
Anyway , for this post , actually , nak story about raya minggu ke 2 hari tu , hehe . Tau tak tau tak . Lia menang pertandingan untuk jamah raya era kfc !!! Korang pernah dengar tak ? Lolx . Huhu . Alhamdulillah , tak sangka sangat boleh terpilih dari beratus-ratus orang yang join kan , hanya 10 pemenang saja yang dorang selected . Hehe .
So .. masa hari kejadian , seriously , macam tak percaya je jumpa penyampai radio Era and skuad Era . Konvoi datang ramai-ramai pula tuu . :D Then Lia pula ditemani oleh kawan2 Lia , ofcourse Ida wajib ada, then Wawa and Nassif(boss) hehe . Masa time tu , rasa diri Lia ni dah macam permaisuri kott . *Woot wooot* , memang tak percaya la semua tu berlakukan . Dapat cipta kenangan yang saaaangat sweet with them untuk tahun 2013 !!
At the same time, I've got many present from Era, nanti korang tengok je la gambar2 ..hehe .. Yang penting duit raya tuh !! Hehe~ Anyway, I wanna say thanks alot to my friends especially , sebab sanggup korbankan masa , duit , tenaga diorang just wanna follow me to KL~ THANKS !!
Hye everyone !!
![]() |
| See my name !! Nur Aliah Binti Mohd Nor :') |
Alhamdulillah , sekarang ni dah masuk 30 Ogos 2013 , esok dah MERDEKA !! Hehe . Cepatkan masa berlaluuuu ? Btw , dah lama Lia tak update blog , because busy with project , tests , quizzes . Fuhhhh . Boleh tahan juga kan .
Anyway , for this post , actually , nak story about raya minggu ke 2 hari tu , hehe . Tau tak tau tak . Lia menang pertandingan untuk jamah raya era kfc !!! Korang pernah dengar tak ? Lolx . Huhu . Alhamdulillah , tak sangka sangat boleh terpilih dari beratus-ratus orang yang join kan , hanya 10 pemenang saja yang dorang selected . Hehe .
So .. masa hari kejadian , seriously , macam tak percaya je jumpa penyampai radio Era and skuad Era . Konvoi datang ramai-ramai pula tuu . :D Then Lia pula ditemani oleh kawan2 Lia , ofcourse Ida wajib ada, then Wawa and Nassif(boss) hehe . Masa time tu , rasa diri Lia ni dah macam permaisuri kott . *Woot wooot* , memang tak percaya la semua tu berlakukan . Dapat cipta kenangan yang saaaangat sweet with them untuk tahun 2013 !!
At the same time, I've got many present from Era, nanti korang tengok je la gambar2 ..hehe .. Yang penting duit raya tuh !! Hehe~ Anyway, I wanna say thanks alot to my friends especially , sebab sanggup korbankan masa , duit , tenaga diorang just wanna follow me to KL~ THANKS !!
![]() |
| My bestie forever~ |
![]() |
| Ida Lia Wawa |
![]() |
| With jejaka tampan dan segak gituh ! |
![]() |
| Alhamdulillah , rezeki :) |
Subscribe to:
Posts (Atom)













































