29 March 2011

Minggu HANTU ke?

Assalamualaikumm

Eh eh tengok lah title Lia tuh, pernah ke dengar minggu hantu? haha! Pelik tak pelik? Takpe... Kita layan jek ye. Zassss~ Okay okay, nak dijadikan cerita, pada satu hari ni, jeng jeng jeng...

Siti Alia: Kau nak cheezy wedges takk? nak mai bilik aku

Okay then terus capai handphone Nokia Express Music and kunci bilik berlari-lari macam orang kebuluran Lia pergi bilik kawan Lia tuh because dah lapaq gila masa tu! Alright and then, tengok dia sorang je dalam bilik jadi Lia pon ambil keputusan study Economics kat bilik dia sambil tengok cerita 3 Idiots, hehe. Layan lagiii. Lepas tuh kitorang lepak-ing sampai ke malam, habis je study eco kitorang or lebih jujur lagi Lia lah mencadangkan and ajak dia tengok movie. Perghh! Nak pilih movie pon susah okayy, because banyak sangat cerita best-best. Hehe. Last-last kitorang pilih cerita HANTU. Pernah dengar tak, cerita Pocong Kamar Sebelah? Ok tak pernah? Takpe. Toksah tengok lah yek . Huuhuu~




............................................................................



Cerita tu boleh tahan jugak seram~ tapi kantoi kitorang sama-sama takut tengok cerita tuh. Kwn Lia ni dok belagak pulak kata tak takut tengok cerita hantu . LOLX! kidding weh! Hakhak! Bila cerita tuh habis je, kitorang masih lagi terbayang-bayangkan pocong tuh, and secara tak langsung kitorang move on tengok movie lain pulak, hehe. Kali ni movie 'What a girl wants'. Kononnya nak tengok because nak hilangkan rasa takut yang tiba-tiba menghantui diri ini. So layan cerita contra pulakkan? Barulah neutral balik, ye dak? Hehe. So as the conclusion movie tuh memang best, and lawak sangat-sangat. :D Alhamdulillah lepas tengok movie tu terus boleh lupa pasal pocong tuh. Geeez :D






Keesokkan harinya...


Lia pergi lunch bersama dengan Zaidah, Siti Alia and Sherry. Tengah kitorang dok berselera makan tuh , kecuali Sherry dia cuma minum air je, dia pon mula la buka topik cerita pasal hantu . Lia pon dah pelik awat tiba2 cerita pasai hantu ni? tak pernah2 rasanya topik pasal hantu . Huhu. Takpa2, Lia pon kusyuk je dengar dia bercerita~ Layan lagiiii yek. Hakhak! Dia cerita pasal 8 orang budak lelaki students UiTM Shah Alam sewa rumah cuma bayar rm50 je, and 8 orang tu jugak kena kacau dengan hantu . Mak aihh, toksah dok cakap lah, dengar dia cerita je dah seram sejuk Lia. (FYI, Lia tengah type pada waktu 2.15am, seramnya!) Then dalam bilik study pulak, Sherry semangat pergi tunjuk kat Lia yang dia baca cerita hantu ni. Lia pon kusyuk la baca cerita tuh sampai habis. Hah sapa-sapa kat luar sana yang teringin nak baca and berani baca waktu malam , meh bukak web ni Cerita Rumah Sewa . Panjang ceritanya, so kena ambil masa. It's okay, take a break with kitkat! =D



........................................................................



Thenn, semalam, iaitu hari isnin lah waktu Economics, petang, Lia and the geng iaitu Sherry, Fairus and Zaidah kitorang biasa duduk sebaris dalam class, tengah kusyuk belajar Eco yang diajar oleh Lecturer En Nik,

tiba-tiba...

Masa kitorang sibuk menyalin graph yang dia suruh salin kat whiteboard tu, dia ada cakap, dulu, jeng jeng jeng... *sound menakutkan...dengan bunyi guruh and kilatnya kat luar bilik kuliah. Okay continue, dulu dia selalu datang ke office(UiTM) waktu malam-malam, then dia dengar cerita yang pak guard kot nampak kat 1 bilik ni tingkap terbuka, and nampak kaki terkeluar dari tingkat tu, tapi tak jatuh lah, bila pak guard naik atas menuju ke bilik tuh, dia masuk dalam tengok takde orang pon, aikk? Pelikkan? Hmm...and then start from that En Nik ni dah tak berani lagi nak pergi office malam-malam kerana ketakutan. Lolx! Kitorang kusyuk mendengar dia bercerita, lepas tuh boleh pulak dia cerita pasal anak-anak dia selalu tengok cerita hantu hari khamis malam kat TV3, adakan? Oh sumpaa Lia tak suka tv3 kalau dah tunjuk iklan hantu ni, cepat-cepat alihkan siaran, tapi masa nak tukar siaran tv remote control pulak buat hal menghilang ke mana entah, terus Lia berlari-lari naik bilik , dah 5 minute kemudian baru terpacak depan tv balik. Hehe. Okay sambung cerita En Nik, anak-anak dia kalau nak p toilet pon kena masuk sampai 2 orang because ketakutan , lolx! Di situ agak lawak pulak yek. Comel je bila terbayangkan anak-anak dia. Hehe. Then dia cerita lagi dengan tanya 1 soalan untuk menarik perhatian students mendengar cerita dia (masa ni Lia 100% hilang mengantuk) kalau tak, mata dah kuyu macam nak tidoq je dalam class tuh.

'korang pernah tengok pontianak tak? dengan rambut panjang, gigi taring...?'

students semua hanya mampu geleng-gelengkan kepala termasuk Lia. En Nik kata sebenarnya kalau pontianak nampak kita, dia yang akan lari dulu, tapi ini tak, manusia nampak pontianak, manusia yang lari dulu. Lol! Sama-sama lari then bertembung balik, sebab tuh rasa macam pontianak ikut kita, tak gituh ke? So nasihat en Nik kalau nampak hantu ke, toksah dok takut, tengok je dia, nanti dia yang akan lari. HAHA! Semua dalam class gelak habis dengar dia cerita~ Pape pon kitorang semua layan je la kan?



So itu je la Lia nak cerita, Lia actually nak bagitau, kenapa ek? Since start Lia tengok movie hantu dengan Siti terus Lia dengar macam-macam cerita hantu dari orang. Aiyaaaa. Gua tarak faham maa~


ps~ masa otw pergi class bel, fai and sherry cerita pasal hannnntu jek, Lia langsung tak menyampuk coz macam pelik jek. Keliling dok cerita pasal ni. Hmm... persoalannya, kenapa kena jadi mcm ni ek? Haishh =|

27 March 2011

Tempat yang aku rinduuuu sangat2!

Assalamualaikum kepada semua bloggers yang berada di utara, selatan, timur dan barat. Harap anda semua sihat sejahteraaa. (Ini 1 doa untuk ampa semua)

Okayy, for your information, exam final Lia tinggal LAGIIIII 1..2..3...4....5....24 DAYS MORE!!! Wow! Time goes faster! So means that about 2 weeks more je Lia kena p kuliah and tutorial class. But then now banyak betul quizzes, tests, assignments yang perlu d settle kan before final exam. Ahah, am i ready for all that ? Totally... NOPE! And sempat lagi untuk berbloggin ni kan? Heh. Actually, this post, Lia nak bagitau tempat-tempat yang Lia rinduu sangat-sangatlah! Haihh.. alangkah best-nya kalau ada kuasa teleport kan kan? Bila-bila masa je Lia boleh pergi tempat-tempat yang Lia suka. Ehem.. Apakah tempat-tempat tu yee? Hehe.

Jaya Jusco!

Okayy, sumpah Lia terkejut masa balik KL hari tuh pergi JJ tengok banyak sangat dah berubah! *Excited! Warna warni gituh! Hehe. Kesiankan Lia tengok JJ jakun semacam pulak, yela dah lamaa gila tak p sana. And tadi, terrrbuka blog kawan sek lama Lia, Kyoko bukan nama sebenar, dia letak gambar wajah baru JJ , tapi tak banyak pon . Takpe, nanti biar cheq p JJ and snap pic kat sana banyak-banyak naah? Ahakz!



JJ view night

Colourfull :D

Wangsa Walk Mall!

Yeah... Tempat yang digemari oleh orang ramai sekarang ni, awatnyaa? Kat WWM bukannya ada apa-apa pon. Tapi every time Lia p sana, asek ramai jek, sampai nak park kereta pon kena kat luar dr area wwm tuh, penat nowh nak berjalan masuk, (exercise sikit Lia!). Emm... Let me guess, agaknya orang suka pergi sana because ada wayang? Bowling? Games? and ada banyak tempat untuk lepak-ing? MAYBE?! Iye lah kot. Memang itu pon tujuan orang pergi wwm. So, same like me! Lia pergi wwm tak lain tak bukan pergi tengok wayang lah~ Ialah dah dekat gileee dengan rumahkan? 10 mint je dah sampai kalau naik keretalah, kalau naik bot mau sejam baru sampai, hah kalau ampa naik jet toksah cakap lah, baru je nak duduk kat kusi dalam jet tuh tiba2 pintu dah terbuka kata dah sampai, 0.1 saat la kot? Teeettt ! STOP nonsense Lia. Okay okay! Anyway , I truly MISS wwm so much! Hikhik :)


Entrance WWM

Couple seat tgv wwm. Gila bestkan? Selesa :D

Mid Valley!

Ahaaa . Tempat Lia selalu p date dengan si dia . Ehem! Kenapa pilih tempat yang jauh? Oh sebabnya kalau date kat tempat jauh, takde siapa kenal kita, hehehe! Kalau Lia date kat wwm tuh, memang akan ada je mata-mata yang gatai pandang kitorang, hishh. Tak selesa pluss semak rimass rasaa. Hoho . Lagi pon , Mid Valley terlalu banyak sangat kenangan kitorang bersama. Really! Besides, tambah best lagi because ada Redbox! Melalak habis-habisan. Heee. And ada 1 tempat untuk kitorang ambil angin iaitu kat atas sekali bangunan The Gardens, tempat tuh boleh nampak view KL, seriously memang cantik sangat tau! And boleh nampak jugak Universiti Malaya tempat special boy ku belajar. Hikhik! Okay, Lia dah tak sabarrr nak g sana lagi! TAK SABAR NAK BALIK KL! tskk tskkk =(


The Gardens

Mid Valley



And banyak lagi tempat-tempat yang Lia rinduu jugak! Such as KLCC, Sunway Pyramid and SOGO! Okayy enoughh! Lagi banyak Lia tulis, lagi bertambah rindu Lia nak balik KL! Seriously =( Hmm...cepatlah masaaaaaaa!

Anyway, nak FOCUS study duluu. Tapi confirm terbayang2 Lia jalan-jalan kat tempat yang Lia dah rindu gilaa ni. Haish~ Sabo je lah.

Itu saja kot? Huhu. Okay then, see you later. Bye bye! Take care ^^

20 March 2011

You are WELCOME to come UiTM Arau Dato' Sahol =]


Assalamualaikumm :)

Hari ni hari ahad . So takde apa sangat nak buat , ada masa ni update blog lagi :) hehe . Btw , Lia nak cerita kenangan students UiTM Arau bersama dengan Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar . (Ce cter ce cter!)

Pada tanggal 19/3/2011 , (acecehh) , kolej DahLIA asek bagi announcement kata~

'Assalamualaikum, perhatian kpd kolej dahlia1 , anda dikehendaki turun ke lobi utk mengambil makanan dan terus gerak bersama2 ke sport com...'

Lia pon bergegas mencapai henset and terus..tit tit tit.. type message kepada kawan Lia , Jabariah (bukan nama sebenar) and kata nak gerak pukul berapa. Then kawan Lia datang bilik and kitorang bincang2 nak gerak sekali ke tak, because masa tu pon mood malas membuak-buak kata takmo pergi sana , dah la jauh beribu2 batu , nak kena naik tangga bt caves lagi , merentasi lecak-lecak yang kotor tu , berenang sampai merentasi laut China Selatan and teetttt! Enough. Itu semua mengarut . hakhak! Okay then , kitorang apply menggunakan cara POLC. Apakah itu? Planning , Organizing, Leading, Controlling. Kitorang plan nak pergi sport com lepas maghrib . Perghh. Selamber gilakan? Yela , ada Lia memang selamber habislah~ Tayah takut. Risiko semua dibawah tanggungan Lia . Acecehh! And then organise macam mana kitorang nk pastikan JPK taktau kitorang ada dalam bilik, and macam mana kitorang nak gerak malam tuh . Hehe . Leader tu Lia lahkan~ and Alhamdulillah semuanya terkawal, ha tu masuk under controlling . (Suda masuk ke business maaa~)

Sampai je kitorang kat sport com malam tu, dalam jam 9pm , baru majlis nak start. (Apekah yang mereka semua buat yang datang dr jam 6ptg tuh?) And kitorang duduk kat atas bukit, so view boleh nampak semua orang kt bawah tuh dengan melihat pelbagai pakaian yang seragam dalam perbarisan , mengikut kolej masing2 . And yeah ! Lia for sure support koleh DahLIA 1~ hehe! After pertunjukan tuh , perasmian penutupan SUKOL (Sukan diantara kolej2) oleh Dato' Sahol . Masa tu pulak ada show askar, diorang masuk ke padang secara mengejut ikut dari belakang, Lia nampak coz Lia dok atas boleh nampak semuanya (don't double thinking) , and bunyi meletup2 macam kena perang gituh lah, sounds like BOM! and ada api dengan asap yang terbakar entah apa motif diorang buat camtu pon Lia taktau , then masa tu Dato' Sahol merasmikannya~

Nextt, sessi bersama dengan Dato' Sahol, masa tuh Lia dah turun bawah ke padang coz semua kena berkumpul and duduk di padang (tak dapat nak sertakan gambar coz tak masukkan gambar dalam lappy lagi) , masa tu lah students boleh tanya soalan kepada Dato' , or meluahkan perasaan tak puas hati ke , or memberikan cadangan kepada Dato' and minta request dengan Dato', senang citer, semuanya boleh lah as long kalau students tu berani bangun and bercakap . But then , wow! Unexpected , ramai jugak yang berani bangun and bertanya kepada Dato' di hadapan orang ramai , bagus bagus! Berani kan? Macam2 yang mereka tanya/request, yang Lia ingat diantara

1)pasang banyak lagi lampu2 di UiTM Arau coz agak gelap pada waktu malam
2)Improvekan lagi lampu2 di dalam dewan Semarak
3)perbesarkan lagi jalan2 di UiTM Arau and buat jalan 2 hala untuk memudahkan students NR bawa kereta
4)membenarkan taxi untuk masuk ke dalam UiTM Arau
5)bina swimming pool utk kesenangan students sport rec
6)harga makanan di dining mahasiswi agak mahal and minta beliau membuat tindakan
7)harga barang kedai runcit di anjung siswa agak mahal kalau nak compared beli dekat luar.
8)cara untuk improve-kan lagi english didalam UiTM Arau
9)macam mana Dato' jumpa wife Dato' (ahakz! Soalan tak boleh blaa...)

DLL

So , as the conclusion , Dato banyak memberikan jawapan yang positive and kata okay , boleh untuk setiap soalan yang ditanyakan oleh students . Wow . Thanks so much Dato'. Harap2 lepas ni UiTM Arau yang terchennta ni akan lebih maju and selesa , InsyaAllah :)

At last , sessi bergambar bersama dengan Dato', lepas tuh sessi bersalaman dengan Dato' , and Lia sempat and dapat shake hands with him! WOW! Rasa aura dia tuh , hehe . Beliau sempat lagi berkata pada Lia 'blaja rajin2'. Kata2 beliau membuatkan Lia rasa SEMANGAT untuk belajar and sayangkan UiTM Arau . HIKHIK!



..........................................


Majlis selesai dengan gembiranya and semuanya berjalan dengan lancar . Apa yang penting? I got sticker college! Kaler silver lagi tuhh ! Hehe =3 InsyaAllah next sem nak duduk kat kolej lagiiiii! Heeeeeeeeee! =D balik bilik tuh , terus on MukaBuku , and post wall kat Dato' kita tuh . Aceewahh~ and agak terkejut , Dato' reply my wall . Heeeee! Suka3! ^___^








ps~ actually , banyak lagi nak cerita , and banyak lagi gambar nak upload , tapi tak sempat pulak . Aiseyhh . Sorry . Have a nice day =] Salam~

19 March 2011

Jumpa soalan yang funny!

Klik utk besarkan gambar ni

Baru-baru ni , kawan Lia , namanya zaidah n siti aliah rajin betul buat assignment BEL260 guna myline punya web . Diorang dok jawab soalan , then terjumpa pulak 1 soalan yang funny , question no 44, hehe ! Sound animal ! So masing2 dok buat bunyik sound animals , Siti Aliah buat bunyi monkey , 'ukk ukkk' . TEEETTTT . Salah . Bukan dia yang buat . Tapi...HAHAHA. Adalah orang tuh , tapi dia buat sangat menjadi and diorang gelak gila-gila . Aiyo . Kesian kat dia tau , punya semangat nak jawab question tu sampai ter-excited untuk bunyikan suara monkeyy . Hakhak! Cilake betul . Hilang mengantuk korang eyy ? cissss . >_<


ps~ terbenti setakat tu jek . NO IDEA ? No comment ~_~ (tengah tahan gelak coz teringat waktu tuh, gelak tak hingat dunia!) haha !

HOMESICK!

Salam ,

Baru-baru ni , iaitu pada tarikh 10/3/2011 , khamis , telah mencatat rekod iaitu class ACD2Da seramai 10+ out of 30 tak pergi class . Wooo . Sebab apakah ? :O

HAHA ! Sebab semuanya homesick ! 10+ kepala tu semua nak balik rumah sampai sanggup kot tak p class semata-mata nak balik awai . Bagus kan ? Hehe . Ala , takpe , sekali sekala (yolah tuh!) . Hehe . Actually , ketua kepala ni start-nya dari Lia lah . Hoho ! Before minggu nak balik tuh , Lia dok bising kat class ajak balik coz Lia nak balik pon sebab ada kenduri kakak Lia tuh , so pakat ramai2 balik sekali . Hehe . Tup tap tup tap , terkejut jugak , memang ramai betul nak balik waktu tuh . Heee . Lia ajak pon coz kononnya ada geng lah kan nak balik . Hehe . Lagi pon , tengok muka-muka diorang semua excited nak balik rumah nak jumpa mak abah . Kankan ? Heee . Btw , kitorang cuma ponteng class statistics, akaun and business, haish , pelik lak dengar word 'ponteng' , first time nih , HOHO ! (tipu) Balik hari khamis pon coz hari jumaat takde apa , so seboleh2 nya nak lagi awal la kan . Hehe . Mai tengok nih kehadiran yang hadir pada 10/3/11.


Terbaekk punyaa~ haha !


ps~ TH = Tidak Hadir :)

18 March 2011

Hafa FoodCourt


Assalamualaikum :)

Entry kali ni , Lia nak citaq sikit pasai Hafa FoodCourt

Ehh . Sebelum tuh , mesti pembaca tertanya-tanya , apakah itu Hafa FoodCourt ? Mesti tak pernah dengarkan ? EXCEPT untuk students yang belajar dekat UiTM Arau . Alright , fyi , dah nampak perkataan food court tu so mesti dah tau en itu apa ? Itu lah tempat kitorang untuk mengenyangkan perut . Hehe . So apa kehel-nya Lia nak citaq pasai Hafa nih ?

Emmm... Actually , bukan nak kata apa lah , kat Hafa ni makanan semua OKAY aje , cumanya yang kitorang agak kurang suka, (kitorang tu refer tu Mahasiswi coz Hafa untuk kolej perempuan sajee) kurang suka apa ? ehh bukan kurang dah , tapi MEMANG tak suka betul kalau dah masuk bab harga nih . Cerewet kan mahasiswi kat kolej Dahlia 1 n 2 nih ? Hehe ! Lia salu p Hafa time lunch je , okay , salu Lia amek nasik , tu pon sikit jek , tak leh nak amek nasi banyak coz effect lepas tuh Lia mesti mengantuk . Lol ! Dah amek nasi , lauk salunya Lia letak kuah yang merah2 semua Lia amek , kononnya nak pedas , tapi tak pedas ponn =.=' sambal belacan pon dah dikira sebagai kuah okayyy . Baguskan ? Hehe . And then amek 1 ketul ayam n sayur sikit . So kalau korang dapat imagine kat nasi Lia da jadi kaler merah and ada ayam + sayur . Pastu , kena pulak beratur panjanggg... Hah! Nanti musim exam lagi lah , beratur sampai nak ke counter pon dah mengambil masa 1/2 jam . Lama tak lama ? hehh -.- yelah , counter bukak 1 je pon . Apa lah salahnya bukak 2 counter , (itu pon kenkadang jek) . Okay2 , sudah . Patah balik ke topik asal , nak citer harga makanan yang Lia ambek tuh , alahai , makcik Hafa ni salu main bantai je bagi harga kat makanan yang kitorang ambek tuh , Lia salu terkena dalam rm3.80 , rm4.00 etc . EH EH jangan lah compared kan harga dengan KL yee . Ni Lia kat PerrrLiss . Salu makanan macam Lia amek tuh kena harga rm3.50 je , or rm3.00 . Haish . MAKANAN HAFA MEMANG MAHAL~


Next , one time ni , Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ada jumpa mahasiswi kolej dahlia jam 11pm , and adalah mereka merepek2 malam tuh , then , ada sorang minah ni , Limah (bukan nama sebenar) menanyakan soalan kepada MPP tentang harga makanan di HAFA terlalu mahal . So depa dok bincang2lah pasai macam mana nak turunkan harga makanan kat HAFA . SO , the next day tuh , Lia macam biasa p turun HAFA (lunch time) and ambek nasi and lauk seperti yang dah diberitahu tuh , beratur pon dah tak panjang , then tiba je kat counter , makcik HAFA tanya

'Ni ayam kan ? ayam je ke ?'

'ni ada sayur sekali...' (banyak soal pulak) ; monolog dalaman

'ohh..okay, rm3.50'

Lia~ tersenyum lebar ^________________^ lolx !

Hah ! See , tiba2 jadi murah pulak , yang kawan Lia pulak , makcik HAFA tu tanya , taknak ambek ikan ke ? Ikan lima posen jekk . HAHA ! I wonder , why she said like that ? EHE ! Ni mesti MPP dah buat tindakan kann ? wow . Great~

THANKS TO MPP . HAFA dah semakin OK sedikit . heee ;)



Tempat jual2 air

ps~ air kegemaran Lia kat HAFA air bandung tak pon teh ais :D

15 March 2011

Final Exam~

Just nak bagi tau yang final exam Lia dah nak dekat .
Pertengahan bulan 4 dah start exam . SO
lia mungkin akan jarang update blog or mungkin blog ni akan tergendala buat sementara waktu ni.
And Lia deactivate facebook tau . Jangan tanya kenapa . Cari jawapan sendirik ! Hehe
Okay till then , take caree .

Special THANKS to~
  • yang setia membaca blog Lia ni
  • sentiasa dok refresh blog Lia nak tengok ada update baru ke tak [perasannya =) ]
  • my friends yang tak habis2 support Lia dalam mem-bloggin ni . LOLX!
  • TIME ! without time ofcoz i dont have enough time to do all this~ :)
  • Nazrulhaq yang tersayang ^^

Hang reti tak reti nih ?!

HAHAHAHA ! boleh tak Lia nak gelak ? hmmm... mesti blur kan ?
Haa meh Lia nak cerita ni , (ce cter ce cter) hehe !

Hari isnin baru ni , suhail ada bagi baju jersey kat Lia .
Lia wakilkan utk class Lia ACD2DA
Then suhail kata lencana ni letak kat sebelah kiri atas
ala macam time sekolah dulu , korang letak lencana sek kat mana ?
Hah kat situ lah . Hehe .

Okay finee , Lia dah edarkan baju2 tu kat classmate Lia
and yang bagusssnyaaa Roslin and Siti Aliah ni p bagi baju diorang tuh kat Lia balik
kononnya nak Lia seterika or lekatkan lencana tu kat baju diorang and kononnya nak bagi nampak samalakannnn ? Lin membebel kata kalau Lia buat nanti lencana kita ber3 sama lah...and bla bla bla...

Okayyy then , tiba saja d bilik , Lia semangat betul lah keluarkan baju2 diorang tmasuk baju Lia tadi dari beg . And okay , tiba tiba hati ni rasa nak guna seterika roommate iaitu seterika Ijan . So Lia pon on kan seterika , and dah set dah place lencana tuh kat jersey yang baru dapat tuh . Yang tak leh blaa nya Lia test dulu jersey CT Aliah ni . Dengan yakinnya Lia pon....

HAHAHA ! meletakkan seterika tu diatas jersey yang dah diletakkan dengan lencana sekali . Sekali... mak aihhh ! Terkezut Liaaa ! Hangusss ! Hancusss ! Meletusss ! Segala-ssss... !

ADUYAI...!!!

dah la baju kawan Lia plak tuh ! eeeeeee ! (hang tewokk tol !)
Ya Allah , menggelabah Lia masa tuh , and seterika Ijan plak dah dilekat dengan lencana UiTM tuh . Aduyai , Ijan dah la taktau pasal ni , Lia tak habaq pon kat dia . Shhhhh! Diam diam kayh ? :P hoho . And apa lagi terus bagi seterika tu sejuk and kikis2 bekas yang lekat tuh . Huuu~ and piuuuu... nasib baik baju ct aliah tak jadi apa2 . Huhu~

So the conclusion is , korang jangan lah bagi barang2 korang kat Lia , confirm hancur :P aduyai ! Apa nak jadi la Lia ni... kerja punya senang pon takleh nk buat . Hishh~ :|

Then Lia p bilik ber-aircond and bagi balik baju kat Lin N ct Aliah dengan muka serba salah :|
sorry tau korang ! hehe , yang pastinya kita semua dah promise kan takmo letak lencana tuh kat jersey kita ? dah la tulis Accountancy pon salah . Tape2, meh Lia tunjuk gambar2 k .



See ? ejaannya ACCOUNTACY

As usual , name OMEY and no 7 bcoz of my bday

Boleh tahan jersey ni

Okayy , no comment :| sorry Ijan :(



ps~ kalau Ijan tengok seterika dia mesti macam takde apa2 yang berlaku coz Lia da kikis2 sampai bersih balik :p lolx .
Anyway thanks to Siti Aliah coz tolong masukkan gambar dalam laptop . btw ni blog dia . Hee :)
http://aliahlatif.blogspot.com/ ~ jadi lah follower dia skali kayh ? ^^

Ta-daaaa :D


Hello hello u all ! ^_^

Nak bagitau ni , blog Lia sudah dikemas kini .
Edit edit ni semua Lia buat sendiri and carik sendiri .
Percaya tak percaya semalam iaitu hari isnin
Lia dari jam 4pm SAMPAI 1am dok depan lappy kesayangan Lia

buat apa ?

Haaaa . Dok edit edit blog lah . hehe . lama tak lama kann ? :P
Lia edit tu semua dekat bilik study aka bilik ber-aircond . Hikhik
And ditemani oleh beberapa kawan iaitu Lin , Siti Aliah and Zaidah .
ohh Lina pon ada sekali penyebokk . Mwahaha (!)
Zaidah n CT aliah dah tension tengok Lia sampai tak bangun2 menahan2 nk buang air kecik :P
wooopss ! Sudah2 . Itu sudah melalot yek ! huhu .

So nak habaq sikit nie , SHOUTBOX Lia masih ada lagi tauu , aka tempat chit chat . Pahem?
Korang boleh tengok ada gambar kiut kat sebelah kanan atas tuh . hah ! Just click aje .
Then nanti benda alah tu akan appear kat tengah2 dekstop korang . Jangan tkejut pulak yo!
Hehe . Anyway , baru sikit je ni edit , nanti nak tambah2 lagi apa yang patut .
Just wait and see kayh ! Thanks for reading :) Take care!




ps~ korang dapat tak sms tentang Loji Nuclear di Fukumi, Japan meletup kul 400pm n kata kalau hujan jangan keluar bcoz itu hujan acid n possibility with radioactive n bla bla bla... ??? and korang percaya tak dengan msg tuh ye ? Lia tak kot . Sebab apa tak ? meh baca article ni...

14 March 2011

Kenduri my siz :)

Assalamualaikum :)

apa khabar semua ? harap sihat sejahtera lahh . *puyus la plak
Lia kat sini Alhamdulillah baik2 ajeee :) hee !
And now Lia dah dekat UiTM Arauu ^^
meh lia nak citaq pasal kenduri akak Lia yang sulung iaitu
Nur Amalina Huda Bt Mohd Nor . *panjang nowh nama kakak aku ni :P

Setelah 3 bulan kakak Lia btunang , and tanggal 11/3/2011 akak Lia sah dah menjadi isteri orang.
Woahh bestnya masa akad nikah tuh ^^ really~ kenapa ?
Yelah..kata pon akak dah kahwin , takdenya nak sedey2 . hikhik !
Then time tu pulak ramai saudara-mara dr utara, barat, timur, selatan semuanyalah
mai ramai2 memenuhkan rumah kitorang tuhh . Hee !
Yelakan , bukan selalu pon boleh jumpa ramai2 dalam waktu yang sama? kan kan ? :)
Nasib baik jugak bilik kat rumah banyak , setengah tidur kat bilik mira(kakak ke2), setengah tidur kat bilik Lia , ada jugak tidur dekat dalam bilik Iwan(abg) and for atok nenek tidur kat bilik tetamu . Hehe . Tempat tidur memang banyak nowh . So takde nak risau sangat :)

Alryte , then pada malam akad nikah tuh, kak Ina dah siap2 dengan makeup nyalah , cun melecun akak Lia masa tuhh . (Aceewaahh bangga lak dia baca nanti)
Orang yang makeup tu tak lain tak bukan Ismat and kawan dia . (macamlah korang kenal ek)
HAHA ! Okay , singkatkan cerita , jam 9pm , pihak lelaki tiba di rumah ktrg , dengan mbawa 9 hantaran , and kitorang balas 11 hantaran yee . Hehe
Majlis pada malam tu Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .
Tugas Lia malam tu amek gambar jekk . And cousin Lia iaitu Aiman rakam dr start majlis sampai habis . Thanks k aiman ! (aku yang suruh sebenarnya :P ) hehe

Thennn , tetamu yang datang semuanya bolehlah pergi ke luar untuk mengambil makanan .
My mom buat buffet . Ambeklah sendiri and banyak mana tetamu yang datang tu nak amek .
Makan bagi sampai kenyangg :) hehe ! Lia and cousins pon turut makan gak masa tuh .
And seriously tak tipu makanan nya macam makan kat hotel jek . Hehe ! Sedap-sedap tauu !
Btw , mama pon ambil catering dari 'D Salji' . Korang pernah dengar tak ? Famous tauu~ huhu

Dah habis makan tuh semua masuk balik dalam rumah sesi bergambar bersama dengan pengantin baruu . Weeee . Syiok gila masa tuhh ! Happy jek tengok kak Ina kat atas pelamin tuh.
Lia pon dah mula lah berangan dok kat pelamin bersama dengan Nazrulhaq . Woopss~ hehe!
Takpe2 , lambat lagi . Habiskan belajar dulu ye Liaa.. >.

And now , nak tunjuk gambar2 yang Lia snap . Hehe .
Jadi photographer tanpa bergaji kjap pada malam tuhh :)


Masa ni waktu malam~

ada kopi , ada teh

ada teh tarik , ada fruit punch

Nyummiesss :P ni semua deserts

Meja makan untuk tetamu

Okayy , meh Lia tunjuk bilik Pengantin pulak eyy . Di hias oleh my dad , my mom and sisters .
Diorang ni sangat creative . Tanpa Lia pon dorang boleh buat . (acecehh macam penting pulak aku ni kann) hehe !


Air-cond baru tuh . lolx

Nice ayte ? ;)



Dah tengok bilik pengantin ? cantik kann ? hehe . Next , kita p tengok lak gambar2 kakak Lia dengan suami tercinta . HAHA ! Lia pick randomly okayh . ^_^


Lia with mira ^^

Haish~ Sweet gila !

Bagai penang dibelah dua ;)


Heee~ gembira je tengok masa ni

Acecehh kakaku ni, pandai posing eyh ? hehe

With mama~

Barang2 make-up

Ismat~

Okayy okayy , kali ni Lia nak tunjuk hantaran yang pihak perempuan bg kat pihak lelaki . ada 9 hantaran k! hehe . Mai usha gambar bawah ni... :D














Hantaran tu semua dibuat oleh kak Zuhrah , dia ni otak creative and lecturer BEL kat kolej swasta and tengah ambil master but not sure kat University mana~
Rasanya tu je kot Lia nak citer . Next post Lia upload gambar masa kenduri kahwin kakak Lia .





currently listening song Hotel California :P (apa kejadah punya lagu nieh ?) hehe!