29 March 2011

Minggu HANTU ke?

Assalamualaikumm

Eh eh tengok lah title Lia tuh, pernah ke dengar minggu hantu? haha! Pelik tak pelik? Takpe... Kita layan jek ye. Zassss~ Okay okay, nak dijadikan cerita, pada satu hari ni, jeng jeng jeng...

Siti Alia: Kau nak cheezy wedges takk? nak mai bilik aku

Okay then terus capai handphone Nokia Express Music and kunci bilik berlari-lari macam orang kebuluran Lia pergi bilik kawan Lia tuh because dah lapaq gila masa tu! Alright and then, tengok dia sorang je dalam bilik jadi Lia pon ambil keputusan study Economics kat bilik dia sambil tengok cerita 3 Idiots, hehe. Layan lagiii. Lepas tuh kitorang lepak-ing sampai ke malam, habis je study eco kitorang or lebih jujur lagi Lia lah mencadangkan and ajak dia tengok movie. Perghh! Nak pilih movie pon susah okayy, because banyak sangat cerita best-best. Hehe. Last-last kitorang pilih cerita HANTU. Pernah dengar tak, cerita Pocong Kamar Sebelah? Ok tak pernah? Takpe. Toksah tengok lah yek . Huuhuu~




............................................................................



Cerita tu boleh tahan jugak seram~ tapi kantoi kitorang sama-sama takut tengok cerita tuh. Kwn Lia ni dok belagak pulak kata tak takut tengok cerita hantu . LOLX! kidding weh! Hakhak! Bila cerita tuh habis je, kitorang masih lagi terbayang-bayangkan pocong tuh, and secara tak langsung kitorang move on tengok movie lain pulak, hehe. Kali ni movie 'What a girl wants'. Kononnya nak tengok because nak hilangkan rasa takut yang tiba-tiba menghantui diri ini. So layan cerita contra pulakkan? Barulah neutral balik, ye dak? Hehe. So as the conclusion movie tuh memang best, and lawak sangat-sangat. :D Alhamdulillah lepas tengok movie tu terus boleh lupa pasal pocong tuh. Geeez :D






Keesokkan harinya...


Lia pergi lunch bersama dengan Zaidah, Siti Alia and Sherry. Tengah kitorang dok berselera makan tuh , kecuali Sherry dia cuma minum air je, dia pon mula la buka topik cerita pasal hantu . Lia pon dah pelik awat tiba2 cerita pasai hantu ni? tak pernah2 rasanya topik pasal hantu . Huhu. Takpa2, Lia pon kusyuk je dengar dia bercerita~ Layan lagiiii yek. Hakhak! Dia cerita pasal 8 orang budak lelaki students UiTM Shah Alam sewa rumah cuma bayar rm50 je, and 8 orang tu jugak kena kacau dengan hantu . Mak aihh, toksah dok cakap lah, dengar dia cerita je dah seram sejuk Lia. (FYI, Lia tengah type pada waktu 2.15am, seramnya!) Then dalam bilik study pulak, Sherry semangat pergi tunjuk kat Lia yang dia baca cerita hantu ni. Lia pon kusyuk la baca cerita tuh sampai habis. Hah sapa-sapa kat luar sana yang teringin nak baca and berani baca waktu malam , meh bukak web ni Cerita Rumah Sewa . Panjang ceritanya, so kena ambil masa. It's okay, take a break with kitkat! =D



........................................................................



Thenn, semalam, iaitu hari isnin lah waktu Economics, petang, Lia and the geng iaitu Sherry, Fairus and Zaidah kitorang biasa duduk sebaris dalam class, tengah kusyuk belajar Eco yang diajar oleh Lecturer En Nik,

tiba-tiba...

Masa kitorang sibuk menyalin graph yang dia suruh salin kat whiteboard tu, dia ada cakap, dulu, jeng jeng jeng... *sound menakutkan...dengan bunyi guruh and kilatnya kat luar bilik kuliah. Okay continue, dulu dia selalu datang ke office(UiTM) waktu malam-malam, then dia dengar cerita yang pak guard kot nampak kat 1 bilik ni tingkap terbuka, and nampak kaki terkeluar dari tingkat tu, tapi tak jatuh lah, bila pak guard naik atas menuju ke bilik tuh, dia masuk dalam tengok takde orang pon, aikk? Pelikkan? Hmm...and then start from that En Nik ni dah tak berani lagi nak pergi office malam-malam kerana ketakutan. Lolx! Kitorang kusyuk mendengar dia bercerita, lepas tuh boleh pulak dia cerita pasal anak-anak dia selalu tengok cerita hantu hari khamis malam kat TV3, adakan? Oh sumpaa Lia tak suka tv3 kalau dah tunjuk iklan hantu ni, cepat-cepat alihkan siaran, tapi masa nak tukar siaran tv remote control pulak buat hal menghilang ke mana entah, terus Lia berlari-lari naik bilik , dah 5 minute kemudian baru terpacak depan tv balik. Hehe. Okay sambung cerita En Nik, anak-anak dia kalau nak p toilet pon kena masuk sampai 2 orang because ketakutan , lolx! Di situ agak lawak pulak yek. Comel je bila terbayangkan anak-anak dia. Hehe. Then dia cerita lagi dengan tanya 1 soalan untuk menarik perhatian students mendengar cerita dia (masa ni Lia 100% hilang mengantuk) kalau tak, mata dah kuyu macam nak tidoq je dalam class tuh.

'korang pernah tengok pontianak tak? dengan rambut panjang, gigi taring...?'

students semua hanya mampu geleng-gelengkan kepala termasuk Lia. En Nik kata sebenarnya kalau pontianak nampak kita, dia yang akan lari dulu, tapi ini tak, manusia nampak pontianak, manusia yang lari dulu. Lol! Sama-sama lari then bertembung balik, sebab tuh rasa macam pontianak ikut kita, tak gituh ke? So nasihat en Nik kalau nampak hantu ke, toksah dok takut, tengok je dia, nanti dia yang akan lari. HAHA! Semua dalam class gelak habis dengar dia cerita~ Pape pon kitorang semua layan je la kan?



So itu je la Lia nak cerita, Lia actually nak bagitau, kenapa ek? Since start Lia tengok movie hantu dengan Siti terus Lia dengar macam-macam cerita hantu dari orang. Aiyaaaa. Gua tarak faham maa~


ps~ masa otw pergi class bel, fai and sherry cerita pasal hannnntu jek, Lia langsung tak menyampuk coz macam pelik jek. Keliling dok cerita pasal ni. Hmm... persoalannya, kenapa kena jadi mcm ni ek? Haishh =|

No comments:

Post a Comment