20 March 2011

You are WELCOME to come UiTM Arau Dato' Sahol =]


Assalamualaikumm :)

Hari ni hari ahad . So takde apa sangat nak buat , ada masa ni update blog lagi :) hehe . Btw , Lia nak cerita kenangan students UiTM Arau bersama dengan Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar . (Ce cter ce cter!)

Pada tanggal 19/3/2011 , (acecehh) , kolej DahLIA asek bagi announcement kata~

'Assalamualaikum, perhatian kpd kolej dahlia1 , anda dikehendaki turun ke lobi utk mengambil makanan dan terus gerak bersama2 ke sport com...'

Lia pon bergegas mencapai henset and terus..tit tit tit.. type message kepada kawan Lia , Jabariah (bukan nama sebenar) and kata nak gerak pukul berapa. Then kawan Lia datang bilik and kitorang bincang2 nak gerak sekali ke tak, because masa tu pon mood malas membuak-buak kata takmo pergi sana , dah la jauh beribu2 batu , nak kena naik tangga bt caves lagi , merentasi lecak-lecak yang kotor tu , berenang sampai merentasi laut China Selatan and teetttt! Enough. Itu semua mengarut . hakhak! Okay then , kitorang apply menggunakan cara POLC. Apakah itu? Planning , Organizing, Leading, Controlling. Kitorang plan nak pergi sport com lepas maghrib . Perghh. Selamber gilakan? Yela , ada Lia memang selamber habislah~ Tayah takut. Risiko semua dibawah tanggungan Lia . Acecehh! And then organise macam mana kitorang nk pastikan JPK taktau kitorang ada dalam bilik, and macam mana kitorang nak gerak malam tuh . Hehe . Leader tu Lia lahkan~ and Alhamdulillah semuanya terkawal, ha tu masuk under controlling . (Suda masuk ke business maaa~)

Sampai je kitorang kat sport com malam tu, dalam jam 9pm , baru majlis nak start. (Apekah yang mereka semua buat yang datang dr jam 6ptg tuh?) And kitorang duduk kat atas bukit, so view boleh nampak semua orang kt bawah tuh dengan melihat pelbagai pakaian yang seragam dalam perbarisan , mengikut kolej masing2 . And yeah ! Lia for sure support koleh DahLIA 1~ hehe! After pertunjukan tuh , perasmian penutupan SUKOL (Sukan diantara kolej2) oleh Dato' Sahol . Masa tu pulak ada show askar, diorang masuk ke padang secara mengejut ikut dari belakang, Lia nampak coz Lia dok atas boleh nampak semuanya (don't double thinking) , and bunyi meletup2 macam kena perang gituh lah, sounds like BOM! and ada api dengan asap yang terbakar entah apa motif diorang buat camtu pon Lia taktau , then masa tu Dato' Sahol merasmikannya~

Nextt, sessi bersama dengan Dato' Sahol, masa tuh Lia dah turun bawah ke padang coz semua kena berkumpul and duduk di padang (tak dapat nak sertakan gambar coz tak masukkan gambar dalam lappy lagi) , masa tu lah students boleh tanya soalan kepada Dato' , or meluahkan perasaan tak puas hati ke , or memberikan cadangan kepada Dato' and minta request dengan Dato', senang citer, semuanya boleh lah as long kalau students tu berani bangun and bercakap . But then , wow! Unexpected , ramai jugak yang berani bangun and bertanya kepada Dato' di hadapan orang ramai , bagus bagus! Berani kan? Macam2 yang mereka tanya/request, yang Lia ingat diantara

1)pasang banyak lagi lampu2 di UiTM Arau coz agak gelap pada waktu malam
2)Improvekan lagi lampu2 di dalam dewan Semarak
3)perbesarkan lagi jalan2 di UiTM Arau and buat jalan 2 hala untuk memudahkan students NR bawa kereta
4)membenarkan taxi untuk masuk ke dalam UiTM Arau
5)bina swimming pool utk kesenangan students sport rec
6)harga makanan di dining mahasiswi agak mahal and minta beliau membuat tindakan
7)harga barang kedai runcit di anjung siswa agak mahal kalau nak compared beli dekat luar.
8)cara untuk improve-kan lagi english didalam UiTM Arau
9)macam mana Dato' jumpa wife Dato' (ahakz! Soalan tak boleh blaa...)

DLL

So , as the conclusion , Dato banyak memberikan jawapan yang positive and kata okay , boleh untuk setiap soalan yang ditanyakan oleh students . Wow . Thanks so much Dato'. Harap2 lepas ni UiTM Arau yang terchennta ni akan lebih maju and selesa , InsyaAllah :)

At last , sessi bergambar bersama dengan Dato', lepas tuh sessi bersalaman dengan Dato' , and Lia sempat and dapat shake hands with him! WOW! Rasa aura dia tuh , hehe . Beliau sempat lagi berkata pada Lia 'blaja rajin2'. Kata2 beliau membuatkan Lia rasa SEMANGAT untuk belajar and sayangkan UiTM Arau . HIKHIK!



..........................................


Majlis selesai dengan gembiranya and semuanya berjalan dengan lancar . Apa yang penting? I got sticker college! Kaler silver lagi tuhh ! Hehe =3 InsyaAllah next sem nak duduk kat kolej lagiiiii! Heeeeeeeeee! =D balik bilik tuh , terus on MukaBuku , and post wall kat Dato' kita tuh . Aceewahh~ and agak terkejut , Dato' reply my wall . Heeeee! Suka3! ^___^








ps~ actually , banyak lagi nak cerita , and banyak lagi gambar nak upload , tapi tak sempat pulak . Aiseyhh . Sorry . Have a nice day =] Salam~

1 comment:

  1. Hi awak..saya turun dari faceblog…
    Care to follow me back at http://sharemyloves.blogspot.com/

    ReplyDelete